Demonstrasi Besar Besaran Selepas Kematian Rider Ojol Kehadiran Fajar Sadboy Jadi Sorotan


JAKARTA: Demonstrasi orang ramai selepas kematian seorang pemandu ojek dalam talian (ojol), Affan Kurniawan, 21, yang maut selepas digilis kenderaan taktikal (rantis) di Jalan Petamburan, Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Khamis (28 Ogos 2025) malam, semakin memuncak apabila ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan menuntut keadilan.
Kehadiran salah seorang figura media sosial terkenal, Fajar Sadboy, mencuri perhatian apabila beliau turut serta dalam demonstrasi berkenaan.
Sambutan hangat diterima daripada ribuan penggiat ojol yang berada di lokasi, malah ada yang mengaraknya seperti patung ogoh-ogoh dalam perarakan tradisi Bali.
Namun, suasana itu bertukar mengharukan apabila Fajar dilihat menangis teresak menyaksikan keadaan demonstrasi yang semakin tegang.
Gambar tersebut tular di media sosial dan menjadi bahan bualan hangat. Sebuah akaun Instagram @kocak.petcaah menulis kapsyen sinis: “The real serangan Fajar.”
Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Ada yang memuji keberanian Fajar, ada juga yang mengusiknya kerana menangis.
“Semangat,” tulis seorang pengguna, manakala seorang lagi menyindir, “Malah jadi ogoh-ogoh.” Tidak kurang yang berseloroh, “Dia kenapa menangis.”
Ada pula yang menyamakan ekspresi itu dengan simbol keresahan rakyat.
“Tangisan rakyat yang sebenar,” ciap seorang netizen, manakala yang lain berjenaka, “Turunkan DPR tidak, turunkan saya ya.”
Seorang lagi menambah, “Setidaknya dia sudah mewakili suara rakyat yang menangis.”
Aksi Demonstrasi Kian Panas
Protes yang bermula sejak Isnin (25 Ogos) bagi menentang kenaikan elaun anggota DPR RI (Parlimen Indonesia) semakin parah menjelang hujung minggu. Pada Jumaat (29 Ogos) dan Sabtu (30 Ogos), penunjuk perasaan bertindak menyerang beberapa lokasi strategik termasuk Mako Brimob Kwitang, Polda Metro Jaya, Polres Metro Jakarta Timur, Polsek Cipayung, serta bangunan DPR RI. Beberapa kemudahan awam turut dibakar.
Pihak berkuasa kemudian mengisytiharkan beberapa kawasan Jakarta sebagai zon merah, menyebabkan penduduk dilarang beraktiviti di kawasan terlibat. Kawasan sekitar yang lain turut diletakkan dalam kategori zon kuning kerana protes masih berterusan.
Momen Fajar Jadi Simbol
Kehadiran Fajar Sadboy pada saat genting ini dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @ihsan_botks dan segera tular. Dalam rakaman itu, Fajar disambut meriah oleh para penggiat ojol sebelum diangkat ke bahu mereka.
Namun, di tengah semangat membara ribuan jaket hijau, ekspresi wajah sedih yang menjadi identitinya kembali terpancar, bukan kerana patah hati, tetapi dipercayai kerana rasa cemas dan takut terjatuh.
Situasi kontras itu mencairkan ketegangan, apabila tangisan Fajar membuat suasana demonstrasi yang panas bertukar sedikit lebih menyentuh hati. Ramai yang merakam momen tersebut, sekali gus menjadikan wajahnya simbol baharu protes rakyat.
“Tolong jaga anak ini, sebab tidak ada lagi yang seperti dia. Unik,” tulis seorang warganet. Ada juga yang menafsirkan tangisan itu lebih mendalam, “Wajahnya bukti kesengsaraan rakyat.” Netizen lain menambah, “Sesuai dengan namanya, Fajar Sadboy. Senjata dia memang menangis.”
Fenomena Fajar Sadboy di tengah lautan demonstrasi memperlihatkan sisi lain daripada gelombang protes besar-besaran ini. Di saat ribuan rakyat menuntut keadilan dengan penuh kemarahan, ekspresi sedih dan tangisannya menjadi simbol yang menyatukan perasaan, antara marah, kecewa, dan harapan.
Sama ada dianggap bahan jenaka atau tanda kesengsaraan rakyat, kehadiran Fajar membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya digemakan dengan teriakan dan api, tetapi juga melalui air mata yang tulus. – The Malaysian Update
The post Demonstrasi Besar-Besaran Selepas Kematian Rider Ojol, Kehadiran Fajar Sadboy Jadi Sorotan appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/31/demonstrasi-besar-besaran-selepas-kematian-rider-ojol-kehadiran-fajar-sadboy-jadi-sorotan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syida Melvin Terkandas Di Jakarta Kongsi Pengalaman Ketika Demo Besar Besaran

Syida Melvin Terkandas Di Jakarta Kongsi Pengalaman Ketika Demo Besar Besaran

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1878 hits
Usahawan terkenal Syida Melvin berkongsi pengalaman bercuti ke Jakarta Indonesia yang bertukar menjadi satu detik mencemaskan apabila ratusan penunjuk perasaan turun ke jalan raya menuntut reformasi politik dan ekonomi Menurut Syida keadaan...
Hari Keusahawanan Sekolah Bertukar Duka Guru Besar Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Pejabat

Hari Keusahawanan Sekolah Bertukar Duka Guru Besar Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Pejabat

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 937 hits
Guru adalah insan yang tidak pernah kenal lelah Walau penat mereka tetap hadir menyemai ilmu dan mendidik tanpa mengira masa Namun dunia pendidikan dikejutkan apabila seorang Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gedok Tampi...
Timbang Rambut Bayi Selepas Aqiqah Sunnah Rasulullah Yang Ramai Terlepas Pandang

Timbang Rambut Bayi Selepas Aqiqah Sunnah Rasulullah Yang Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 601 hits
Timbang rambut bayi selepas aqiqah sunnah Rasulullah yang ramai terlepas pandang kerana ia sering dianggap sekadar adat sedangkan hakikatnya ia adalah ibadah penuh hikmah Amalan ini bukan sahaja mendidik ibu bapa untuk bersyukur malah menja...
Alonso Beri Nafas Baharu Real Selepas Dimalukan Psg

Alonso Beri Nafas Baharu Real Selepas Dimalukan Psg

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 634 hits
Alonso beri nafas baharu Real selepas dimalukan PSG ALONSO mulakan era baharu bersama Real Madrid FOTO AFP Madrid Bagi Real Madrid permulaan sebenar era baharu ini hadir dengan kekalahan menyakitkan Kekalahan 0 4 kepada Paris Saint Germain ...
Pemandu Van Ditahan Selepas Rakaman Video Tular Bahayakan Pelajar Sekolah

Pemandu Van Ditahan Selepas Rakaman Video Tular Bahayakan Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 890 hits
Polis menahan seorang pemandu van selepas rakaman video memaparkan tindakannya menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah ketika kenderaan masih bergerak tular di media sosial Perbuatan tersebut bukan sahaja mengundang risiko terhadap kes...
Wanita Parah Dirempuh Pikap Maut Selepas 7 Hari Bertarung Nyawa

Wanita Parah Dirempuh Pikap Maut Selepas 7 Hari Bertarung Nyawa

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1000 hits
TAWAU Seorang wanita yang parah dirempuh trak pikap dipandu lelaki dipercayai mabuk meninggal dunia pagi tadi selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau Mangsa Darna Tajudin 41 disahkan meninggal dunia jam 8 37 p...
Mualaf Meninggal Dunia Selepas 9 Hari Peluk Islam

Mualaf Meninggal Dunia Selepas 9 Hari Peluk Islam

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 738 hits
CYBERJAYA Seorang mualaf Jeremy Mah Ci Wei Abdullah 26 ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhampiran tempat kerjanya pada 19 Julai lalu Kisah arwah mula tular selepas dikongsi tunangnya Qistina Liew yang menceritakan detik cema...
Kematian Adik Zara Qairina

Kematian Adik Zara Qairina

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 2005 hits
Assalamualaikum Selamat Petang KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA Baru baru ni kita digemparkan dengan kes kematian Adik Zara Qairina di Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak sebaya adik Zara Fiza turut berasa dukacita dengan berita tersebut Tak ...
Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1208 hits
Wanita dilanggar pemandu disyaki mabuk ketika berjogging meninggal dunia selepas 7 hari kritikal di ICU Arwah Darna meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau pagi tadi selepas tujuh hari bertarung nyawa susulan insiden dirempuh pe...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji