Debut Berlakon Di Hollywood Ramai Puji Sooyoung Makin Lancar Berbahasa Inggeris
Dah berbelas tahun aktif dalam industri, Soo-young akhirnya akan melakukan debutnya di Hollywood tak lama lagi!

Artikel Berkaitan
Foto Terbaru Jung Kyungho & Sooyoung Cetus Khabar Angin Pertunangan?
Terbaru menerusi satu temu bual, Soo-young telah memperkenalkan wataknya sebagai Katla Park, dalam filem “From the World of John Wick: Ballerina”.
Khususnya dalam video itu, Soo-young berkongsi sebab dia memutuskan untuk membintangi naskhah tersebut. Katanya,
Apabila saya mula-mula membaca skrip, saya terus tertarik dengan cerita itu kerana ia jelas adalah filem aksi tetapi ia juga menunjukkan hubungan antara bapa dan anak perempuan. Saya sayang keluarga saya, keluarga saya adalah segala-galanya, jadi saya lebih suka cerita itu.
Sooyoung – #BallerinaMovie ‘s first full interview


Sooyoung will portray the character of Katla Park!#SOOYOUNG #CHOISOOYOUNG #소녀시대수영 #최수영 #수영 #スヨン #KatlaPark pic.twitter.com/g0rnot7FZ1
— for Sooyoung Choi


(@sooyoungnews) May 28, 2025
Selain teruja ingin menonton lakonan Soo-young di pentas Hollywood, ramai turut memujinya kerana makin lancar berbahasa Inggeris seperti yang ditunjukkan dalam video temu bual itu. Komen netizen,
Saya tak pernah dengar dia berbahasa Inggeris sebelum ini, tak sangka dia sangat lancar!
Dia boleh cakap bahasa Korea, Jepun dan Inggeris dengan lancar. Cayalah Soo-young!
Saya bangga dengan Soo-young.
Sementara itu, filem “From the World of John Wick: Ballerina” akan menemui penonton di pawagam pada 6 Jun ini.
Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Debut Berlakon Di Hollywood, Ramai Puji Sooyoung Makin Lancar Berbahasa Inggeris first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/debut-berlakon-di-hollywood-ramai-puji-sooyoung-makin-lancar-berbahasa-inggeris/