Dek Kerana Mercun Beraya Di Hospital


 

Sewaktu saya masih kecil dahulu, terjadi satu insiden ‘aneh’ yang mana saya tercedera ekoran bermain bunga api. Ketika itu saya menetap di kuarters Hospital Melaka. Ibu-bapa saya kakitangan hospital tersebut sepanjang dekad 1980-an. Apa yang berlaku, saya kurang mengingat; apakah kejadian itu tatkala masih tersisa beberapa malam dalam bulan Ramadan, atau sudah pun sebenarnya Syawal.
Kala itu, sudah resmi anak-anak bermain bunga api dan mercun menjelang Hari Raya. Malah bermain bunga api menjadi salah satu detik kemeriahan dan amat dinanti-nantikan keriangannya. Bukan seperti anak-anak sekarang tenggelam dalam permainan online di malam Raya.
Insiden itu menurut saya ‘aneh’ memandangkan bunga api jenama Kucing yang dilemparkan kepada saya sebagai gurauan masuk ke dalam mulut, lantas mendatangkan kecederaan. Bagaimana bunga api yang hanya membakar sekejap itu boleh masuk mendarat dan membakar lidah saya itulah yang dapat dikatakan misterius. Atau bagaimana saya boleh mengangakan mulut, atau mungkin dibuli. Memang saya kurang mengingat. Tidak ada sebab saya ingin mengenang punca kecelakaan itu.
Mujurlah jarak hospital agak dekat. Akan tetapi saya tidak sampai ditahan di wad kerana kesan lecur itu tidak begitu teruk. Pun, kejadian tersebut mengakibatkan saya mengalami kesukaran untuk makan minum buat beberapa lama, dan terganggu pertuturan. Malah ia memberi kesan deria rasa pada lidah saya. Ia berlaku ketika Hari Raya, justeru banyaklah kerugian yang saya hadapi.
Kejadian di awal tahun 1980-an itu memberikan kesan gerun kepada saya. Kalau anak-anak main mercun hari ini, saya terjepit antara gemar dan tidak melihatnya. Banyak tahun sesudah itu, syukur pada 1988, kegiatan bermain mercun hanya dibenarkan pada Hari Raya pertama dan kedua. Malah pada 1989, Sultan Selangor tatkala itu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menitahkan agar tidak payah sahajalah bermain mercun. Bahkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir tahun itu juga ada menegaskan, “Saya nampak bunga api ini berbahaya kerana orang kita agak pandai menggunakan bahan api itu. (Mereka) masukkan ke dalam kelongsong buluh untuk mendapatkan kesan bunyi yang lebih kuat daripada bunga api tetapi dengan berbuat demikian mereka mencederakan diri sendiri.”
Namun demikian, setelah banyak tahun ia dilarang; mercun kembali membuat kemunculan khas pada 2021. Meskipun 36 jenis bunga api sahaja yang dibenarkan dijual iaitu antaranya Pop-Pop, Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Sunset Bar, dan Happy Boom Glories; termasuk beberapa jenis mercun bakar sederhana, kebenaran itu mungkin membawa petaka. Memang api sekecil mana pun bukan untuk dibawa bermain.
Bagai kata pepatah, anak kecil main api; kecederaan lantaran mercun kekal berterusan. Mangsanya adalah kanak-kanak, dan ada kecederaan itu mengakibatkan kerosakan kekal pada muka dan tubuh.
Yang paling retis bermain mercun ini datangnya dari Kelantan. Tentu saya bercakap berdasarkan fakta memandangkan sudah ada kajian mengenainya. Kajian itu juga menjelaskan bagaimana ia berlaku, jenis atau bentuk kecederaan yang menimpa mangsa atau pemain mercun, dan kesan petakanya. Hasilnya kes kecederaan berpanjangan di Kelantan agak tinggi.
Permainan mercun sebetulnya diraikan dan diamalkan dalam kalangan banyak masyarakat. Pembakaran mercun secara besar-besaran misalnya dapat dilihat ketika sambutan Hari Guy Fawkes di United Kingdom, Diwali, dan tentu sahaja Tahun Baru Cina atau Chap Goh Mei. Pun, di banyak negara itu, pembakaran mercun tersebut hanya dibenar dan dikendalikan oleh pihak tertentu sahaja. Di Amerika Syarikat misalnya, apa-apa sahaja mercun melebihi 50 mg akan ditanggapi sebagai bahan letupan.
Sepanjang 1986 ke 1990, kecederaan bermain mercun yang direkodkan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan dapat dikatakan serius. Kajian Dr Isa dan H Moe pada 1991 terdapat 38 kes kecederaan sepanjang 5 tahun itu. Kebanyakan kes terdiri daripada orang Melayu lelaki dan melibatkan mercun yang pandai gubah sendiri. Kecederaan itu pula melibatkan mata, tangan, kaki, bahagian bawah badan, dan dada. Lebih separuh kecederaan tersebut mengakibatkan kecacatan kekal.
Mercun gubah sendiri ini menggunakan buluh, dan kadang batang paip dengan bantuan calcium carbide dan air. Bahan mudah peroleh ini mendatangkan letupan yang bergempaan dan selalu membaham anggota tubuh apabila si pemainnya, selalu dalam kalangan kanak-kanak mendekati mercun yang tampak belum terbakar sempurna.
Kedua-dua pengkaji ini juga menyatakan larangan aktiviti membakar mercun ini sebetulnya boleh dipaksakan. Ini memandangkan ia tidak ada apa-apa signifikan dari segi keagamaan. Justeru bukanlah sesuatu yang sensitif. Ini berbeza dengan masyarakat Cina yang membakarnya untuk mengusir roh jahat. Pun sebab musabab agama atau tidak, pada 1830 misalnya ketika perayaan Tahun Baru Cina, separuh dari kota Singapura terbakar gara-gara mercun.
Ini pernah dibabadkan dalam Syair Singapura Terbakar. Rakaman saksi mata oleh Munshi Abdullah pada Ahad 7 Februari 1830 tersebut menyatakan kejadian itu berlaku dalam tempoh Tahun Baru Cina masih diraikan. Peristiwa ini turut dilaporkan pada 11 Februari 1830 dalam akhbar Singapore Chronicle.
Makanya mercun memang mendatangkan malang yang tidak terhidu. Hal ini pernah saya tuliskan dalam ruangan kolum saya, dengan judul Munshi Abdullah Tika Tahun Baru Cina 1830. Pihak berkuasa wajar menekankan pendidikan kesihatan awam secara meluas agar ahli masyarakat khusus ibu bapa mengambil berat kegiatan anak-anak di musim perayaan.
Meskipun kejadian aneh yang menimpa saya itu telah pun lama berlalu, saya kira trauma akibat kejadian itu masih bermain segar dalam benak. Setiap kali melihat percikan bunga api jenama Kucing itu meski cantik, ia mendatangkan debar dalam dada ini. Itulah antara kenangan pahit yang pernah saya alami di musim perayaan.
Anak-anak akan terus bermain, di tengah kesibukan menerima tetamu dan meraikan juadah istimewa pastikan anda menjengah dan menjenguk aksi kanak-kanak yang liar dan mungkin sedikit lasak. Ingat, dek kerana mercun akan ada yang hilang kaki dan tangan, atau silap-silap nahas; harta benda berharga ekoran kesia-siaan membakar mercun. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/dek-kerana-mercun-beraya-di-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Batal Saat Akhir Book Main Main Hafiz Mahamad Sediakan 10 Bas Percuma Untuk Balik Kampung Beraya

Hiburan Jangan Batal Saat Akhir Book Main Main Hafiz Mahamad Sediakan 10 Bas Percuma Untuk Balik Kampung Beraya

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 163 hits
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad sekali lagi menyediakan 10 buah bas persiaran buat rakyat yang mahu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri Memahami golongan kurang berkemampuan Kata Hafiz tahun ini merupakan ta...
T19c28 Master Periksa Mata Mummy Periksa Perut Di Hospital Putrajaya

T19c28 Master Periksa Mata Mummy Periksa Perut Di Hospital Putrajaya

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 74 hits
Hari ini adalah hari temujanji pertama Master bersama pakar oftamologi di Hospital Putrajaya Harapnya adalah untuk yang terakhir Kebetulan temujanji Master pada hari ini serentak dengan temujanji Mummy cuma temujanji Master pada waktu pagi ...
Al Shifa Hospital In Ruins Out Of Service Doctors Without Borders

Al Shifa Hospital In Ruins Out Of Service Doctors Without Borders

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 93 hits
Gaza s largest hospital Al Shifa Hospital is now out of service after being devastated following a 14 day long operation by Israeli forces in and around the facility according to Doctors Without Borders Doctors Without Borders is horrified ...
Kelantan Penduduk Hilang Sabar Anak Enggan Balik Beraya Jika Isu Air Tak Selesai

Kelantan Penduduk Hilang Sabar Anak Enggan Balik Beraya Jika Isu Air Tak Selesai

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 164 hits
SITI NUR ZAWANISekumpulan penduduk di Kuala Krai Kelantan sudah hilang sabar dengan krisis air di daerah itu yang menghantui mereka sejak setahun lalu termasuklah ketika Ramadan Bila buat aduan baru dapat bekalan air Sampai bila itu persoal...
Tragedi Kifarah Perjalanan Pulang Beraya Ke Kampung Mat Propa Dalam Sekering Jiwa Ente

Tragedi Kifarah Perjalanan Pulang Beraya Ke Kampung Mat Propa Dalam Sekering Jiwa Ente

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 156 hits
Sebuah telefilem yang agak ringkas dari segi plotnya Tipikal telefilem di zaman Grab Uber dan ETS belum masih beroperasi dengan cemerlang lagi untuk balik kampung ke Perak Telefilem Komedi Raya Skering Jiwa EnteSering bercakap besar walaupu...
Amaran Muhyiddin Pada 6 Mp Sokong Anwar Boleh Beraya Dulu Tunggu Lepas Raya

Amaran Muhyiddin Pada 6 Mp Sokong Anwar Boleh Beraya Dulu Tunggu Lepas Raya

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 125 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi amaran tindakan terhadap enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan diambil selepas Aidilfitri Mereka boleh beraya dulu selepas itu kit...
Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai Dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai Dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 196 hits
Jom amal doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua Mungkin ramai yang diantara kita bakal berjumpa dengan bakal mertua lagi lagi di pagi raya Mempunyai mertua idaman adalah harapan kebanyakan orang lagi lagi untuk menantu perempua...
Hospital Al Shifa Bertukar Jadi Kuburan Mayat Digilis Ngeri Ditemui

Hospital Al Shifa Bertukar Jadi Kuburan Mayat Digilis Ngeri Ditemui

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 239 hits
HarapandailyTentera pengganas Israel akhirnya meninggalkan bangunan Hospital Al Shifa di Gaza setelah dua minggu menyerang mengepung dan membakar kompleks kesihatan itu Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza Omar Sayem berkata bangun...
Tentera Israel Berundur Dari Hospital Al Shifa

Tentera Israel Berundur Dari Hospital Al Shifa

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 110 hits
Bernama AnadoluRAKYAT Palestin memeriksa kerosakan di Hospital Al Shifa di Gaza selepas tentera Israel berundur dari kompleks menempatkan hospital itu FOTO AFPGaza Tentera Israel berundur dari Hospital Al Shifa kemudahan perubatan terbesar ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof