Demam Durian Penuhi Keinginan Anda Dan Dapatkannya Di 7 Lokasi Jualan Di Negeri Selangor


 7 Lokasi ini Menawarkan Durian Pelbagai Jenis dengan Harga yang Amat Berpatutan!
Musim yang dinantikan sudah tiba dan kita semua menantikannya. Walaupun pergerakan masih dihadkan, tiada apa yang patut menghentikan kita dari mendapatkan Raja Buah; durian. Di bawah ini disertakan beberapa lokasi jualan di Negeri Selangor untuk anda mendapatkan pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan. Ataupun, sebagai langkah yang selamat, perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan untuk melindungi anda dan yang tersayang!


1)    Say Heng Durian Stall, Subang Jaya

Telah berada dalam perniagaan durian selama 20 tahun, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, Tracka, Golden Phoenix dan sebagainya. Jika anda lebih berminat membeli melalui servis penghantaran, mereka juga ada menawarkan penghantaran sekitar Lembah Klang. Cuma pastikan anda membuat pesanan sebelum jam 3 petang dan penghantaran durian anda akan dilakukan pada hari yang sama. Jika anda berasa ragu-ragu untuk mendapatkan durian jenis apa, anda boleh layari laman sesawang mereka dan lihat di bahagian Galeri.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.sayhengdurian.com.my/atau hubungi+6012-9992333


2)    Durian Bear, Petaling Jaya

Syarikat yang terkenal yang menawarkan pelbagai jenis durian dengan perkhidmatanpelanggan yang amat memuaskan, Durian Bear bukan sahaja menawarkan durian, namun juga produk berasaskan durian seperti krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak. Laman sesawang mereka yang mudah digunakan lengkap dengan maklumat yang anda perlukan untuk membeli durian.
Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke kawasan Lembah Klang. Durian yang bakal dihantar juga akan melalui semakan kualiti terlebih dahulu sebelum dihantar ke rumah anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://durianbear.my/atau hubungi+6016-8947992


3)    Ezy Durian, Batu Caves

Ezy Durian adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis durian yang terletak di Batu Caves, Selangor. Syarikat ini menjual pelbagai rangkaian durian termasuk jenis durian yang masih belum tiba musimnya seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi. Selain daripada mempunyai kedai yang tersendiri, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran.  Penempahan yang dibuat setiap hari daripada pelanggan akan dihantar pada hari yang sama 2 jam selepas penempahan dibuat. Kawasan penghantaran termasuk seluruh kawasan Lembah Klang. Jika anda peroleh durian yang sudah rosak, jangan risau syarikat ini menawarkan polisi untuk membantu anda mendapatkan pembayaran balik(refund).

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ezydurian.com.my/atau hubungi+6011-2081 9711
 

4)    Pasar Tani Kekal Selayang

Bukan sahaja durian, malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis buah tempatan yang lain yang sudah tiba musimnya di Pasar Tani Kekal Selayang. Dibuka setiap hari dari jam 8pagi sehingga 4petang, buah-buahan yang boleh didapatkan disini termasuk manggis, langsat dan pelbagai jenis durian juga boleh dibeli secara borong. Semua buah-buahan yang dijual disini datang segar dari kebun tempatan yang terdaftar di bawah FAMA yang mana juga bertanggungjawab atas pengeksportan durian. Oleh itu, anda tidak perlu khuatir akan kualiti buah-buahan yang dijual disini.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6019-6630733
 

5)    Berkeley Durian, Klang

Syarikat yang telah berada dalam industri jualan durian selama lebih dari 50 tahun sejak tahun 1975 ini juga menawarkan pelbagai jenis durian untuk warga Klang. Jenis durian yang dijual termasuk Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn dan banyak lagi. Baru-baru ini, syarikat ini mula menjual lebih banyak jenis buah termasuk avokado, strawberi, buah naga dan juga produk lain seperti telur organik.
Jika anda memerlukan perkhidmatan penghantaran, kedai mereka juga boleh didapati di aplikasi Grab dan anda boleh menikmati promosi diskaun disitu. Anda juga boleh membuat pengambilan sendiri (pickup) di kedai mereka yang terletak di Taman Berkeley, Klang yang dibuka setiap hari dari jam 8.30 am sehingga 10malam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6016-6491511


6)    Durianity, Puchong

Terletak di IOI Boulevard, Puchong, syarikat ini mempunyai restoran yang anda boleh nikmati bukan sahaja durian segar tetapi termasuk juga juadah-juadah unik yang lain yang berasaskan durian. Juadah-juadah itu termasuk Piza Durian, Nasi Goreng Bersama Musang King, dan juga Kopi Musang King. Restoran yang berinsipirasikan durian ini juga menjual Musang King Raub yang popular, sepanjang tahun. Selain daripada menikmati makan mereka di restoran, produk-produk mereka juga boleh dibeli melalui aplikasi GrabFood. Anda boleh membuat pesanan anda berdasarkan menumereka yang serba lengkap di aplikasi tersebut. 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6012-5228611


7)    Durian Man, Petaling Jaya.

Durian Man dahulu adalah sebuah gerai yang kecil sejak tahun 1998 dan setelah beberapa tahun berlalu, syarikat ini telah membesar menjadi lokasi yang terkenal dalam kalangan peminat durian di Lembah Klang. Syarikat ini mempunyai premis yang selesa dan sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan-rakan untuk menikmati durian yang segar dari ladang secara hidang atau jamuan buffet. Durian Man juga giat menjalankan promosi di laman Facebook mereka melalui sesi siaran langsung untuk mengumumkan harga runtuh buat bagi produk durian seperti dari jenis Musang King.  
Untuk maklumat lanjut, sila layari:  https://www.durianmanss2.com/atau hubungi+6012-2345619
Terliur? Sudah tentu anda tidak perlu khuatir dimana anda perlu mendapatkan durian jika anda berada di Negeri Selangor kerana Negeri ini mempunyai banyak tempat yang menjual Raja Buah ini tidak kira bangunan kedai mahupun gerai-gerai khemah kecil yang banyak di tepi jalan. Anda juga tidak perlu risau kerana perkhidmatan penghantaran untuk buah durian juga turut ditawarkan untuk warga Lembah Klang. Cuma pastikan anda memeriksa durian dan tawar-menawar dengan peniaga untuk mendapatkan durian dengan harga yang terbaik.
Diingatkan juga kepada anda untuk sentiasa mengikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dimana sahaja anda pergi. Peraturan termasuklah seperti memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial, menggunakan pembersih tangan dan mendaftar masuk ke premis di Negeri Selangor melalui aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”.

Untuk mendapatkan inspirasi dalan merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, anda boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor www.selangor.travel atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel
Baca juga : 5 Cafe Estetik Dan Bergaya Negeri Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/07/demam-durian-penuhi-keinginan-anda-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021

Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 428 hits
Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 Jom sertai pertandingan video pendek bulan faraid negeri Selangor 2021 anjuran Majlis Agama Islam Selangor Pertandingan video pendek ini diadakan sempena bulan faraid negeri Selang...
Selangor Vaksin 12 Rakyat Negeri

Selangor Vaksin 12 Rakyat Negeri

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 269 hits
Selangor berjaya memberi 2 3 juta dos vaksin Covid 19 kepada penduduk negeri menerusi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan jumlah tertinggi berbanding negeri negeri lain di Malaysia Menurut Menteri Besar Selangor Datul Seri Amirudin Shari ...
Lelaki Di Tahan Peguat Kuasa Swcorp Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan

Lelaki Di Tahan Peguat Kuasa Swcorp Lupus Kulit Durian Secara Haram Di Lokasi Larangan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 210 hits
KUANTAN Tindakan seorang lelaki membuang kulit durian secara haram menerima padah apabila ditahan penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Raub di jalan persendirian dekat perkuburan Sempam di Cheroh Raub semala...
5 Kafe Estetik Dan Bergaya Di Negeri Selangor

5 Kafe Estetik Dan Bergaya Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 229 hits
Bukan Sahaja Menyajikan Hidangan yang Enak Hiasan Dalaman 5 Kafe Ini Juga Mempunyai Daya Penarik yang TersendiriKafe merupakan lokasi yang gemar dikunjungi untuk menikmati hidangan serta bersantai bersama kawan kawan mahupun ahli keluarga S...
Banding Kes Covid Atas Nisbah Penduduk Bukan Canang Selangor Tertinggi Dr Dzulkefly

Banding Kes Covid Atas Nisbah Penduduk Bukan Canang Selangor Tertinggi Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 217 hits
Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menolak klasifikasi yang sering dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan Selangor mempunyai kes Covid 19 tertinggi pada setiap hari Katanya rakyat perlu diberitahu meng...
Selangor Will Ensure Brought In Dead Cases Remain Low Says Dzul

Selangor Will Ensure Brought In Dead Cases Remain Low Says Dzul

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 147 hits
Dzulkefly said the state s Covid 19 numbers may be high but the state will ensure that the number of brought in dead cases remain low with mass testing KUALA LUMPUR Former health minister Dzulkefly Ahmad said today that Selangor s Covid 19 ...
Azmin Punca Kes Covid 19 Meningkat Di Selangor Anwar Kata

Azmin Punca Kes Covid 19 Meningkat Di Selangor Anwar Kata

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 230 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyalahkan menteri besar Selangor yang lama Mohamed Azmin Ali sebagai punca peningkatan wabak Covid 19 Anwar mendakwa peningkatan kes secara mendadak di Selangor tidak mungkin berlaku jika sebelum ini tidak ditad...
Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 239 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara PETALING JAYA Darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dikurniakan ke...
Selangor Ruler Disappointed With Corrupt Public Officers In The State

Selangor Ruler Disappointed With Corrupt Public Officers In The State

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 229 hits
Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah today expressed his disappointment over the report on several state government officers being involved in corrupt practices that can tarnish the good image and reputation of civil servants in...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram