Derita Keluarga Cacat Penglihatan Di Sarawak Berdepan Pkp


Nur Shazreena Ali Siti Zaharah Abdullah dan keluarga tidak sanggup berdepan PKP sekali lagi akibat kesempitan yang dialami mereka ketika ini.

Siti Zaharah bersama dua anaknya dan bapa mertua Puini Jaiman di rumah kecil mereka. Di sebuah rumah kecil di pinggir kota Sarawak, tinggal sebuah keluarga yang terdiri dari 11 orang ahli, kebanyakan mereka mengalami masalah penglihatan.
Siti Zaharah Abdullah dan suaminya, Faizal Puini pernah bekerja sebagai tukang urut, di samping itu mereka juga menjual makanan ringan di Medan Satok, sebuah pasar yang terletak di Petrajaya.
Di pasar itu mereka mencari penghidupan dengan menyewa ruang kecil dengan harga RM300 sebulan.
Ia adalah kehidupan yang sukar buat keluarga ini.
Namun, pandemik Covid-19 menyebabkan hidup mereka menjadi lebih sukar.
Rumah kecil tempat Siti Zaharah sekeluarga berlindung. Ekoran PKP punca pendapatan dari upah mengurut yang berkurangan tidak dapat menampung kehidupan mereka.Faizal dan Siti Zaharah merupakan pasangan cacat penglihatan dan setiap hari berjuang untuk menyediakan makanan dan keperluan mereka dan dua orang anak.
Disebabkan tidak dapat membuka perniagaan kecil mereka akibat pandemik, mereka kini terpaksa bergantung dengan bantuan yang diterima demi melangsungkan kehidupan.
Mereka berdua masih mengambil tempahan sesi mengurut, namun ia tidak cukup menampung kehidupan kerana jumlahnya terlalu sedikit.
Sekiranya pihak berkuasa mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sekali lagi, mereka tidak pasti bagaimanakah dapat bertahan.
“Orang-orang cacat penglihatan seperti kami sukar mendapat pekerjaan kerana ketidakupayaan kami,” kata Siti Zaharah, 29, kepada MalaysiaNow.
“Kami hidup dengan bajet yang sangat kecil sejak sebelum wabak ini melanda. Tidak banyak perkara yang dapat kami lakukan.”
Dia dan keluarganya kini tinggal bersama mertua di Kampung Gita Lama, Petrajaya, kira-kira 6km dari pusat bandar.
Lima saudara Faizal yang lain turut tinggal di rumah sama menjadikan jumlah ahli keluarga yang tinggal di rumah itu seramai 11 orang.
Daripada keseluruhan jumlah ahli rumah itu, Siti Zaharah, Faizal, ibu dan empat adik-beradiknya yang lain adalah OKU cacat penglihatan.
Ayah Faizal, Puini, dan tiga saudara lelakinya memperolehi pendapatan hasil mengumpulkan tin. Dua adik bongsunya pula menghidap masalah mental.
Ketika PKP dikenakan kali pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu, Faizal dan Siti Zaharah langsung tidak memperoleh pendapatan.
“Selain daripada bantuan kewangan khas Covid-19, kami terpaksa bergantung dengan wang RM250 yang kami dapat setiap bulan dari jabatan kebajikan,” kata Siti Zaharah.
Siti Zaharah mengenang bagaimana perasaannya yang pernah mengalami rasa putus asa setiap kali tidak memiliki wang untuk membeli barang keperluan, termasuk bekalan makanan.
MalaysiaNow turut menemui ibu mertua Siti Zaharah jugamerupakan OKU penglihatan. Zaharah risau memikirkan pembelajaran anak-anak ketika PKP.Wanita ini juga risau melihat keadaan anak-anaknya, terutama anak perempuannya yang berumur enam tahun.
“Saya bimbang apakah dia dapat jalani sesi pembelajaran dengan sempurna.
“Penutupan sekolah bermaksud dia harus belajar dari rumah,” katanya.
Katanya, sukar untuk dia mencetak bahan pembelajaran anaknya kerana keluarganya tidak mampu memiliki mesin cetak.
“Makanan pun kami tidak mampu nak beli,” kata Siti Zaharah.
“Kalau nak cetak bahan pembelajaran anak, kami terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke kedai.”
Sejak wabak Covid-19 melanda, antara pendapatan yang boleh diusahakan adalah menjual tisu di jalanan.
“Ada hari-hari di mana kami tidak cukup makan setelah anak-anak makan,” katanya sambil menambah kesenangan kecil seperti susu sememangnya tidak pernah dibayangkan lantaran kesempitan yang dihadapi.
Keluarga itu bertahan dengan berkongsi setiap makanan yang mereka miliki.
Malahan, mereka turut berkongsi bagi membayar bil elektrik dan air.
“Semua orang mesti letak duit,” kata Siti Zaharah.
Selain itu, mereka juga berkongsi tempat tidur yang sama di ruang tamu rumah kecil mereka.
“Kami bernasib baik sebab tinggal bersama masyarakat,” katanya, sambil menambah jiran-jiran mereka sering berkongsi rezeki dengan menyumbang makanan sepanjang PKP.
Walaupun begitu, dia tidak pernah berputus harap untuk terus berusaha demi memulihkan situasi dihadapi keluarganya ketika ini.
“Saya tak fikir kami mampu berdepan PKP sekali lagi.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/derita-keluarga-cacat-penglihatan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Tiada Lawatan Khas Keluarga Penghuni Penjara Sempena Aidilfitri

Pkp Tiada Lawatan Khas Keluarga Penghuni Penjara Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 541 hits
Menurut Jabatan Penjara lawatan perjumpaan melalui kaedah sidang video itu hanya dibenarkan kepada keluarga penghuni yang membuat tempahan melalui penjara berkaitan sahaja KUALA LUMPUR Lawatan khas keluarga penghuni sempena Hari Raya Aidilf...
Pegawai Awam Berdepan Tindakan Jika Gagal Patuh Pkp

Pegawai Awam Berdepan Tindakan Jika Gagal Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 273 hits
Jaga nama baik perkhidmatan awam tak melakukan aktiviti dilarang KUALA LUMPUR Jabatan Perkhidmatan Awam mengingatkan semula para pegawai awam agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula ...
Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 374 hits
Shahbudin HusinKes baru Covid19 terus menunjukkan peningkatan dengan angkanya hari ini sebanyak 4 498 Ini adalah angka tertinggi sejak Februari lalu Ini tentunya sesuatu yang menyedihkan kerana peningkatan itu berlaku ketika PKP sudah diada...
Kerajaan Laksanakan Pkp Di Daerah Kuantan Berkuatkuasa Bermula 10 Mei Hingga 23 Mei

Kerajaan Laksanakan Pkp Di Daerah Kuantan Berkuatkuasa Bermula 10 Mei Hingga 23 Mei

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 374 hits
nbsp PUTRAJAYA Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh daerah Kuantan Pahang tiga daerah dan tiga mukim di Pulau Pinang serta tiga mukim di Perak Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKP
Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 382 hits
nbsp KUALA LUMPUR Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman
Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 305 hits
BANGI 26 Ramadan 1442H Sabtu Sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan seperti fasa pertama ekoran peningkatan kes harian COVID 19 yang kini mencecah angka lebih 4 000 Selain itu PKP menyeluruh perlu dibuat...
Keputusan Pkp Menyeluruh Diumum Petang Ini Atau Selewat Lewat Esok Ismail Sabri

Keputusan Pkp Menyeluruh Diumum Petang Ini Atau Selewat Lewat Esok Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 498 hits
Ismail Sabri Yaakob JERANTUT Kerajaan tidak bercadang melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara setakat ini sebaliknya meneruskan perintah itu secara bersasar kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Cara Isi Masa Lapang Ketika Pkp Dilaksanakan

Cara Isi Masa Lapang Ketika Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 490 hits
Masa PKP nih kadangkala boleh jadi bosan juga lama terperap dekat rumah Nak keluar pun bukannya boleh berjalan jauh sebab sempadan daerah pun ditutup Jadi masa yang terluang ni saya gunakan untuk tonton cerita baru di Netflix ataupun main o...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Gulai Kawah Kelantan

Memahami Budaya Kerja Toksik Dan Cara Menanganinya

Lega Ibu Ayah 2027 Anak Tahun 1 2 Tiada Subjek Berat Bahasa Isyarat Diperkenalkan

Vitamin Saraf B Complex Plus With Folic Asid

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon