Derita Pemandu Grab Mangsa Langgar Lari


DERITA PEMANDU GRAB, MANGSA LANGGAR LARI
Oleh Abu Hanifah Muhamad
JOHOR BAHRU – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Itu peribahasa yang susuai untuk menggambarkan penderitaan yang dialami Mohammad Fakrul Azam Md Rosli, mangsa langgar lari di persimpangan lampu isyarat Jalan Kangkar Tebrau di sini pada 26 Jun lalu.
Mohammad Fakrul, 22, merupakan seorang penunggang grab makanan terlibat kemalangan pada hari lahirnya dan tragedi tersebut mengubah perjalanan hidup dan masa depannya.
Apa yang paling menyedihkan, Mohammad Fakrul merancang untuk membeli kek sejurus tamat bekerja untuk dihadiahkan kepada ibunya sebagai rasa terima kasih kerana membesarkannya.
Abangnya, Mohd. Fakhrudin, 26, berkata, adiknya terlibat kemalangan selepas sebuah kereta keluar tiba-tiba dari persimpangan itu tidak lama selepas dia keluar rumah untuk bekerja menghantar makanan.
“Akibat kemalangan tersebut, Mohammad Fakrul parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta patah tulang bahu serta paha kanan.
“Kesan daripada kemalangan itu juga, mata sebelah kanannya tidak boleh dibuka sepenuhnya dan dia tidak boleh berjalan selama kira-kira lima bulan. Dia hanya dibenarkan pulang setelah tiga minggu ditahan di wad HSA,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan barang keperluan asas dan kerusi roda daripada dua pertubuhan bukan kerjaan (NGO), Volunteer Pasir Gudang dan Geng Tolong Orang (GTO) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara di sini hari ini.
Mohd. Fakhruddin yang masih belajar di kolej sedih melihat keadaan adiknya yang dahulunya seorang yang aktif dan ceria namun kini hanya mampu terlantar dan terbaring di atas katil.
“Dia hanya minum susu menerusi saluran tiub setiap tiga hingga empat jam sehari dan terpaksa memakai lampin pakai buang,” katanya.
Keluarganya membelanjakan RM800 sebulan membeli susu dan lampin untuk Fakrul Azam selain membayar sewa ambulans RM600 bagi menghantarnya menjalani rawatan di hospital.
Sementara itu, Presiden Volunteer Pasir Gudang, Nurul Ain Zakaria berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal bagi meringankan beban keluarga tersebut.
Katanya, bapa Mohammad Fakrul iaitu Md Rosli Md Nor, 58, sudah tidak bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu manakala isterinya, Asiah Seman, 62, juga tidak bekerja dan mengalami masalah penglihatan.
Ketika ini katanya, hanya adik Mohammad Fakrul iaitu Nur Hidayah, 20, yang menampung keluarga dengan bekerja kilang dan mereka amat memerlukan sumbangan antaranya untuk membeli lampin dewasa, kain batik dan alat katil khas.
Bagi mereka yang mahu menghulurkan bantuan, boleh berhubung dengan Mohd Fakhruddin menerusi talian 017-8099640 atau sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Mohd Fakhruddin
Md Rosli 151285075388. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/derita-pemandu-grab-mangsa-langgar-lari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Kaya Langgar Orang Pastu Lari Rider Grab Food Dilanggar Lari

Orang Kaya Langgar Orang Pastu Lari Rider Grab Food Dilanggar Lari

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 294 hits
Lagi kes penunggang motosikal yang juga merupakan penghantar makanan dilanggar lari pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab Dalam kejadian yang berlaku kira kira 11 50 malam Isnin lalu di jalan menghala ke Subang Airport mangsa yang seda...
Sedar Sedar Je Dah Langgar Pokok Pemandu Nyaris Rentung Kereta Terbakar Akibat Microsleep

Sedar Sedar Je Dah Langgar Pokok Pemandu Nyaris Rentung Kereta Terbakar Akibat Microsleep

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 561 hits
Kemalangan jalan raya yang disebabkan pemandunya terlelap kerap kali berlaku ekoran pemandunya tidak mendapat rehat terutamanya apabila menempuh perjalanan jauh Microsleep boleh berlaku tanpa sebarang amaran apabila badan mengalami keletiha...
Lelaki Lari Dari Sekatan Jalan Langgar Penunggang Motosikal

Lelaki Lari Dari Sekatan Jalan Langgar Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 304 hits
Viral di media sosial video sebuah kereta jenis Proton Wira bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya Kejadian itu berlaku pada pagi Jumaat di Persiaran Mokhtar Dahari Suspek terdahulu ditahan oleh anggota polis trafik untuk diperiks...
Lawan Arus Akibat Langgar Lari Akhirnya Maut Menanti Video

Lawan Arus Akibat Langgar Lari Akhirnya Maut Menanti Video

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 406 hits
Seorang pemandu Kia Spectra maut dipercayai tercampak akibat kemalangan dengan Fortuner dalam kejadian yang berlaku di KM7 6 Penchala Link kira kira jam 7 04 malam tadi Mangsa seorang warga emas berusia 60 tahun yang kebetulan menyambut ula...
Langgar Pegawai Trafik Setelah Lari Dari Sekatan Seorang Warga Indonesia Ditahan

Langgar Pegawai Trafik Setelah Lari Dari Sekatan Seorang Warga Indonesia Ditahan

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 277 hits
Dua hari lepas tular sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta Proton Wira yang melarikan diri lalu merempuh seorang pegawai polis setelah ditahan di satu sekatan jalan raya di Persiaran Mokhtar Dahari Shah Alam Difahamkan kenderaan berke...
Pemandu Triton Terbabas Lari Tinggalkan Daun Ketum

Pemandu Triton Terbabas Lari Tinggalkan Daun Ketum

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 288 hits
Tindakan pemandu pacuan empat roda meninggalkan kenderaannya selepas terlibat dalam kemalangan akhirnya terjawab selepas polis menemui kira kira 50 kilogram daun ketum dalam kenderaan tersebut Menurut sumber kemalangan terbabit dipercayai b...
Gengster Berperang Tembak Menembak Pelajar Sekolah Jadi Mangsa Langgar

Gengster Berperang Tembak Menembak Pelajar Sekolah Jadi Mangsa Langgar

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 559 hits
Hari ini Banting Selangor dikejutkan dengan satu adegan tembak menembak yang disyaki melibatkan anggota gangster di Selangor Kejadian yang berlaku dekat dengan sebuah sekolah pada waktu petang yang cerah semasa pelajar sekolah bersiap untuk...
Suami Isteri Parah Kereta Langgar Babi

Suami Isteri Parah Kereta Langgar Babi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 315 hits
Oleh ASLIZA MUSA KEADAAN kereta Perodua Alza yang remuk setelah terbabas kerana melanggar seekor babi di Kilometer 78 Jalan Ipoh Kuala Lumpur di Tapah hari ini GAMBAR IHSAN PDRM TAPAH Pasangan suami isteri parah setelah kereta dinaiki merek...
Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Menurun Pagi Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Menurun Pagi Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 269 hits
Gambar fail IPOH 17 Sept Jumlah penduduk yang terjejas banjir sehingga terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Perak menurun kepada 19 orang pagi ini berbanding 126 orang semalam Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Ben...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti