Dedahkan Kenamaan Syarikat Yang Terlibat Dalam Kontrak 5g Kata Anwar


inderjeet Kaur
 -November 1, 2021 Anwar Ibrahim berkata, kos pelancaran perkhidmatan telekomunikasi 5G dikatakan meningkat daripada RM11 bilion kepada RM28 bilion. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan kos sebenar perkhidmatan telekomunikasi 5G kerana dilihat semakin meningkat, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, angkanya dikatakan antara RM11 bilion hingga RM15 bilion, malah hingga RM28 bilion dan meminta penjelasan kerana rakyat yang perlu membayarnya.
“Kita perlu tahu kenapa syarikat itu dipilih dan mengapa kosnya meningkat?
“Rakyat menderita, rakyat tiada pekerjaan, sekolah tiada kemudahan dan komputer riba juga tidak mencukupi tetapi kita mahu berbelanja berbilion-bilion (untuk 5G),” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.
Anwar berkata, proses tender itu sepatutnya telus dan orang ramai mesti tahu “syarikat mana yang telah diberikan tender dan ejen atau kenamaan mana yang terlibat”.
Sebuah syarikat bertujuan khas (SPV), Digital Nasional Berhad (DNB) ditubuhkan untuk melaksanakan projek itu dan Malaysia telah membuat perjanjian dengan Ericsson selama 10 tahun untuk pelancaran 5G.
Anwar seterusnya bertanya sama ada sasaran 6% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2022 minggu lalu adalah realistik.
Beliau berkata, negara maju seperti AS, Eropah, China dan Singapura mengumumkan sasaran yang lebih rendah sebanyak 4% hingga 5%.
“Sasaran kita 6% adalah yang tertinggi di dunia,” dakwanya.
“Malah unjuran hasil kerajaan sebanyak RM234 bilion adalah tidak realistik,” katanya sambil mempersoal bagaimana pendapatan itu boleh setinggi 2019 ketika negara masih dilanda krisis kesihatan.
Pada 2019 katanya, ia adalah sebanyak RM264 bilion dengan dividen khas RM30 bilion daripada Petronas.
Anwar juga bertanya tentang jumlah pekerjaan yang diwujudkan tahun lalu selepas berjuta-juta ringgit wang dibelanjakan. Beliau berkata, pada Ogos 2020, pengangguran dilaporkan pada paras 4.5% dan pada bulan berikutnya ia meningkat kepada 4.6%.
Di bawah Bajet 2021, kerajaan berkata, ia akan mewujudkan 500,000 pekerjaan. Tahun ini, ia berkata ia akan mewujudkan 600,000 lagi pekerjaan di bawah Bajet 2022.
“Apakah kejayaannya pada tahun lepas?” tanya Anwar.
Beliau seterusnya berkata, kadar upah tidak berubah walaupun kos hidup selama ini meningkat.
Peruntukan khas untuk tuala wanita dalam kumpulan B40 juga menunjukkan tahap kemiskinan di Malaysia, katanya sambil menambah mana-mana ibu bapa yang berpendapatan RM2,000 dengan lima anak memerlukan bantuan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/dedahkan-kenamaan-syarikat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim Norhizam Kata

Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim Norhizam Kata

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 162 hits
Datuk Norhizam Hassan Baktee membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang cuba menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menerimanya masuk parti tersebut Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu itu berkata Guan En...
Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 486 hits
KUANTAN Sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan di Pahang dikesan terlibat dalam salah laku membabitkan tadbir urus sehingga mengalami kerugian puluhan juta ringgit Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata salah laku itu dikesa...
4 Bekas Adun Melaka Cenderung Ph Namun Kami Belum Beri Kata Putus Kata Anwar

4 Bekas Adun Melaka Cenderung Ph Namun Kami Belum Beri Kata Putus Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 204 hits
October 27 2021Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dilihat cenderung ke arah Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim PETALING JAYA Pakatan Harapan belum membuat keputusan berhubung nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka wa...
Tok Mat Kata Naikkan Bersatu Dalam Kerajaan Satu Kesilapan

Tok Mat Kata Naikkan Bersatu Dalam Kerajaan Satu Kesilapan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 196 hits
malaysiamerdeka comPemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO kata Timbalan Presiden Dat...
Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 214 hits
Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran daripada isu arak berjenama Timah ialah perlu ada ketegasan pemerintah memelihara nama baik Islam dan kedudukannya dalam negaraPETALING JAYA Seorang pemimpin tertinggi Amanah berkata sensitiviti umat pe...
Kaedah Dam Suku Kata Cara Paling Pantas Bagi Anak Cepat Kenal Huruf Membaca

Kaedah Dam Suku Kata Cara Paling Pantas Bagi Anak Cepat Kenal Huruf Membaca

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 239 hits
Kaedah belajar sambil bermain adalah salah satu cara paling mudah untuk menarik minat anak anak Lagi lagi dalam usia anak tengah aktif bermain Biasanya usia anak 5 hingga 6 tahun pendedahan awal membaca penting sebagai persediaan untuk masu...
Bn Pn In Bed With Enemies Which Is Each Other Anwar

Bn Pn In Bed With Enemies Which Is Each Other Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 199 hits
BN PN in bed with enemies which is each other Anwar Datuk Seri Anwar Ibrahim has described the relationship between Barisan Nasional and Perikatan Nasional as helter skelter seeing how they are cooperating at the federal level but will go a...
Mengecewakan Susulan Grs Tak Teruskan Rundingan Ambil Alih Sesb Kata Ahli Parlimen Dap

Mengecewakan Susulan Grs Tak Teruskan Rundingan Ambil Alih Sesb Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 378 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Fong Hin berkata Ketua Menteri Hajiji Noor memaklumkan bahawa Sabah hanya bersedia mengambil alih SESB untuk urusan penjanaan elektrik di negeri itu dalam masa lima hingga tujuh tahun dari sekarang KOTA KINA...
Sukar Untuk Warisan Tembusi Semenanjung Kata Penganalisis

Sukar Untuk Warisan Tembusi Semenanjung Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 344 hits
Penganalisis percaya Warisan tidak mempunyai harapan untuk mencabar parti parti dalam Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan KOTA KINABALU Dua penganalisis menyuarakan keraguan sama ada kehadiran Warisan di Semenanjung akan...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur