Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Pantai Popular California
Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Pantai Popular California
Suasana di kawasan pesisir pantai Huntington Beach bertukar cemas apabila sebuah helikopter terhempas berhampiran persimpangan Pacific Coast Highway dan Huntington Street pada Sabtu (11 Oktober 2025). Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera.
Difahamkan, insiden itu berlaku sekitar jam 2 petang waktu tempatan ketika berlangsungnya acara “Cars ‘N Copters on the Coast”.
Acara tahunan itu menghimpunkan pelbagai kereta mewah, eksotik dan helikopter berhampiran pantai yang menjadi tumpuan orang ramai.
Helikopter berpusing sebelum terhempas
Menurut laporan Daily Express US, rakaman video yang dirakam oleh pengunjung acara dan orang awam menunjukkan helikopter berkenaan berpusing dengan laju di udara sebelum menjunam dan terhempas.
@flicksbyspec
Cars and Copter 2025 Helicopter Crash, was crazy seeing it. I believe 5 people are injured but they are okay. #huntingtonbeach #carsandcopters
♬ original sound – FlicksBySpec
Beberapa saksi dilihat menjerit dan berlari menyelamatkan diri apabila pesawat itu hilang kawalan dan jatuh hanya beberapa meter dari kawasan hotel terkenal Hyatt, pantai utama Huntington Beach dan deretan restoran berhampiran.
@cnn
Video captured the moment a helicopter crashed into a beach parking lot in Huntington Beach, California. Five people were injured and taken to the hospital for treatment, according to a Huntington Beach Fire official. #CNN #News
♬ original sound – CNN
Selepas kejadian, dua individu yang berada di dalam helikopter berjaya dikeluarkan dari bangkai pesawat, manakala tiga pejalan kaki turut dilaporkan cedera.
Kesemua lima mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan, namun keadaan mereka belum diketahui setakat ini.
Kenyataan rasmi pihak berkuasa
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Huntington Beach, pihak polis dan bomba dilaporkan bertindak pantas sebaik menerima laporan mengenai pesawat yang terhempas.
“Sekitar jam 2 petang, anggota polis Huntington Beach bergegas ke lokasi selepas menerima laporan sebuah helikopter jatuh di kawasan tempat letak kereta berhampiran Twin Dolphins Drive dan Beach Boulevard. Anggota HBPD dan HBFD tiba segera di lokasi dan mengawal keadaan,” menurut kenyataan itu.
Untuk makluman, pihak Jabatan Bomba Huntington Beach memaklumkan bahawa helikopter terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan acara “Cars ‘N Copters”. Acara itu dijadual berlangsung pada keesokan harinya.
Helikopter tersebut dilaporkan hilang kawalan sebelum melanggar deretan pokok palma serta tangga berhampiran lebuh raya.
Setakat ini, tiada kematian dilaporkan, namun insiden itu menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan penerbangan dalam acara awam. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa penerbangan dan keselamatan.
BACA: Tragedi Bulan Madu, Isteri Ditemui Meninggal & Suami Tak Sedarkan Diri
Sumber: Economic Times, The Guardian
The post Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Pantai Popular California appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/10/12/detik-cemas-helikopter-terhempas-di-pantai-popular-california/