Derma Darah Dapat Planner Ana 2021


Jujur cakap, seumur hidup tak pernah derma darah. Tapi nak! Takut tu lebih mengatasi rasa nak derma tu. Dulu masa study nak menderma, tak cukup berat badan. Sekarang dah terlebih berat takut pulak. Haishhh..macam-macam alasan ye!

Berdasarkan undian orang awam di website Pusat Darah Negara. Kenapa anda takut untuk menderma darah?Saya takut gemuk selepas menderma darah. - 32.2%Saya takut melihat jarum. - 32.4%Saya takut darah saya habis selepas menderma darah. - 7.3%Saya takut badan menjadi lemah selepas menderma darah. - 28%
Awak yang mana satu? Saya taklah jenis takut darah atau pitam tengok darah. Tapi sejak jari terluka dek kerana terkena sikit mesin kelapa. Saya terus rasa nak pitam bila tengok darah keluar banyak sekaligus.

Taklah banyak mana, tapi rasa macam nak pingsan gak tu. Gelap terus rasa dunia ni. Lepas tu masa ambil darah masa checkup, nurse ambil darah dalam 4-5 tabung uji macam tu. Cucuk pulak tu dengan tangan bukan dekat lengan. Terus rasa nak pitam gak tu. Mujur lah masa tu bukan covid, husband ada teman.

Gila lah. Saya dulu yang bukan pitam tengok darah tapi bila darah sendiri terus rasa nak pitam. Kau dah kenapa??? Itulah faktor yang menyebabkan saya takut teruk nak derma darah. Nak vaksin ni risau nak kena cucuk tu je. Apahal entah takut jarum tu kemain lagi.

Lain pulak cerita dengan husband. Dia memang penderma darah tegar. Walaupun kami berdua berdarah O tapi dia penderma sejati. Isteri dia tukang support je. Boleh lah kan?

Semalam, genap 30 kali dia derma darah.
Kebaikan Derma Darah1. Membantu pesakit yang memerlukan darah
2. Menjaga kesihatan penderma
3. Mengurangkan risiko sakit jantung4. Menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma
5. Mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser
6. Menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan
7. Menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan
8. Perderma lebih produktif dalam melakukan kerja
9. Menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat
Selain itu, untuk 30 kali menderma darah akan dapat rawatan percuma pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun. 
Saya? buku derma darah pun non hado




Cara derma darahDerma darah ni bila bila masa je boleh. Tak payah tunggu kempen derma darah. Macam husband selalu terus pergi hospital je. Atau pun ke pusat derma darah. Hospital pun kekurangan darah.

Dorang tak buat kempen sebab sekarang musim Covid. Agak susah sikit agaknya.

Siapa nak derma pergi terus ke hospital. Macam biasa lepas derma darah akan dapat roti dan air. Kali ni derma darah dapat planner Ana 2021.

Tema cover planner Ana ni bagus, You are stronger than you think. You can be strong, you cana be amazing, you can be brave.

Taklah semua tempat dapat planner. Tapi memang dapat air dan roti tu biasnya lah.




Kriteria Penderma Darah1. Sihat tubuh badan.
2. BerumurBerumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.Bertukar-tukar pasangan seks.Mengambil dadah secara suntikan.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.11. Membawa salah satu dokumen yang diperlukan

Sumber : pusatdarahnegara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/04/derma-darah-dapat-planner-ana-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Derma Darah Lebih 50 Kali Diutamakan Dapat Vaksin

Derma Darah Lebih 50 Kali Diutamakan Dapat Vaksin

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 182 hits
Oleh OMAR ZIN ADHAM BABAKUALA LUMPUR Penderma darah yang sudah menderma sebanyak lebih 50 kali akan diletakkan dalam senarai utama menerima suntikan vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata mereka yang layak akan m...
Semakan Bayaran Bpr Fasa 2 Bujang Isi Rumah Bermula Mei 2021

Semakan Bayaran Bpr Fasa 2 Bujang Isi Rumah Bermula Mei 2021

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 3423 hits
SEMAKAN BAYARAN BPR FASA 2 BUJANG ISI RUMAH BERMULA MEI 2021 Berdasarkan makluman daripada Kemeterian Kewangan Malaysia bayaran BPR Fasa 2 akan dibayar pada bulan Mei 2021 Untuk makluman telah diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020...
Bupati Jember Targetkan Uji Coba Sekolah Tatap Mula Setelah Idul Fitri 2021

Bupati Jember Targetkan Uji Coba Sekolah Tatap Mula Setelah Idul Fitri 2021

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 325 hits
Bupati Jember Hendy Siswanto Hendy uji coba sekolah tatap muka bisa dilangsungkan sekitar pertengahan Mei 2021
Speed Read 4 April 2021

Speed Read 4 April 2021

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 397 hits
We re going off road this week with a stunning Paris Dakar R nineT from Switzerland and a pair of Yamaha dual sports an XT600 T n r from Italy and a TT600R from Greece We ve also got the latest news and specs of the Honda GB350 about to lau...
Penilaian Segak 2021 Dilaksanakan Pada Ogos

Penilaian Segak 2021 Dilaksanakan Pada Ogos

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 370 hits
Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan 2021 dilaksanakan pada bulan Ogos berikutan dengan kemasukan murid peringkat sekolah rendah dan menengah sepenuhnya untuk sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan April 2021 Program peni...
Anwar Ibrahim Perbahasan Belanjawan 2021 Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim Perbahasan Belanjawan 2021 Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 225 hits
ENG HUAT KOHBerikut Diperturunkan Salah Satu Contoh Isu Berbangkit Yang Masih Relevan Utk Tatapan Dan Penghayatan kita Isu Berhubung Moratorium dan EPF1 Siapakah Pemimpin Pertama Membangkitkan Isu Berkepentingan Rakyat Ini2 Adakah DSNTR ata...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco