Deklarasi Keluarga Malaysia Jadi Sebahagian Agenda Nasional


THE MALAYSIAN TIMES 

CYBERJAYA: Deklarasi Keluarga Malaysia (DKM) akan menjadi sebahagian daripada agenda nasional supaya semua pihak meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam segala perancangan dan tindakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berucap melancarkan DKM di sini hari ini, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata DKM menggariskan dasar dan prinsip yang terkandung dalam Dasar Keluarga Negara (DKN), selaras dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan dan penambahbaikan sistem nilai serta akhlak daripada satu generasi kepada generasi berikutnya kerana inilah yang membentuk sebuah negara bangsa,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata DKM menggariskan enam prinsip teras iaitu pertama, memartabatkan institusi keluarga yang terdiri daripada kepelbagaian generasi sebagai asas pembentukan negara yang sejahtera.

Prinsip kedua, katanya ialah memperkukuh peranan keluarga dalam pembentukan nilai murni sebagai asas perpaduan masyarakat, manakala ketiga, memperkasa penglibatan masyarakat dalam pengukuhan sistem sokongan keluarga sejahtera.

Prinsip keempat pula menekankan kepentingan melindungi hak dan keselamatan keluarga dalam segenap lapisan masyarakat, manakala prinsip kelima, mendukung segala inisiatif dan menggembleng segala sumber untuk meningkatkan pengukuhan institusi perkahwinan dan keluarga

Beliau berkata prinsip terakhir DKM pula adalah menyokong usaha memanfaatkan penggunaan teknologi secara bijaksana bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan keluarga.

“Keutamaan mestilah diberikan terhadap khidmat sokongan kepada keluarga yang memerlukan perhatian seperti ibu tunggal, bapa tunggal, keluarga miskin tegar, keluarga mudah terancam, keluarga anak istimewa dan keluarga kurang upaya,” katanya.

Menurut laporan Analisis Situasi Kependudukan dan Kekeluargaan di Malaysia tahun 2017, ia mengenal pasti tujuh cabaran utama institusi keluarga pada hari ini termasuk kemampuan untuk memiliki ramai cahaya mata, harga rumah kediaman di luar kemampuan, sumber sokongan sosial keluarga yang terhad dan pengangguran, katanya.

Statistik Jabatan Perangkaan tahun 2017 pula menunjukkan 22 peratus lelaki dan 23.4 peratus wanita berumur antara 30 hingga 34 tahun telah bercerai, manakala sebanyak 3,913 kes keganasan rumahtangga direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak 2015 hingga Jun tahun ini, katanya.

Bagi melibatkan semua pihak dalam menjayakan DKM, Dr Wan Azizah berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut membangunkan Direktori Perkhidmatan Keluarga yang menyediakan maklumat dan panduan berkaitan khidmat sokongan berkaitan keluarga.

Katanya hampir 100 agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) penyedia perkhidmatan seperti konsultasi perkahwinan dan perceraian, pengurusan warga emas, konsep keibubapaan, pengurusan kewangan keluarga, kaunseling dan terapi boleh didapati melalui platform itu yang boleh dilayari di laman sesawang lembaga itu.

Dr Wan Azizah turut menyentuh trend membimbangkan berkaitan tekanan dan masalah mental dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 356 kes bunuh diri berlaku antara tahun 2014 hingga Jun tahun ini.

Katanya KKM sedang mengkaji cadangan untuk mengaktifkan semula National Suicide Registry, manakala Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melatih seramai 10,840 sahabat KPWKM untuk mengukuhkan lagi sistem bimbingan dalam komuniti.

“Yang pentingnya adalah untuk individu dan keluarga sentiasa perlu peka dan bersedia untuk mendapatkan bantuan kesihatan, termasuk kesihatan mental,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata individu yang mempunyai masalah kesihatan mental boleh juga mendapatkan bantuan melalui talian bebas tol 24 jam 03-79568145 dikendalikan NGO The Befrienders dan juga Talian Kasih 15999.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/deklarasi-keluarga-malaysia-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerusan Agenda Muafakat Nasional Antara Tumpuan Pau 2019

Penerusan Agenda Muafakat Nasional Antara Tumpuan Pau 2019

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 336 hits
Penerusan agenda muafakat nasional antara tumpuan PAU 2019 nbsp Dikemas kini 9 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 2019
Jokowi Kumpulkan Pangdam Se Indonesia Instruksikan Dukung Agenda Strategis Nasional

Jokowi Kumpulkan Pangdam Se Indonesia Instruksikan Dukung Agenda Strategis Nasional

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 99 hits
Presiden Joko Widodo mengumpulkan Panglima Kodam seluruh Indonesia dan Komandan Korem Tipe A sebanyak 60 orang di Istana Merdeka Jakarta Pertemuan dilakukan secara tertutup pada pukul 09 00 WIB
Muafakat Nasional Umno Pas Mca Mic The New Barisan Nasional If So Malaysia S Doomed

Muafakat Nasional Umno Pas Mca Mic The New Barisan Nasional If So Malaysia S Doomed

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 393 hits
Ecstatic by the Tanjung Piai results the BN now wants Pakatan Harapan to call for fresh elections as according to opposition leader Datuk Seri Ismail Sabri the Pakatan Harapan government has lost the people s confidence People confidence or...
Sebahagian Malaysia Akan Hilang Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Sebahagian Malaysia Akan Hilang Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 971 hits
Bumi kini semakin tua sudah berapa zaman yang dihadapi oleh bumi sejak penciptaannya Sehingga kini ada mengatakan usia bumi lebih daripada 4 juta tahun Ya ianya sangat tua Kini ditambah lagi dengan kekacauan dan kerosakan daripada tangan ta...
Cerita Sedih 1 Keluarga Asal Indonesia Tinggal Di Hutan Malaysia

Cerita Sedih 1 Keluarga Asal Indonesia Tinggal Di Hutan Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 303 hits
Satu keluarga Pekerja Migran Indonesia hidup telantar di dalam hutan Batu 9 Bintulu Sarawak Malaysia Mereka terdiri dari seorang ibu yaitu Milda Sitomorang asal Sumatera Utara dan lima orang anaknya yakni Diana Akbar Murni Linda dan Puteri
Bendera Malaysia Salah Dipajang Dalam Kejuaraan Nasional Bola Basket

Bendera Malaysia Salah Dipajang Dalam Kejuaraan Nasional Bola Basket

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 782 hits
Asosiasi Bola Basket Malaysia Senin lalu salah memajang foto bendera nasional Malaysia dalam pembukaan Kejuaraan MABA Milo Lum Mun Chak
Keputusan Badminton Malaysia Masters 2020

Keputusan Badminton Malaysia Masters 2020

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 545 hits
Keputusan Badminton Malaysia Masters 2020 BILAKAH tarikh Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2020 bakal berlangsung Untuk makluman anda kejohanan Badminton Malaysia Masters 2020 atau dikenali sebagai PERODUA Malaysia Masters bakal diadakan...
Perlawanan Malaysia Indonesia

Perlawanan Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 341 hits
Perlawanan Malaysia Indonesia Dengar kata tiket perlawanan malam ini telah habis di jual Alhamdulillah ramai yang akan turun memberi sokongan kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe Semoga kemenangan milik kita malam ini ayuh sama sama kita be...
Ujian Penerbangan Kereta Terbang Malaysia Akan Dilakukan Pada Minggu Ini

Ujian Penerbangan Kereta Terbang Malaysia Akan Dilakukan Pada Minggu Ini

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 384 hits
https ift tt 37lnR51 Kereta terbang merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia apatah lagi dengan tahun 2020 yang menjelang tiba Selari dengannya sejak beberapa bulan lepas Lanjutan daripadanya kini ia dikongs...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11