Demi Cinta Wanita 26 Tahun Bertarung Nyawa Membakar Diri
BERKORBAN APA SAHAJA: Cik Raybe Oh Siew Huey mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus tubuhnya dan kini bertarung nyawa di Hospital Besar Singapura (SGH) selepas cuba menyelamatkan teman lelakinya dan kawan-kawannya yang terperangkap dalam kereta BMW yang terbakar. - Foto MICHAEL TAY PHOTOGRAPHY, ALPHONSUS CHERN
Tragedi Tanjong Pagar: Demi cinta, wanita 26 tahun bertarung nyawa, membakar diri MELIHAT teman lelakinya dan beberapa teman lain terperangkap dalam kereta yang terbakar, Cik Raybe Oh Siew Huey, 26 tahun, bergegas ingin membantu menyelamatkan mereka walaupun berdepan dengan risiko mengancam nyawanya sendiri. D ek perbuatannya itu, beliau mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus tubuhnya dan kini bertarung nyawa di hospital, lapor akhbar The Straits Times.
Tajong pagar accident catches fire and a few dead. People says you can see in the fire, there is a figure representing Dua li ah pek and something look like a cow head with horn. What do you think???
Posted by Lee Claus on Saturday, February 13, 2021
Teman lelaki Cik Oh, Encik Jonathan Long, 29 tahun, memandu BMW yang merempuh sebuah rumah kedai awal pagi Sabtu (13 Februari).
Pasangan kekasih ini difahamkan telah memohon flat baru-baru ini.
Cik Oh adalah bekas pramugari Singapore Airlines dan juga penyanyi getai.
Saksi nahas ini berkata kereta yang dipandu itu terbakar hanya beberapa saat selepas merempuh rumah kedai di Tanjong Pagar itu.
Tanjong Pagar Crash The six victims of a fatal crash in Tanjong Pagar on Saturday (Feb 13) had one common link - all...
Posted by SG Warehouse Sale & Events on Saturday, February 13, 2021
Teman mereka, Encik Akira Chan, 21 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times, Cik Oh tiada dalam kereta itu pada waktu kejadian tetapi bergegas segera ke tempat kejadian.
"Beliau cuba membuka pintu kereta itu tetapi cedera dalam proses menyelamatkan teman lelakinya dan rakan-rakannya," kata Encik Chan.
Di sebalik pengorbanan Cik Oh, Encik Long meninggal di tempat kejadian bersama empat lagi lelaki yang berada bersamanya.
Cik Oh masih sedarkan diri apabila dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) tidak lama selepas kejadian itu yang berlaku sekitar 5.40 pagi.
Seorang jurucakap SGH berkata, beliau dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).
Laporan akhbar sebelum ini menyatakan, Cik Oh, yang dilahirkan di Malaysia, mula menyanyi getai seawal usia 16 tahun dan ketika masih menuntut di politeknik.
Katanya, dalam satu wawancara The Straits Times pada 2013, beliau menyanyi getai bagi membiaya pengajiannya di politeknik agar dapat meringankan beban kewangan bapanya.
Penganjur getai, Encik Aaron Tan, 45 tahun, pula berkata beliau mengingati detik pertemuannya dengan Cik Oh pada 2019 dalam satu penerbangan.
Kali terakhir beliau mendapatkan khidmat Cik Oh menyanyi bagi satu persembahan getai maya adalah sekitar Ogos tahun lalu.
"Cik Oh menyanyi getai sebelum menjadi pramugari tetapi kekal merendah hati. Beliau kemudian perlu berhenti seketika kerana komitmen kerja barunya itu tetapi mula membuat persembahan getai lagi tahun lalu kerana pandemik ini.
"Beliau pendiam dan kecil molek orangnya, nampak seperti takut-takut tetapi sebenarnya wanita yang suka berdikari dan memiliki hati yang murni.
"Sebagai masyarakat getai, kami terkejut mendengar berita ini dan mengharapkan beliau akan pulih.
"Cik Oh lakukan segalanya kerana cinta, ia adalah sikap tidak mementingkan diri, sesuatu yang tidak semua orang mampu lakukan. Tindakannya itu sesuatu yang wajar dipuji," kata Encik Tan. - The Straits Times
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/02/demi-cinta-wanita-26-tahun-bertarung.html