Destinasi Wajib Jawa Tengah Yang Korang Kena Tahu
Sememangnya pengalaman baru bagi i mengikuti satu aktiviti bersama teman melalui Jelajah Jawa Tengah. Amat baru kerana secara jujurnya i tak pernah jejak kaki ke bumi Indonesia. Ini adalah sesuatu yang menarik bagi new comer macam i. Sumpah i will shared you guys semua yang i lalui dan buat sepanjang trip 4 hari 3 malam di Kota semarang dan daerah terlibat.
Bertolak dari KLIA2 jam 4pagi ke airport yang mana boarding time dalam jam 6.30pagi. Dan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jenderal Ahmad Yani. Sampai je kami kat sana kami dijemput oleh wakil Kedutaan Indonesia dan seterusnya bertolak ke Dataran Tinggi Dieng.Sebelum jejakkan kaki ke Dieng Pak Taufan selaku ketua expidisi kami telah bawa kami makan tengah hari di sebuah Restoran
yang popular dengan menu Soto. Korang kalau datang sini wajib datang dan cuba ya Di Soto Ayam Semarang Pak Man,memang sedap dan paling i suka adalah sambal dia yang pedas dan mengamcam. Paling syok sambil korang nikmati keenakkan juadah, korang juga akan dihiburkan oleh sekumpulan buskers yang akan dendangkan apa sahaja lagu mengikut permintaan korang.
Sup dia sangat sedap, light tapi berperisa, portion makanan amat kecil tapi kepuasan bergandang bila dihidangkan sekali dengan bergedil dan satay.jangan lupa order Teh O kosong diorang. Layan betul sebab rasa yang enak dan lain dari Teh kita di Malaysia.
Bergambar kenangan dulu depan Kedai Soto Ayam Khas Semarang Pak Man yang popular dikalangan pengunjung
Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Dieng dan ia mengambil masa dalam 4 jam pejalanan menggunakan pengakutan darat. Kami sekali lagi berhenti singgah di Rumah makan Sari Rasa Fast Food. kalau korang tengok keseluruhan menu yang di hidangkan nescaya korang nak angkut semua masuk pinggan, Sepanjang kat sana, memang tak ada istilah lapar yer, sebab semua makan sedap, kena tekak orang Malaysia dan yang penting diorang siap serve cili api hidup yer. Which is i is lavvvvvv sangat pedas.
Bakwang Tempe dan pisang goreng cicah sambal memang terbaik
Ok makan dah keyang dan meneruskan perjalanan kami ke Dieng menikmati suasana sejuk sepanjang perjalanan kami. Laluan jalan raya dan stuktur bangunan yang sama sekali berbeza dari Malaysia. Ternyata ini adalah trip i yang pertama kali di Indonesia terutama Daerah Jawa Tengah ini. Ia bakal meniggalkan kesan memori yang indah kerana terlalu banyak yang indah dan semulajadi yang masih diperlihara kehidupannya.
Tanaman kentang adalah tanaman utama di puncak Dieng ini. Nyaman dan rasa segar je mata bila memerhatikan kekayaan alam semulajadi yang masih kekal menghijau ditambah dengan suhu dingin yang menyenangkan. Bertapa rindu ingin kesana lagi.
Hah sebelum terlupa, sebelum korang ke puncak Dieng, mesti korang sentiasa nak connected dengan internet kan? so korang boleh dapatkan simcard di kedai gadget Bintang Sembilan Cell. Memang berbaloi kot beli simcard Axis dalam 3000Rp (RM8.90). Data full sampai hari terakhir kami di Semarang.Full bar tau...takda erti baffering macam line Telco kat Malaysia. Walau di puncak Dieng.
Sedikit info tentang Dieng, dan i yakin ramai tidak tahu dan tak familiar dengan nama daerah ini. Its a quite nice storytelling yang mana tak sabar i nak shared dengan reader i.
Dataran Tinggi Dieng adalah kawasan volcano aktif di Jawa Tengah, yang termasuk wilayah Kabupaten Banjarnegara dan Kabupaten Wonosobo. Ia terletak di sebelah barat kompleks Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing. Dieng memiliki Ketinggian sekitar 2.000 m di atas permukaan laut. Suhu berkisar 12—20 °C di siang hari dan 6 —10 °C pada waktu malam. Pada bulan Julai dan Ogos suhu udara di Dataran Tinggi Dieng mampu mencecah 6- (-7) pada pagi hari sehinggakan embun yang terhasil menjadi beku dan berais. Semestinya sesiapa yang merancang untuk datang dalam tempoh bulan tersebut korang dinasihatkan untuk membawa bekalan baju winter yang sesuai, kerana semua daerah puncak akan beku dan penduduk setempat menyebutnya bun upas ("embun racun") yang mana menyebabkan kerosakkan pada tanaman dan hasil pertanian penduduk.
Dieng merupakan wilayah Desa Dieng Kulon, Kecamatan Batur, Kabupaten Banjarnegara dan Dieng ("Dieng Wetan"), Kecamatan Kejajar, Kabupaten Wonosobo. Wilayah ini merupakan salah satu wilayah paling terpencil di Jawa Tengah. Dan boleh dikatakan belum sepenuhnya diterokai. Malah i sendiri pertama kali tahu akan kewujudan tempat bersuhu sejuk seakan negara 4 musim lain.
dalam jam 4.35pm waktu malaysia, kami sampai dan sebelum meneruskan aktiviti, taklimat khas telah diberikan oleh Team Dinas kepada kami sedikit mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Dieng.
Nampak, Kopi panas xtapis bersama cucur tempe 3 ketol cili padi, nyaman
Pak Aliff nilah yang selaku tour guide yang menerangkan tentang sejarah Dieng dan kedatangan Islam di tanah Jawa.
1. Arjuna Temple Complex
Nama 'dieng' yang secara literal diterjemahkan sebagai 'tempat tinggal para Dewa, apa yang korang perlu ketahui mengenai koleksi candi purba kecil ini yang terletak di lanskap gunung berapi yang luar biasa di Dataran Tinggi Dieng. Lokasi berkabus, mata air sulphurous dan tasik berwarna benar-benar menjadikan tempat ini adalah satu keajaiban alam dan kepentingan kebudayaan.
Kuil Dieng adalah sekumpulan candi atau kuil Hindu abad ke-7 atau kelapan yang berlokasi di Dataran Tinggi Dieng, dekat Wonosobo, Jawa Tengah, Indonesia. Bangunan-bangunan ini berasal dari Kerajaan Kalingga. Dataran tinggi adalah rumah lapan kuil Hindu kecil yang merupakan salah satu bangunan agama tertua yang masih hidup di Jawa, dan kuil-kuil Hindu paling awal di Indonesia. Kuil-kuil ini menunjukkan banyak ciri seni bina Hindu India.
Nama sebenar kuil, sejarah dan raja yang bertanggungjawab untuk pembinaan kuil-kuil ini tidak diketahui. Ini kerana kekurangan data dan prasasti yang berkaitan dengan pembinaan kuil-kuil ini. Penduduk Jawa setempat menamakan masing-masing kuil mengikut aksara Jawa, yang kebanyakannya diambil dari epik Mahabharata.
Kompleks kuil utama berkumpul di sekitar kuil Arjuna di dataran yang dikelilingi oleh gunung dan bukit. Kelompok Arjuna terletak di kawasan tengah dataran tinggi Dieng, yang terdiri daripada empat buah kuil yang dipenuhi lekukkan di arah utara-selatan. Candi Arjuna terletak di hujung utara, kemudian berturut-turut di selatan adalah Srikandi, Puntadewa dan Sembadra candi.
Empat kuil di cluster ini menghadap ke barat, kecuali untuk candi Semar yang menghadap ke arah timur di seberang kuil Arjuna. Kompaun candi ini adalah yang paling utuh dibandingkan dengan kumpulan kuil lain yang berkumpul di kawasan Dieng.
Kuil Arjuna berbanding dengan kuil-kuil lain, kuil Arjuna cukup utuh dengan sekumpulan pembinaan bumbung yang lengkap. Gambar dari abad ke-19 menunjukkan bahawa paras tertinggi telah jatuh.
(sumber Mr Google Wikipedia)
Banyak sangat gambar cantik sayang kalau tak up di sini. Saja pancing korang untuk datang ke Dieng.
Muzium Kailasa yang berdekatan mengandungi banyak patung yang dikeluarkan dari kuil-kuil.
2. Kailasa Museum
Museum Kailasa di Dieng ini menyimpan semua Artefak dan Arca dari Candi-Candi di Kompleks Dieng seperti Arca Ganesha (Anak dari Dewa Shiwa), Dewa Shiwa, dan Durga (Isteri Shiwa) Kedua Simbol Lingga dan Yoni ini merupakan Lambang Kesuburan sekaligus merepresentasikan Dewa Siwa dan Dewi Durga (Isteri Siwa). Kawasan Dieng merupakan Kawasan yang digunakanoleh masyarakat Mataram Kuno bagi tujuan memuja Dewa Siwa. Terdapat juga gambar-gambar relief / Struktur Candi dan Gambar-Gambar mengenai kehidupan masyarakat setempat. Berkesempatan menyaksikan sejarah kewujudan dan asal usul pembangunan candi di Dieng yang dikatakan berasal dari "Di-Hyang" yang bermaksud Negeri Para Dewa.
Terdapat juga beberapa koleksi Arca dari Batu (Baara Kala adalah Simbol Raksasa Penjaga Pintu Gerbang Candi) serta Ligga dan Yoni Lingga adalah Perlambang Jenis Kelamin Laki-Laki dan Yoni adalah Perlambang Jenis Kelamin Perempuan).
3.Cultural dances at the Dieng Cultural Centre
Pada malam nya kami telah dihiburkan dengan persembahan oleh penari -penari dari gologan masyarakat tempatan dengan persembahan tari (sendera tari Dieng Pendopo Budaya Dieng.Jika kita cuba mengenali beberapa Peradaban yang ada di Dieng. Sebelum abad ke 6 Dieng dikenali dengan peradaban Agama Kapitayan atau Agama Nusantara yang merupakan Peradaban di mana sebelum Agama Hindu masuk dan berkembang pesat di Dieng. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa inkripsi sejumlah 13 Buah.diantaranya: Prasasti Kapuhunan yang menceritakan tentang tempat tinggal Dewa Syiwa, merupakan tempat bersemayamnya para Dewa Dewa.
Para penari dengan busana lengkap yang mengambarkan budaya masyarakat Dieng
Minuman panas atau sekoteng / wedang ronde jah dihidangkan pada malam itu yang berasaskan halia yang terkandung dalamnya kacang tanah, roti potong dadu, dan kurma Cina serta tempe kemul, kepingan kacang soya yang masak bersama, serta kentang goreng Tempe.
4.Menikmati Sunrise di Sikunir Mount
Ini Kualiti dari lens handphone i sendiri tau
Bangun seawal jam 3 pagi dan suhu mencecah 11 darjah celcium bukan mudah ya untuk ke tandas. Sejuk sampai ke tulang hitam orang tua-tua kata. Tapi semangat sebab tak sabar nak nikmati matari terbit dari puncak Sikunir. best tau sebab kat puncak ada kawasan perkampungan yang happening dan nyalaan lampu jalan dan rumah sebagai penyuluh perjalanan awal pagi kami.
View this post on Instagram
#Jatenggayeng #disporaparjateng #visitjawatengah #dieng #semarang @jelajahjawatengah #jelajahjawatengah #sikunirhill #sikunirmountain @visitjawatengah @indtravel #wonderfulindonesia #kbrikualalumpur @kbrikualalumpurA post shared by COMEL AZHAR (@comelcomot_official) on Nov 29, 2019 at 8:09pm PST
View this post on Instagram
My first experience in a hill village at Dieng was very fascinating. The village has an abundance of attractions to offer such as cultural experience with the villagers and breathtaking landscapes. Sikunir Mountain would give u beautiful scenery of mountain landscapes and sunset view at the top of the mountain. The best view of Sikunir mountain is countless and these are reflected in my photo shots. Other than that, my spending time with beautiful nature of Sikunir help me to relieve stress, improve my mood and boost my feeling of happiness. I feel lucky to be given opportunities to be part of this world even less than a day and to enjoy such beautiful sceneries. Info : Mount Sikunir more commonly known as Sikunir Hill is one of the highest peaks in the Dieng Plateau which is a popular spot for golden sunrise. This mountain has a height of 2,263 min. Mount Sikunir is a mountain tour. Complete facilities such as ample parking, coffee, lodging, guide, porters, climbing facilities and more are provided. To reach the hill in time for sunrise, start at 4am from Dieng. It’s a 30 minutes walk and another 30 minutes to the top of the hill. #Jatenggayeng #disporaparjateng #visitjawatengah #dieng #sikunirhill #sikunirdieng @visitjawatengah @indtravel #wonderfulindonesia #kbrikualalumpur @kbrikualalumpurA post shared by COMEL AZHAR (@comelcomot_official) on Nov 28, 2019 at 1:37am PST
5.Telaga Warna di Batu Ratapan Angin Dieng.
Port wajib singgah sebab ia adalah port terbaik untuk bergambar.adalah salah satu tarikan yang terletak di kawasan Dataran Dieng, Kabupaten Wonosobo, Jawa Tengah. Ini menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Daerah Wonosobo. Telaga warna dinamakan berdasarkan keunikan fenomena alam yang terjadi di tempat ini, yang merupakan warna air yang sering berubah. Kadangkala telaga ini berwarna hijau dan kuning atau berwarna pelangi. Fenomena ini berlaku kerana telaga mengandungi jumlah sulfur yang tinggi, sehingga apabila sinar Matahari menghitung, warna telaga kelihatan berwarna.
Telaga warna berada pada ketinggian 2000 meter di atas paras laut, dan dikelilingi oleh bukit-bukit tinggi yang menambah keindahan alam semulajadi tasik itu. Masa terbaik untuk melawat Telaga Warna dengan baik adalah pada waktu pagi atau siang hari, waktu petang tidak digalakkan kerana Kawasan ini akan dipenuhi kabus tebal kerana cuaca dingin yang tinggi pada waktu senja.
Yang I peratikan kat sini, kebanyakkan burung hantu adalah sangat banyak dan berkeliaran bebas disini. Kalau kat malaysia ni dah selamat dahni. Dan lagi diorang amat jinak yer. (bila tengok burung hantu ni terus teringat Suzanna dalam citer Hantu Indonesia tu...)
So Tamat Cerita Kisah hari Pertama dan ke dua di Dieng
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.comelcomot.com/2019/12/destinasi-wajib-jawa-tengah-yang-korang.html