Demam 11 11



Assalamualaikum semua,
Harap semua sihat sejahtera hendaknya ya. Saya masih mengalami selsema dan batuk, setelah demam hampir 2 minggu. Ya Allah.. bila dah lama tak sakit, sekali sakit yang teruk. Rasa macam hilang kesabaran Astagfirullahal'azim. Walhal selama ini Allah bagi nikmat sihat, kurang rasa syukurnya. Maka benarlah sihat itu nikmat. Moga kita lebih bersyukur dan berusaha menjaga kesihatan diri. Bila tak sihat, mula lah mood pun tiada, semangat pun hilang. Ya Allah berdosanya. Padahal orang lain yang sakit lagi teruk masih boleh sentiasa senyum malah memberi inspirasi kepada orang lain. Sungguh lemahnya saya

Jadi anda semua pun jagalah kesihatan ya. Makan yang seimbang, banyakkan minum air putih, kurangkan pengambilan gula. Bersenam jangan lupa ya. Saya pun dah lama tak bersenam ni. 
Hari ni saya cuma nak update secara ringkas. Maklumlah blog ini sudah lama terbengkalai. Dari aspek kerja di pejabat, Alhamdulillah. Saya masih berusaha belajar dan belajar. Semangat tu biasalah kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Masih berusaha untuk menyiapkan laporan lapangan untuk kompetensi Buangan Terjadual. Untuk pengolahan efluen, Alhamdulillah saya dah dapat kompetensi penuh pada bulan April tempoh hari. Perancangan tahun depan nak ikuti latihan Safety nad Health Officer pula. Doakan

Kelas Bahasa Jepun Alhamdulillah masih berlangsung. Sekarang kami ada 2 sesi iaitu hari Ahad pukul 10:30 AM dan Rabu malam pukul 8:30 PM. Pelajar ada yang datang dan pergi kerana kekangan dan komitmen masing-masing. Tetapi ada beberapa orang yang setia bersama kami dari awal penubuhan kelas tempoh hari. Semoga ilmu yang diturunkan mendatangkan manfaat ya. Kami juga menyediakan kelas untuk staf-staf Majlis Bandaraya Ipoh, 3 hari seminggu. Dijadualkan silibus akan habis pada penghujung tahun ni inshaAllah. 
Saya juga masih aktif sebagai ejen unit trust bersama Public Mutual. Nak kata aktif sangat tu tidaklah. Maklumlah kekangan kerja. Kena pandai agihkan masa yang bagi saya sampai sekarang masih belum pandai lagi he he he. Segala urusan insurans Prudential dan Prudential BSN Takaful sekarang di ambil alih oleh suami saya. Tapi klien saya masih boleh berurusan dengan kami seperti biasa ya. 
Anak-anak Alhamdulillah. Semua pun baru baik demam. Nasib baik sudah habis peperiksaan semua. Keputusan peperiksaan yang abang so so Alhamdulillah. Padanlah dengan saya pun tak memantau secara terperinci sangat. (Jangan ikut macam saya). Tetapi tahun depan, saya pun kena usaha untuk lebih pantau kerja-kerja sekolah anak-anak. Abang Haikal tahun depan sudah masuk darjah 5, Haris darjah 3, Hadi darjah 1. Secara rasminya semua anak-anak saya bersekolah rendah tahun depan ya. jadi mama tak bolehlah nak perasan muda lagi

Akhir sekali, berbalik kepada tajuk posting saya hari ini. 11 November merupakan hari jualan besar-besaran platform e-commerce ya. Lazada siap buat konsert lagi semalam. Mungkin ramai yang teruja, apa pun pesanan saya, berbelanjalah secara berhemah. Benda diskaun tak bermakna kita kena beli. Bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam, kalau perlu baru beli ya. Okay, selamat membeli-belah


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN 012-2961984 (SITI) 012-7645998 (HAFIDZ) [email protected]
Dapatkan tudung sekolah untuk anak-anak dengan menekan link di bawah ya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sitisharini.blogspot.com/2019/11/demam-1111.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kurang Sihat Mama Boleh Sediakan 5 Menu Sup Ni Demam Makin Kebah

Anak Kurang Sihat Mama Boleh Sediakan 5 Menu Sup Ni Demam Makin Kebah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 502 hits
Adakalanya bila anak demam mama pastinya menyediakan sup ayam yang panas bagi menaikkan semula sistem imun anak Sebenarnya bukan hanya sup ayam bahkan beberapa sup lain boleh diberikan kepada anak untuk menguatkan imun tubuhnya sekaligus me...
Haikal Farid Feat Asfan Shah Demam Cinta Chord

Haikal Farid Feat Asfan Shah Demam Cinta Chord

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1047 hits
OST Senafas Rindu ChordDm Gm Am AmDm Gm A DmDm GmSejak ku bertemu dengan muA DmHatiku bertanya selaluDm GmSiapa pemilik hati muA DmKau yang telah membuat ku rinduGmPenahan mata muABergetar jiwa raga ku DmSungguh sungguhGmAku demam cintaAGil...
Demi Daging Khinzir Pelancong Asing Ini Tidak Peduli Rakyat Malaysia Terdedah Wabak Demam Babi Afrika

Demi Daging Khinzir Pelancong Asing Ini Tidak Peduli Rakyat Malaysia Terdedah Wabak Demam Babi Afrika

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 367 hits
BAYAN LEPAS Warga China Hong Kong dan Taiwan didapati antara pelancong luar negara yang masih berdegil apabila membawa masuk daging babi walaupun kerajaan telah mengeluarkan arahan larangan bagi membendung penyebaran wabak demam babi Afrika...
Demam Campak Didapati Melemahkan Sistem Imunisasi Tubuh Sehingga Lima Tahun

Demam Campak Didapati Melemahkan Sistem Imunisasi Tubuh Sehingga Lima Tahun

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 185 hits
Deman campak menyebabkan kematian 100 000 kanak kanak pada tahun 2017 Jumlah pesakit campak semakin meningkat sejak kebelakangan ini kerana gerakan anti vaksin yang mendakwa vaksin MMR menyebabkan autisme Kini kajian terkini yang dilakukan ...
Pergi Di Hari Lahir Daddy Sungguh Tak Dijangka Hanya Demam Alya Pergi Selamanya

Pergi Di Hari Lahir Daddy Sungguh Tak Dijangka Hanya Demam Alya Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 262 hits
Pergi dalam keadaan yang mulanya dengan demam biasa sungguh tak dijangka Tiada siapa sangka anak yang masih perlukan kasih sayang dan belaian dari kedua ibu bapa telah dijemput ilahi dalam keadaan yang masih belum bersedia Melalui apa yang ...
Pelbagai Kaedah Merawat Menjaga Kucing Demam

Pelbagai Kaedah Merawat Menjaga Kucing Demam

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 522 hits
Secara umumnya kucing yang sihat akan sentiasa dalam keadaan aktif dan suka bermain berlari berkejaran di dalam rumah Makan dan minum yang cukup Keadaan najisnya pula adalah keras Baca Antara tanda tanda kucing demam ialah Suhu Badan Kucing...
Balita Ditemukan Di Samping Jenazah Ibunya Di Makassar Alami Demam

Balita Ditemukan Di Samping Jenazah Ibunya Di Makassar Alami Demam

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 186 hits
Kepala Rumah Sakit Bhayangkara Kombes Polisi Dokter Farid Amansyah mengungkapkan kondisi balita berinisial EAB mengalami demam dan kerap memanggil nama ibunya setelah dua hari menjalani perawatan
Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 431 hits
Anak kerap demam batuk dan selsema terutama pada hujung tahun dimana cuaca tidak menentu Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak anak Kadang kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit Doktor telah berko...
Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 415 hits
Doktor boleh tak anak saya mandi ketika demam Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketik...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan