Debaran Pelajar Sarawak Tunggu Diselamat Dari Wuhan


SIBU, 1 FEB: Ivan Yeo Zhi Yu, 19, mahasiswa dari Bintulu yang terkandas di Universiti Geosians China di Wuhan angkara penularan koronavirus 2019 cuba untuk bertenang dan tidak mahu terlalu memikirkan musibah yang melanda bandar yang didiaminya itu.
Sungguhpun terpaksa berkurung di bilik asrama sejak Tahun Baharu Cina bukan sesuatu yang mudah, beliau sentiasa melakukan sesuatu bagi mengisi waktu dan bersedia meninggalkan negara itu bersama rakan satu universiti yang ditaja kerajaan Sarawak, Balachandar Subramaniam, 43, yang berada di sana bersama isteri serta dua anak mereka.
“Sebenarnya ia adalah rutin yang sama setiap hari … bangun, cari berita terkini dan membaca buku-buku, makan. Sekali-sekala saya melihat keluar tingkap tetapi tidak ada sebarang aktiviti,” katanya ketika ditanya Bernama melalui Messenger.
Beliau berkata hampir tidak terdapat sesiapa di luar asrama tempat beliau tinggal kerana lebih daripada 200 pelajar asing yang tidak pergi ke mana-mana semasa cuti perayaan telah diberitahu oleh pegawai universiti supaya tinggal di bilik masing-masing.
Para pegawai akan datang untuk mengemas kini apa-apa maklumat tentang penyakit itu dan pekerja datang untuk membersihkan kawasan awam di dalam dan di luar universiti.
Wuhan berada dalam keadaan terkunci dengan orang ramai yang diberitahu agar tetap berada di dalam rumah dan semua mod pengangkutan masuk dan keluar dari bandar dihentikan sejak 22 Januari untuk menyekat penularan wabak itu.
“Untuk makanan dan minuman, kami perlu uruskan sendiri. Bagaimanapun, mereka membekalkan kami penutup hidung dan mulut,” kata lulusan Sarjana Muda Geografi dan Sains Alam Sekitar itu.
Ditanya banyak mana bekalan makanan yang beliau ada, Ivan berkata bekalan seperti susu dan mi segera cukup untuk 15 hari dan beliau akan berhemah sementara menunggu bantuan.
“Sebenarnya pihak Kedutaan Malaysia cuba menghantar makanan dan bekalan lain tetapi tidak dapat melakukannya kerana pengangkutan disekat.
“Saya menerima khabar kerajaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kami. Harap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ivan serta Balachandar dan keluarga adalah antara 78 rakyat Malaysia di Wuhan yang cuba dibawa pulang oleh kerajaan.
Ivan sentiasa menghubungi keluarganya bagi memberi maklum balas terkini mengenai keadaan di sana.
Beliau juga menghubungi Balachandar setiap hari melalui WeChat.
“Beliau bimbang sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk,” katanya.
Balachandar, seorang pelajar PhD tinggal di universiti itu bersama isteri serta dua anaknya.
Balachandar yang bekerja di Sarawak sejak tahun 2003 adalah seorang ahli geokimia dengan Jabatan Mineral dan Geosains dijangka melengkapkan PhDnya dalam Geofizik pada September ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia telah berbincang dengan China mengenai pemindahan 78 warga yang kini berada di Wuhan.
— BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/debaran-pelajar-sarawak-tunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uggah 24 In Sarawak Test Negative For Wuhan Virus Eight Awaiting Results

Uggah 24 In Sarawak Test Negative For Wuhan Virus Eight Awaiting Results

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 236 hits
Uggah speaking before a press conference flanked by Dr Sim and Ik Pahon 8211 Photo by Chimon Upon KUCHING There have been 32 suspected cases of Wuhan Coronavirus infections in Sarawak as of Monday with eight of them still awa
Pelajar Di Wuhan Terus Berkurung Bekalan Makanan Tidak Sampai Sebulan

Pelajar Di Wuhan Terus Berkurung Bekalan Makanan Tidak Sampai Sebulan

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 467 hits
78 orang rakyat Malaysia di Wuhan cuba dibawa pulang oleh kerajaan Foto AFPSIBU 1 Feb Ivan Yeo Zhi Yu 19 mahasiswa dari Bintulu yang terkandas di Universiti Geosains China di Wuhan angkara penularan 2019 novel koronavirus cuba untuk bertena...
Bekalan Makanan Cukup Untuk 15 Hari Pelajar Malaysia Terkandas Di Wuhan

Bekalan Makanan Cukup Untuk 15 Hari Pelajar Malaysia Terkandas Di Wuhan

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 344 hits
SIBU 1 Feb Ivan Yeo Zhi Yu 19 mahasiswa dari Bintulu yang terkandas di Universiti Geosians China di Wuhan angkara penularan 2019 novel coronavirus cuba untuk bertenang dan tidak mahu terlalu memikirkan musibah yang melanda bandar yang didia...
Kerajaan Menangguhkan Pengambilan Pelajar Daripada Wuhan Dan Hubei Kerana Corona Virus

Kerajaan Menangguhkan Pengambilan Pelajar Daripada Wuhan Dan Hubei Kerana Corona Virus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 352 hits
Corona Virus yang kini sedang berlaku di seluruh dunia dan kesan terbesar adalah di bandar Wuhan dan Wilayah Hubei China Di sana dikatakan lebih 7000 kes direkodkan dan sehingga kini telah lebih 100 kematian dicatatkan Di Malaysia juga terk...
Ma Ruf Amin Sebut Evakuasi Wni Di Wuhan Tunggu Izin Dari Pihak Berwenang

Ma Ruf Amin Sebut Evakuasi Wni Di Wuhan Tunggu Izin Dari Pihak Berwenang

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 196 hits
Meski demikian Ma ruf menegaskan pemerintah Indonesia tidak akan lepas tangan Seluruh warga Indonesia yang berada di Wuhan tetap diperhatikan kondisinya Seperti dengan pengiriman logistik dan pemantauan secara intensif
Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak

Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 433 hits
Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang merupakan suspek jangkitan novel koronavirus selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Wilayah Wuhan Walaupun doktor yang merawat masih memakai pakaian perlindungan hazmat na...
Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk Penyakit

Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk Penyakit

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 872 hits
Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk PenyakitTALI KAPAL Virus Wuhan ke virus Corona ke Virus Corolla Altis ke sikit pun aku tak heran sebab memang layaklah depa kena penyakit pelik ni
Makanan Menipis Warga Wuhan Berebut Dan Saling Pukul Di Supermarket

Makanan Menipis Warga Wuhan Berebut Dan Saling Pukul Di Supermarket

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 299 hits
Kota Wuhan China benar benar sudah terisolasi akibat merebaknya wabah virus corona Tidak ada lagi aktivitas berarti karena warga enggan keluar ke jalan jalan Suasana di sana pun mirip dengan kota mati Namun yang lebih miris adalah warga Wuh...
World War 3 Virus Wuhan Dan 4 Lagi Tragedi Besar Berlaku Pada Januari 2020

World War 3 Virus Wuhan Dan 4 Lagi Tragedi Besar Berlaku Pada Januari 2020

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 505 hits
Seriuslah semua ni berlaku pada bulan Januari small Cover image via time Google small Belum pun menjengah bulan Februari sudah banyak kejutan yang dibawakan pada tahun 2020 ini Satu demi satu tragedi besar melanda dunia membuatkan ramai yan...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi