Deepglint Semarakkan Aspirasi Ai Di Kalangan Generasi Baru Malaysia
Kumpulan akan Menubuhkan Syarikat Baharu di Malaysia,
Merapatkan Bakat dan Teknologi Melalui Inisiatif DeepGlint
Syarikat tersenarai China Deep Glint Technology Co.
Ltd.,(“DeepGlint”atau “Kumpulan”), dengan kecerdasan
buatan berwawasan (“AI”) yang pertama disenaraikan di Bursa Saham
Shanghai , telah menganjurkan seminar
dengan kerjasama Tunku
Abdul Rahman University of Management and Technology at Setapak (“TAR UMT”) untuk memperkenalkan kemajuan
teknologi AI DeepGlint kepada 120 pelajar sains komputer.
DeepGlint, peneraju dalam AI, penglihatan
komputer dan analisis data besar, telah mempamerkan penyelesaian inovatif
Kumpulan yang merentas pelbagai domain, termasuk ‘metaverse’, sukan pintar dan
pengurusan trafik. Melalui seminar ini, para pelajartelah dapat menambahkan
pengetahuan tentang teknologi termaju serta projek-projek oleh Kumpulan
tersebut yang telah memberikan impak yang ketara. Seminar ini juga merupakan
satu langkah penting ke arah mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap AI
global, sejajar dengan visi Malaysia untuk pertukaran bakat yang lebih besar
dengan negara China.
Selain itu, Deep Glint turut mengumumkan
kerjasama dengan syarikat AI Malaysia, DeepCore Sdn. Bhd. (“DeepCore”).
Dalam usaha gabungan ini, kedua-dua syarikat akan bertumpu untuk mengumpil bakat
dan sumber tempatan untuk memajukan lagi teknologi dan penyelesaian AI, bagi
mengukuhkan peranan strategik Malaysia dalam ekosistem teknologi global.
DeepCore juga sedang meneroka dengan TAR UMT
untuk merekrut pelajar-pelajar bagi program pertukaran bakat di mana pelajar-pelajar
terpilih akan mendapat latihan dan pengalaman praktikal dalam persekitaran
perniagaan AI yang matang di ibu pejabat DeepGlint di Beijing, China. Calon-calon
yang berjaya akan diberi peluang pekerjaan sepenuh masa dengan DeepCore atau ditawarkan
biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
Zhao Yong, Pengasas dan Ketua Pegawai
Eksekutif DeepGlint
berkata, “Kami gembira melihat begitu ramai bakat di Malaysia. DeepGlint
komited untuk memperkasakan minda muda dan merapatkan jurang antara akademik
dan industri. Rakan kongsi kami, DeepCore adalah bukti kepercayaan kami
terhadap potensi Malaysia sebagai pemain utama dalam revolusi AI merentasi
pasaran ASEAN dan Timur Tengah. Program pertukaran bakat akan membolehkan kami
mencari bakat dan pada masa yang sama, menyumbang kepada pembangunan AI di
Malaysia dan ASEAN.”
Dr. Wong Thein Lai, Timbalan Dekan
Penyelidikan dan Pembangunan di Fakulti Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat
merangkap Penolong Profesor TAR UMT menambah, "Seminar dengan DeepGlint merupakan
pengalaman yang amat bermanfaat untuk pelajar-pelajar
kami, di mana mereka dapat menggambarkan teknologi yang akan datang
sertapotensi dan kedudukan mereka di masa depan. Kami menghargai peluang ini dan prospek masa depan kerjasama
ini untuk pertumbuhan profesional pelajar-pelajar kami."
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2024/03/deepglint-semarakkan-aspirasi-ai-di.html