Demi Anak Saya Sanggup Ketepikan Kehendak Saya Perkongsian Lelaki Ini Buktikan Betapa Struggle Kehidupan Sekarang
Ibu ayah memang sanggup buat apa sahaja demi anak-anak tersayang walaupun terpaksa ketepikan kehendak sendiri. Itu lumrah kehidupan masa kini yang rata-ratanya sedang mengalami waktu sukar.
Tambah pula dengan pandemik yang sedang kita lalui, sedikit sebanyak membuatkan keadaan ini semakin meruncing. Perkongsian seorang lelaki tentang situasi sebenar ekonomi sebuah keluarga pastinya membuka mata semua.
Terbukti bahawa zaman kini bukanlah untuk kita duduk bersenang lenang. Belanja asas sahaja sudah memerlukan wang yang banyak apatah lagi untuk memenuhi keinginan yang lain. namun demi kerana anak-anak ibu bapa sanggup buat apa sahaja.
gambar hiasan
DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.
YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?
Ini latar belakang keluarga Puan R:
Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
Gaji Suami: RM 8,000
Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)
Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun)
Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:
UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
Kereta: RM850
Rumah: RM600
Barang Dapur Kering: RM450
Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
SSPN ANAK: RM200
Van Sekolah ANAK: RM100
Yuran Ngaji ANAK: RM60
Yuran Tusyen ANAK: RM200
Belanja sekolah ANAK: RM624
Total: RM3,984
UTILITI
Coway: RM130
Elektrik: RM80
Air (bayar untuk meter pukal): RM40
Astro: RM90
Petrol: RM200
Unifi: RM150
Total: RM690
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
Hibah: RM200
Total: RM400
BAKTI PADA IBU BAPA
Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
LEBIHAN: RM226
gambar hiasan
Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R:
66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga
11.5% digunakan untuk Utiliti
6.7% digunakan untuk Masa Hadapan
6.7% digunakan untuk Ibu Bapa
5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka
Lebihan??? Hanya 3.7%.
Total: 100%
Maka saya bertanya kepada Puan R.
Hispanic mother and children in grocery store
Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?
Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas
Sambung Puan R lagi..
Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle..
Fikir2kanlah…
Kredit : Ir. Abdul Rahman Bahasa
The post “Demi Anak, Saya Sanggup Ketepikan Kehendak Saya” Perkongsian Lelaki Ini Buktikan Betapa ‘Struggle’ Kehidupan Sekarang appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/demi-anak-saya-sanggup-ketepikan-kehendak-saya-perkongsian-lelaki-ini-buktikan-betapa-struggle-kehidupan-sekarang/