Bekalan Makanan Cukup Untuk 15 Hari Pelajar Malaysia Terkandas Di Wuhan


SIBU, 1 Feb (Bernama) — Ivan Yeo Zhi Yu, 19, mahasiswa dari Bintulu yang terkandas di Universiti Geosians China di Wuhan angkara  penularan 2019 novel coronavirus, cuba untuk bertenang dan tidak mahu  terlalu memikirkan musibah yang melanda bandar yang didiaminya itu.
Sungguhpun terpaksa berkurung di bilik asrama sejak Tahun Baru China bukan sesuatu yang mudah, beliau sentiasa melakukan sesuatu bagi mengisi  waktu sengkangnya dan bersedia meninggalkan negara itu bersama rakan satu universiti yang ditaja kerajaan Sarawak, Balachandar Subramaniam, 43, yang berada di sana bersama isteri serta dua anaknya.
“Sebenarnya ia adalah rutin yang sama setiap hari … bangun, cari berita terkini dan membaca buku-buku, makan, itu sahaja. Sekali-sekala saya akan melihat keluar tingkap untuk melihat apa yang sedang berlaku tetapi tidak terdapat sebarang aktiviti di sana, “katanya ketika ditanya Bernama melalui Messenger.
Beliau berkata hampir tidak terdapat sesiapa di luar asrama di mana beliau tinggal kerana lebih daripada 200 pelajar asing yang tidak pergi ke mana-mana semasa cuti perayaan telah diberitahu oleh pegawai universiti supaya  tinggal di bilik asrama mereka.
Para pegawai akan datang untuk mengemas kini apa-apa maklumat tentang penyakit itu dan pekerja  datang untuk membersihkan kawasan awam di dalam dan di luar universiti. Wuhan  berada dalam keadaan terkunci dengan orang ramai yang diberitahu agar tetap berada di dalam rumah dan semua mod pengangkutan masuk dan keluar dari bandar dihentikan sejak 22 Jan untuk menyekat penularan wabak itu.
“Untuk makanan dan minuman, kami perlu uruskan sendiri. Bagaimanapun, mereka membekalkan kami penutup hidung dan mulut,” kata lulusan sarjana muda geografi dan Sains Alam Sekitar itu.
Ditanya banyak mana bekalan makanan yang beliau ada, Yeo berkata bekalan yang ada seperti susu dan mee segera cukup untuk 15 hari dan beliau akan berhemah sementara menunggu bantuan tiba.
“Sebenarnya pihak Kedutaan Malaysia cuba menghantar makanan dan bekalan lain kepada saya tetapi  tidak dapat melakukannya kerana pengangkutan telah disekat.
“Saya menerima khabar kerajaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kami. Harap semuanya berjalan licin dan lancar,”katanya.
Yeo serta  Balachandar dan keluarga adalah antara 78 orang rakyat Malaysia di  Wuhan yang cuba dibawa pulang oleh kerajaan.
Yeo sentiasa menghubungi keluarganya bagi memberi maklum balas terkini mengenai keadaan di sana..
Beliau juga menghubungi  Balachandar setiap hari melalui  WeChat.
“Beliau bimbang sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk,” apabila ditanya tentang Balachandar, seorang pelajar PhD yang tinggal di universiti bersama isteri serta dua anaknya.
Balachandar yang bekerja di Sarawak sejak tahun 2003 sebagai seorang ahli geokimia dengan Jabatan Mineral dan Geosains dijangka melengkapkan PhDnya dalam Geofizik pada bulan September tahun ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia telah berbincang dengan China mengenai pemindahan 78 warga yang kini berada di Wuhan, pusat wabak itu. – Bernama
The post “Bekalan Makanan Cukup Untuk 15 Hari,” Pelajar Malaysia Terkandas Di Wuhan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/01/bekalan-makanan-cukup-untuk-15-hari-pelajar-malaysia-terkandas-di-wuhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Di Wuhan Terus Berkurung Bekalan Makanan Tidak Sampai Sebulan

Pelajar Di Wuhan Terus Berkurung Bekalan Makanan Tidak Sampai Sebulan

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 481 hits
78 orang rakyat Malaysia di Wuhan cuba dibawa pulang oleh kerajaan Foto AFPSIBU 1 Feb Ivan Yeo Zhi Yu 19 mahasiswa dari Bintulu yang terkandas di Universiti Geosains China di Wuhan angkara penularan 2019 novel koronavirus cuba untuk bertena...
40 Pelajar Malaysia Menuntut Di China Selamat Pulang Ke Tanah Air Dikuarantin 14 Hari

40 Pelajar Malaysia Menuntut Di China Selamat Pulang Ke Tanah Air Dikuarantin 14 Hari

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 471 hits
Kira kira 40 pelajar yang rata ratanya menuntut di Beijing telah kembali ke Malaysia dalam tempoh seminggu berikutan penularan kluster 2019 novel koronavirus di China Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar itu telah me...
Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini

Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 595 hits
Pejabat Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini Pejabat Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini Mulai 1 Februari 2020 ini Pos Malaysia akan beroperasi pada waktu yang baru Semua cawangan pejabat P...
Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk Penyakit

Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk Penyakit

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 895 hits
Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk PenyakitTALI KAPAL Virus Wuhan ke virus Corona ke Virus Corolla Altis ke sikit pun aku tak heran sebab memang layaklah depa kena penyakit pelik ni
Malaysia Sekat Sementara Kemasukan Pelancong Wuhan Hubei

Malaysia Sekat Sementara Kemasukan Pelancong Wuhan Hubei

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 460 hits
SHAH ALAM 27 JAN Kerajaan Malaysia menggantung sementara semua kemudahan imigresen dan visa manual kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu meng...
Malaysia Has Suspended All Visas For Tourists From Wuhan And Surrounding Hubei Province

Malaysia Has Suspended All Visas For Tourists From Wuhan And Surrounding Hubei Province

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 416 hits
There are currently 4 409 confirmed cases of the 2019 novel coronavirus in China alone small Cover image via Bernama via New Straits Times small The Prime Minister s Office has temporarily suspended tourist visas for Chinese nationals in Wu...
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 490 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan China dalam tempoh segera kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China unt...
Koronavirus Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Wuhan

Koronavirus Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Wuhan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 415 hits
PUTRAJAYA 23 JAN Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan tidak penting ke Wuhan China serta lain lain kawasan yang mungkin terjejas dengan penularan jangkitan koronavirus Wisma Putra dalam satu kenyataan b...
Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di Klia

Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di Klia

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 284 hits
SEPANG 4 FEB Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan China yang dilanda wabak koronavirus 2019 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi ini Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusi...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw