Deeney Akui Tidak Terkejut Para Pemain United Ikuti Diet Pemakanan Cristiano Ronaldo
"Jika saya melihat Ronaldo memakan najis kuda sebagai makanan sebelum bermain, saya juga akan memakannya!" - Troy Deeney
Troy Deeney akui yang dia tidak terkejut melihat para pemain Manchester United mengikuti diet pemakanan Cristiano Ronaldo dan mendakwa yang dia sanggup untuk memakan ‘najis kuda’ sekiranya dia melihat bintang sensasi Portugal itu melakukannya.
Cristiano Ronaldo boleh dikatakan dalam keadaan terbaik dalam kariernya Pemain berusia 36 tahun itu kembali semula ke Old Trafford pada awal musim panas ini dan dengan segera memberi impaknya ke dalam pasukan, berjaya menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan, termasuklah dua gol dalam kemenangan 4-1 pada minggu lalu ke atas Newcastle United.
Kejayaan Ronaldo kekal berada dalam keadaan fizikal terbaik sepanjang kerjayanya adalah disebabkan rejim kesihatannya yang ketat dan tegas. Bekas bintang Real Madrid itu malah melantik pakar pemakanan peribadi dan mengikuti perancangannya yang menyaksikan dia memakan makanan yang tinggi dengan protein untuk memastikan keadaan fizikalnya sentiasa berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa.
Dan Deeney, yang melengkapkan perpindahan ke Birmingham dari Watford pada musim panas ini, menegaskan yang ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan melihat dedikasi Ronaldo untuk mengekalkan tahap kecergasannya sudahpun mula mempengaruhi rakan sepasukan barunya di Manchester United. Deeney berkata: “Jika saya melihat Ronaldo memakan najis kuda sebagai makanan sebelum bermain, saya juga akan memakannya!
“Jika Ronaldo menjadi rakan sepasukan anda, ia bukanlah tentang anda membayangkan yang anda boleh menjadi sebaik dia – tetapi anda akan dapat menyaksikan sikap profesionalnya dengan lebih dekat dan mahu mencontohi semua perkara yang dia lakukan, untuk menjadikan diri anda sebaik mungkin.”
Komen yang dibuat oleh Deeney ini muncul selepas Lee Grant mendedahkan reaksi para pemain United terhadap diet pemakanan Ronaldo, dengan dia memberitahu talkSPORT: “Untuk memberitahu anda impak segera yang dia berikan kepada pasukan, perkara ini berlaku pada malam Jumaat di Hotel.
“Saya akan beritahu anda sekarang, tiada seorangpun yang menyentuh epal ataupun kastard, tiada seorang pemain pun yang memakan brownies kerana semua orang hanya duduk diam.
“Salah seorang dari mereka berkata kepada saya, ‘Apa yang Cristiano ada di dalam pinggannya?’
“Oleh itu, kami melihat sedikit apa yang dia ambil dan jelas ia adalah satu pinggan yang paling bersih dan paling sihat yang boleh anda bayangkan. “Dan ini cukup menjelaskan kepada saya mengapa tiada seorangpun pemain yang berani bangun dan mengambil makanan ringan yang disediakan.”
Apabila diminta untuk menjelaskan apa yang Ronaldo ambil di pinggannya, dia berkata: “Saya boleh beritahu anda salah satu daripadanya – dia ada beberapa pinggan. Salah satunya mempunyai ‘quinoa’, avocado, dan beberapa biji telur rebus.
“Dengar, pemuda ini berada dalam keadaan fizikal yang luar biasa. Dia sebenarnya mempunyai bentuk badan kedua tercantik di belakang saya ketika ini di dalam kelab – dan itu cukup mengatakan sesuatu, jadi ia adalah adil untuk dia!”
SOURCE: mirror.co.uk
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/deeney-akui-tidak-terkejut-para-pemain.html