Deklamasi Puisi
SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI#DUDUK DI RUMAH
SEMPENA DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2020
1 NAMA PROGRAM
Sayembara Deklamasi Puisi#dudukdirumah sempena Dekad Membaca Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Kelantan
2 OBJEKTIF
1. Merangsang dan menggalak masyarakat agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
2. Menyahut kempen Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020
3. Mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi secara atas talian.
4. Mendekat dan memupuk minat masyarakat terhadap bahasa dan sastera.
3 SYARAT PERTANDINGAN
1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang dilahirkan atau menetap di Kelantan.
2. Pertandingan akan diadakan dalam 2 kategori:
A. Kategori Sekolah menengah
pelajar tingkatan 1 – tingkatan 5 di negeri Kelantan sahaja.
B. Kategori terbuka
pelajar Prauniversiti, Pelajar IPT yang menuntut di negeri Kelantan dan peminat bahasa dan sastera yang lahir atau menetap di Kelantan.
3. Tema puisi adalah bebas tetapi tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa yang sensitif kepada ,mana-mana pihak.
4. Pemilihan puisi - peserta bebas memilih puisi sama ada puisi ciptaan sendiri atau puisi daripada penulis lain.
5. Sayembara deklamasi puisi ini merupakan deklamasi puisi di rumah.
6. Puisi yang dideklamasikan itu hendaklah dirakam oleh peserta tanpa muzik.
7. Durasi video diantara 3 hingga 5 minit.
8. Rakaman video tersebut hendaklah dihantar kepada FB GABUNGAN PENULIS MUDA NEGERI KELANTAN (GEMA) dan e-mel ke alamat
[email protected] 9. Setiap penyertaan hendaklah menghantar borang penyertaan yang lengkap bersama dengan rakaman video.
10. Peserta hendaklah menyebut Sayembara Deklamasi Puisi atas talian anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan GEMA dalam video sebelum menyebut tajuk puisi.
11. Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU PENYERTAAN sahaja
12. Rakaman video yang dihantar untuk pertandingan ini menjadi hak penganjur. Penganjur berhak menerbitkan video dalam bentuk DVD atau menyiarkan dalam mana-mana media.
13. Tarikh hantar video ialah mulai 29 April hingga 1 Mei 2020 sahaja.
14. Ahli jawatankuasa GEMA tidak layak menyertai sayembara ini.
4 PEMARKAHAN
1. Pemarkahan oleh juri 70% (merangkumi penghayatan, intonasi, gaya, kelancaran dan kreativiti rakaman video)
2. Pemarkahan oleh peminat 30% (kongsi video)
3. Keputusan juri adalah muktamad.
5 HADIAH
A. Kategori Sekolah Menengah
Tempat Pertama (RM 200.00)
Tempat Kedua (RM 150.00)
Tempat Ketiga (RM 100.00)
Sagu hati (RM 50.00 x 7 orang) = RM 350.00
B. Kategori Terbuka
Tempat Pertama (RM 350.00)
Tempat Kedua (RM 250.00)
Tempat Ketiga (RM 150.00)
Sagu hati (RM 50.00 x 7 orang) = RM 350.00
6 ANJURAN
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT)
Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan(GEMA)
7 KETERANGAN LANJUT
0111-7922673 (En. Zainal Abidin)
012-2908429 (En. Muhamad Ikhram)
019-9823312( Tuan Haji Ezani)
019-9843013 (En. Mohd Zizee)
017-2249306 (Siti Nur Zafran)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mimbarkata.blogspot.com/2020/04/deklamasi-puisi.html