Demi Nak Adakan Pilihanraya Awal Awal Pun Umno Akan Kalah Lambat Pun Umno Akan Kalah


 
Pembentangan belanjawan awal terburu-buru, tiada perbincangan, kata Anwar

FMT Reporters -August 27, 2022 
Anwar Ibrahim berkata pembentangan belanjawan awal bukan di luar kelaziman, namun ia jelas menunjukkan Ismail Sabri Yaakob berdepan tekanan daripada Umno.PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kerajaan mempercepatkan pembentangan Belanjawan 2023 sebagai terburu-buru dan dibuat tanpa berbincang dengan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Port Dickson berkata tindakan itu juga dilakukan bagi memberi ruang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menentukan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Anwar berkata, biarpun tindakan kerajaan menjadualkan semula pembentangan Belanjawan 2023 bukan sesuatu yang luar kelaziman, namun dakwanya, ia jelas menunjukkan Ismail berdepan tekanan dari dalam partinya.
“Proses penyediaan belanjawan kali ini juga tidak seperti tahun sebelum ini yang turut membabitkan Pakatan Harapan bagi membincangkan isu pokok seperti percukaian.
“Umumnya dalam praktik kita dalam satu dua tahun ini, ada perundingan PH berdasarkan memorandum persefahaman, umpamanya aspek percukaian, perbelanjaan, ketelusan, pertanggungjawaban dalam beberapa isu pokok yang mahu dibentangkan
“Ini (rundingan) belum bermula, bermakna mereka terburu-buru melaksanakan (pembentangan belanjawan),” katanya menerusi video dimuat naik di Facebooknya.
Beliau berkata, bukan lagi rahsia apabila perdana menteri menghadapi tekanan yang kuat oleh pimpinan Umno.
“Jadi kita ada perdana menteri yang tidak punyai kekuatan untuk menentukan, tetapi di bawah telunjuk pimpinan Umno,” katanya.
Kata Anwar lagi, rakyat memerlukan mandat lebih kuat dan bukannya perdana menteri yang terpaksa bertindak mengikut “selera” pimpinan kelompok dalam partinya.
Beliau berkata, rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dengan mandat yang jelas supaya pemerintahan baharu boleh menumpukan perhatian.
“Pertama memastikan tatakelola kerajaan yang baik, menghapus rasuah bukan cara terpilih kerana sementara ada yang dimasukkan ke penjara tetapi ia tidak menjadi pengajaran, soal ketirisan dan rompakan itu berterusan,” katanya.
Anwar berkata, selain itu isu besar lain perlu ditangani termasuk peningkatan kos sara hidup, pembaharuan pendidikan, kemudahan kesihatan, menghadapi pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) serta perubahan iklim, dengan banjir berlaku beberapa kali dalam setahun.
“Malangnya satu pentadbiran yang lemah seperti yang ada sekarang di bawah telunjuk beberapa tokoh yang takut hadapi pendakwaan di mahkamah, tidak mungkin membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama kos sara hidup yang meningkat.
“Jadi kita harap rakyat akan diberi pencerahan bersama untuk bangkit bertindak menuntut perubahan dan pembaharuan yang menyeluruh,” katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Okt ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.
Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt ini, selepas diputuskan dalam mesyuarat Kabinet. Mengikut takwim di laman web Parlimen, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Okt hingga 15 Dis 2022.
Keputusan awalkan pembentangan belanjawan itu susulan desas-desus pembubaran Parlimen akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada PRU15.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/demi-nak-adakan-pilihanraya-awal-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Zahid Dan Najib Kalut Nak Pilihanraya Katanya Awal Bulan 10

Kenapa Zahid Dan Najib Kalut Nak Pilihanraya Katanya Awal Bulan 10

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 271 hits
Hamdan Taha Jika orang itu ada otak dan berfikir tentulah kita boleh faham kenapa beria ia zahid hamidi ni minta pru di segerakan Sampaikan hari hari desak pru padahal dia bukan boleh bertanding lagi pun Kes dia sedang berjalan sekarang apa...
Nak Pilihanraya Cepat

Nak Pilihanraya Cepat

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 120 hits
Keputusan MahkamahRosmah pada 1 SeptBung dan isteri 2 SeptAzeez Baling 5 Sept Zahid 15 Sept Baru faham kenapa kluster mahkamah nak PRU cepat
Apa Ke Bodo Yang Nak Sokong Kerajaan Umno Yang Gagal

Apa Ke Bodo Yang Nak Sokong Kerajaan Umno Yang Gagal

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 325 hits
Walaupun Tun kata umno akan menang besar jika PRU tahun ini ITU bukan bermaksud umno kuat ITU kerana Pembangkang yang lemah kerana tidak bersatu berbanding PRU14 Tetapi ada parti lain yang lebih kuat dari BN dan PH iaitu parti yang tidak ke...
Peguambela Tidak Mahu Wakili Lagi Najib Kerana Dah Tau Akan Kalah Demi Keadilan Peguambela Harus Mewakilinya

Peguambela Tidak Mahu Wakili Lagi Najib Kerana Dah Tau Akan Kalah Demi Keadilan Peguambela Harus Mewakilinya

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 440 hits
Mahkamah Persekutuan arah Hisyam terus wakili Najib dalam rayuan SRC August 18 2022 12 06 PM Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata Hisyam Teh Poh Teik gagal memberi alasan kukuh untuk menyokong permohonannya menarik diri PUTRAJA...
Fahami 2 Syarat Nak Anak Cakap Guna Ayat Elak Lambat Bercakap

Fahami 2 Syarat Nak Anak Cakap Guna Ayat Elak Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 199 hits
Kebelakangan ini masalah anak lambat bercakap atau speech delay menjadi masalah normal dialami oleh ramai kanak kanak Sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau apabila anak sudah masuk usia dua tahun tapi belum boleh bercakap Kemahiran bercak...
Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak Speech Delay Mula Lagi Awal Nampak Hasilnya

Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak Speech Delay Mula Lagi Awal Nampak Hasilnya

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 274 hits
Bila kita tengok anak orang dua tahun lebih dah petah bercakap kita sebagai ibu bapa dah mula risau Tambah pula jika saudara mara yang anaknya setahun lebih dah boleh buat ayat tiga empat perkataan walaupun pelat Tapi bila pandang anak send...
Ismail Sabri Kini Tersepit Adakan Pru Segera Stay Kemungkinan Dipecat Dari Umno

Ismail Sabri Kini Tersepit Adakan Pru Segera Stay Kemungkinan Dipecat Dari Umno

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 165 hits
Majoriti ketua bahagian Umno desak PM segerakan PRUNora Mahpar dan Faiz Zainudin KUALA LUMPUR Seramai 158 ketua bahagian Umno yang hadir mesyuarat tergempar hari ini mendesak pilihan raya umum diadakan dengan kadar paling segera kata Ketua ...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly