Dengar Air Gula Pun Boleh Terasa Loya Nak Elak Muntah Tarik Nafas Minum Sekali Teguk
MINUM AIR GULA. Bagai mimpi ngeri bagi bakal ibu bila perlu berhadapan dengan situasi ini. Lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ingin merasainya, mereka sering dimomokkan dengan pelbagai cerita mengenainya.
Tapi sebenarnya, penting tau air gula ini untuk ibu mengandung! Minum air gula ialah untuk mengetahui sekiranya ibu mengandung penghidap kencing manis ataupun tidak. Jika dapat dikesan pada peringkat awal, pemantauan boleh dibuat demi keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Baru-baru ini Dr Muhammad Izzat berkongsi di laman Twitter miliknya tentang tip untuk minum air gula supaya ibu-ibu tidak termuntah. Menurutnya, bukan suka-suka untuk mereka ‘mendera’ ibu hamil, tetapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil.
Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan.
Tip yang boleh diamalkan untuk minum air gula
Melalui perkongsian Dr Izzat, ramai yang meminta tip yang boleh diamalkan jika perlu minum air gula. Ini tip yang diberikan oleh Dr izzat:-
1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dlm tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG je.
3. Sampai kat klinik tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual membawang pasal tupperwear ke, Lazada ke rancangan TV3 yg kol 10 tu ke atau apa apa yg boleh distract. Tahu-tahu je da settle.
5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat.
6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr.
7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Dr Izzat juga berkongsi ketika belajar di universiti, beliau juga tidak terlepas peluang untuk merasai sendiri air gula tersebut.
Tip Minum Air Gula Agar Tidak Termuntah
Ada sesetengah ibu hamil akan merasa loya dan termuntah ketika minum air gula, Dr Izzat turut berkongsi tip minum air gula supaya tidak termuntah:-
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yg sesuai utk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je macam biasa
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
SUMBER: Dr Muhammad Eizzat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/dengar-air-gula-pun-boleh-terasa-loya.html