Demam On Off Dalam Tempoh Sebulan Adam Disahkan Hidap Leukimia Jenis


Lumrah, setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka sentiasa sihat, cergas seperti kanak-kanak normal. Siapa sangka, hanya demam sekejap-sekejap sebenarnya membawa kepada penyakit yang serius iaitu Kanser Leukimia. 

Adam mula demam on off sejak februari 2018 tapi hanya jumpa doktor dan makan ubat. Hari jadi Adam yang ke-3 kami sambut di Lost World of Tambun tapi nampak dia tak berapa larat. Kami fikir mungkin sebab dia demam sebab sebelum tu dia memang demam on off selama sebulan
Bermula Simptom-Simptom Awal
Pada 19/3/18 kami pergi ke rumah di simpang empat yang mana ketika itu dalam renovation. Saya, Adam dan suami ke kedai berhampiran dengan berjalan kaki. Pulang dari kedai Adam mengadu tak larat dan minta untuk dukung. Kerana terlampau penat dia tertidur. Bangun dari tidur Adam meragam, menangis, tak larat katanya. Makan pun tak mahu.

Petang tu kami balik tapi Adam tak mahu ikut. Dia bermalam di rumah makcik suami yang merupakan pengasuhnya dari kecil. Malam tu makcik menghunbungi kami bertanya sama ada adam jatuh ke tidak sebab dia mengadu sakit kaki dan tak boleh jejak.
Pada 20/3/18 tu adam langsung tak boleh jalan walaupun dia cuba, tapi dia tak boleh berjalan langsung. Kami ingatkan mungkin dia terjatuh ketika bermain. Kami ke Hospital Lam Wah Ee (tempat kerja saya) berjumpa pakar kanak-kanak , Dr.Cheng.
Disahkan Menghidap Leukimia
Ujian darah di lakukan memandangkan hampir tengah hari,  Adam pulang dahulu ke rumah bersama suami saya dan saya menunggu keputusan ujian darah Adam. Petang tu saya berjumpa doktor dan diberitahu Adam berkemungkinan menghidapi Leukimia. Adam dirujuk ke Hospital Pulau Pinang – Doktor Pakar Kanak-kanak secepat mungkin. Dr. Cheng beritahu potensi untuk kanser semakin tinggi kerana zaman sekarang sudah moden.

Pada 21/3/18, Bone Marrow Aspiration (BMA) dilakukan untuk mengenal pasti jenis Leukimia Adam. Pada 22/3/18 result mengesahkan Adam menghidapi ALL (Acute Lymphoblastic Leukimia)
Kaedah Rawatan
Rawatan Adam hanya Chemotheraphy. Rawatan itu selama 6 bulan. Ada 5 protokol dan 4 cara;
1. Makan ubat
2. IT (Intra)
3. IM (Intramascular)
4. Melalui chemofort
Rawatan Adam bermula dari 23/3/18 sehingga November 2018. Sepanjang rawatan Adam banyak di tangguh disebabkan komplikasi. 12/12/18 rawatan maintenece Adam bermulayang mana setiap bulan harus periksa darah.
Sepanjang rawatan Adam , keputusan darah turun naik. Tambah darah merah berkali-kali. Sampai satu tahap Adam allergic selepas blood transfusion. Naik merah-merah & gatal seluruh badan. Bengkak mata.
Ketika di protocol ‘m’ iaitu protocol yang ke-3 sebelum dos yang terakhir, Adam mengalami komplikasi yang teruk.
Kesan Chemotherapy
Bermula dengan demam, tiada selera makan, Chemo ditangguhkan. Antibiotik diberikan selepas 2 jam dimasukkan ke hospital, Adam muntah darah sedikit. Terpaksa puasakan Adam. Adam dirujuk pakar bedah untuk pemerhatian. Hasil darah sedikit menurun. Adam diberi lagi Tranfusi darah merah & platelet. Tapi selepas itu Adam muntah darah pada petang & ubat untuk menghentikan pendarahan secara infuse di beri.

Trauma bagi seorang ibu & yang paling saya tak akan lupakan waktu subuh Adam yang lemah panggil saya, menunjukkan tanda hendak muntah. Tanpa sempat berbuat apa-apa Adam muntah darah yang banyak. Adam dipuasakan terus. Ubat henti darah & tambah darah ditambah. Bukan setakat itu, Adam cirit-birit . Dia diletakkan di bilik Isolation. Pakar kata kemungkinan ulser di dalam kerongkong hingga perut menyebabkan dia sakit.
Adam Tak Cerewet & Mudah Dijaga
Adam seorang yang tidak cerewet dan senang  dijaga, bukan jenis yang banyak meragam. Tapi kali ini dia telan air liur pun menangis. Dia tak boleh telan air atau ubat. Paling lama ubat mampu bertahan hanya 2 jam, selepas itu Adam menangis kembali hingga satu tahap doktor terpaksa memberika injection Morphine untuk mengurangkan kesakitan.

Hampir seminggu Adam puasa. Hanya Drip & TPN (Total Parenteral Nutrien) sahaja untuk Adam. Alhamdulillah Adam dapat melalui semua itu.
Sepanjang rawatan, Adam demam, batuk, selesema, ulser mulut, turun naik darah dan tambah darah adalah perkara biasa.
Aktiviti Harian Berubah
Aktiviti harian berubah, tak boleh sesuka hati keluar rumah apatah lagi ke Shopping Mall, Kenduri, ke tempat orang ramai. Antibodi mereka terlampau rendah & mudah mendapat infeksi. Keluar rumah perlu pakai mask (topeng mulut)

Pemakanan 
Makanan perlu segar dan betul-betul masak . Sayur mentah tak boleh, telur separuh masak pun tak boleh. Buah-buahan mesti bersih dan baru dipotong dan perlu dimakan terus. Makanan yang disimpan pun tak boleh. Paling pantang minuman culture dan cheese
Alhamdulillah Adam memahami walaupun baru 3 tahun. Tahu apa yang boleh di makan dan tak boleh makan. Tahu kena minum air yang banyak , tahu bila kena puasa, bila hendak makan ubat. Dia juga memahami bila ibunya sudah mula bekerja setelah 7 bulan cuti tanpa gaji. Adam seorang yang sangat memahami & tidak pernah meragam.

Sekarang ni Adam sangat aktif . Kalau dilihat dari riak wajah & perwatakan dia, tiada siapa sangka yang sebenarnya Adam adalah “Cancer Fighter”.
Sumber: Syamsuhaini.samsuddin
Artikel dan gambar yang disiarkan oleh Pa&Ma ini telah mendapat kebenaran daripada Puan Syamsuhaini Samsuddin
The post Demam On Off Dalam Tempoh Sebulan, Adam Disahkan Hidap Leukimia Jenis (ALL) appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/demam-on-off-dalam-tempoh-sebulan-adam-disahkan-hidap-leukimia-jenis-all/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Boleh Berguling Dan Mengengsot Dengan Siku Selepas Disahkan Spina Bifida Dalam Kandungan

Hanya Boleh Berguling Dan Mengengsot Dengan Siku Selepas Disahkan Spina Bifida Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 246 hits
Petah berkata kata dan tak lokek dengan senyuman Wan Ainun Mardhiah Wan Saiful Syahriza 4 tahun tetap mahu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya Namun siapa sangka di sebalik senyumannya itu Ainun disahkan mengalami tiga penyakit kron...
Ayah Disahkan Mengidap Kanser Kolon Stage 4

Ayah Disahkan Mengidap Kanser Kolon Stage 4

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 462 hits
Luluhnya hati bila tahu ayah mengidap kanser kolon stage 4 Sel kanser telah merebak sampai ke paru paru Ya Allah CN adik adik cuba sehabis baik taknak sedih depan ayah Sentiasa positifkan ayah bahawa dia boleh sihat macam biasa Ya Sokongan ...
Saya Tidak Paksa Dia Bertudung Mark Adam

Saya Tidak Paksa Dia Bertudung Mark Adam

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 380 hits
PENYANYI Mark Adam meluahkan rasa gembira apabila isterinya Norazah Redzuan kini sudah berhijab Mark 39 berkata keputusan dibuat isterinya atas kerelaan sendiri selepas pulang dari Tanah Suci Makkah Sekembalinya kami dari menunaikan ibadah ...
Politik Anwar Musa Setaraf Lokman Adam Makin Murahan

Politik Anwar Musa Setaraf Lokman Adam Makin Murahan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 392 hits
Anuar Musa sudah benar bermain POLITIK murahan dengan menjadikan ISU perletakan jawatan YDP sebagai ISU POLITIK ke arah fitnah apakah masih terbawa kebiasaan POLITIK umno Tak berubah ubah YDP letak jawatan atas keputusan peribadi yang baik ...
Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 472 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ialah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika kelahiran Ikuti penerangan Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia ...
Diet Organik Dihubungkan Dengan Pengurangan Risiko Hidap Kanser

Diet Organik Dihubungkan Dengan Pengurangan Risiko Hidap Kanser

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 302 hits
Hi Korang Bolehkah makanan organik membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser Satu kajian yang diterbitkan dalam JAMA Internal Medicine baru baru ini oleh para penyelidik dari Institut National de la Sante et de la Recherche Medicale d...
Sengugut Teruk Kerap Kencing Tanda Ada Fibroid Ini 20 Jenis Makanan Yang Boleh Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroid

Sengugut Teruk Kerap Kencing Tanda Ada Fibroid Ini 20 Jenis Makanan Yang Boleh Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroid

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 912 hits
Senggugut teruk kerap kencing adalah antara tanda ada FIBROID 20 makan ini akan bantu kecutkan cyst dan fibroid Jom ambil tahu dan Amalkan Jangan biarkan cyst anda semakin membesar begini Ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah pada ...
Kenali Gangguan Jin Berbentuk Bisikan Jenis Jenisnya

Kenali Gangguan Jin Berbentuk Bisikan Jenis Jenisnya

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 403 hits
Tanda gangguan jin berbentuk bisikan ini berbeza sedikit dari gangguan jin yang lain Saya terangkan dalam artikel ini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba