Debar 16 Jun Menguli Uli Jiwa


ULASAN

Anwar beri kenyataan ringkas sebaik
keluar dari Istana Negara.SIRI pertemuan ketua-ketua parti dengan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah hampir selesai. Semua ketua parti utama di negara ini dipanggil menghadap secara seorang demi seorang. 
Pertemuan itu adalah merupakan interaksi eksklusif ketua-ketua parti dengan Yang diPertuan Agong yang dilihat sebagai satu stail pemerintahan Yang diPertuan Agong ke 16 ini. 
Pertemuan itu berlangsung selama tiga hari bermula 9 Jun (Rabu) hingga Jumaat (11 Jun), dan disambung ke Isnin. Pertemuan itu dimulai dengan Mahiadddin Md Yassin. Adapun pertemuan Mahiaddin itu dianggap sesetengah qual tidak rasmi kerana menjadi rutin beliau menghadap Agong sebelum mengadakan mesyuarat kabinet.
Mahiaddin berjumpa dengan Agong pada pagi Rabu. 
Boleh dianggap siri pertemuan itu dimulai dengan Anwar Ibrahim (Keadilan) kerana Anwar individu yang masuk menghadap Agong selepas Mahiaddin keluar. Kemudian baru ia diikuti oleh Mohamad Sabu (Amanah), kemudian Lim Guan Eng (DAP) disebelah petang. 
Keesokannya pula giliran Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas), Wee Ka Siong (MCA), Mahathir Mohamad, (tanpa parti sebab Pejuang belum didaftar lagi yang mana kedudukan Mahathir sama taraf dengan Syed Saddiq Abdul Rahman, yang partinya Muda belum didaftar) dan Shafie Apdal (Warisan). Tuan Ibrahim walaupun beliau timbalan presiden, hadir sebagai mewakili presiden yang sakit dan tak larat.
Dipanggil menghadap juga Vigneswaran (MIC) kemudian Zahid Hamidi (Umno) dan diakhiri Maximus Ongkili (PBS). Diberitakan Agong akan berintrasi dengan wakil GPS pada Isnin nanti. 
Layan sama adil.
Agong memberi layanan sama rata dan sama adil kepada semua ketua-ketua parti apabila dilaporkan setiap daripada mereka berinteraksi selama kira-kira satu jam. Tentulah dalam pertemuan itu, ketua-ketua parti dapat meluahkan segala isi hati yang terbuku dan tersumbat sebelum ini dengan lancar dan lawas tanpa gangguan. Sebelum ini mereka jadi "kebuluran" untuk menghadap Agong sehinggakan menunggu-nunggu tarikh dan masa ditetapkan. Atas kelewatan itu pula macam-macam dilemparkan sehingga ada yang nakal boleh dituduh sebagai menghina Agong ditangkap.
Untuk segera menghadap Agong kerana mereka semua berada dalam ketidaktentuan arah, ibarat sebuah keluarga, adik beradik bergaduh sesama sendiri kerana berebut barang yang mahu menunggu sang ayah menyelesaikan. Agong adalah ayah yang mereka perlu meminta kata putus dan mencari jalan penyelesaian penuh keadilan. Apabila mereka berjumpa dan mendengar kata nasihat dan cadangan sang ayah maka akan legalah.
Timbul persoalan apakah setelah berhadapan itu mereka berani untuk menyampai sesuatu yang dianggap penting dan segera dilakukan kepada Agong, atau terkunci mulut ketika berhadapan dengan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah? Kita tahu orang Melayu tinggi dengan adat sopan serta dengan sifat bual besarnya. Orang Melayu hanya berani berkata-kata di belakang, tetapi mati kutu bila berhadapan. Sikap rumah siap pahat berbunyi adalah pakaian tenunan orang Melayu. 
Kita bimbang sifat itu terbawa-bawa kepada mereka. Ketika berinteraksi dengan Agong mereka jadi terkucil-kucil dan gugup gagap seperti mana berlaku kepada Sudin (S Shamsudin) dalam filem Pendekar Bujang Lapok, yang berjumpa Pengarah Kemat Hasan untuk minta pinjam duit. Bukan main lagi sebelum berjumpa Kemat Hassan, Sudin beriya-iya dan nekad nak pinjamkan RM350 bagi membantu kawannya (P. Ramlee) untuk berkahwin, siap dengan jampi serapah lagi dan penuh konfiden. 
Bila berhadapan dengan Kemat Hassan apa yang dirancang tidak menjadi. Sergahan Kemat Hassan (secara tak sengaja) menjadi Sudin hilang semangat dan lupa tujuannya. Daripada hendak pinjam RM350 bertukar jadi RM5.00. Begitu jugakah keadaan ketua-ketua parti itu masa jumpa Agong?
"Nak kawin apa Din, RM5....". Akhirnya frust menonggeng P Ramlee kerana tak boleh kahwin.
Saya kira tidak begitu. Setiap mereka menyampaikan apa yang terbuka di dalam hati mereka dan apa yang mereka inginkan dengan penuh jujur dan tanggungjawab. Tidak ada yang menyimpan jarum dicelah gunting. Atau membawa badi dalam kilas.  
Selepas mereka menghadap Agong semasa keluar dari Istana Negara ada ketua yang memberi penjelasan langsung kepada para wartawan yang sejak awal-awal lagi mengerumuni di pintu masuk ke istana. Walaupun begitu, kita percaya tidak semua yang diperkatakan kepada Agong, dijelas atau didedahkan kerana butiran perbualan dengan seorang raja tidak layak didedahkan kepada umum. Berbual dengan raja yang baik diluahkan yang buruk ditelah memerut. 
Ada yang yang membuat penjelasan dalam talian dari pejabatnya. Mungkin mahukan kebebasan dan keselesaan. 
Apa yang boleh difahami, semua butir perbualan dengan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkisar kepada masalah dihadapi negara waktu ini yang sangat ditunggu oleh rakyat akan penyelesaiannya. 
Beberapa masalah besar dihadapi negara itu bersumber atau berfaktor daripada kerajaan yang lemah dan lembab = GAGAL. Antaranya mengenai pandemik dengan kes ratusan ribu, pemberian vaksin, kesan ke atas ekonomi, masalah rakyat apabila diadakan PKP 3.0 atau total lockdown, dan lain-lain. Itu adalah topik besar yang diangkat dan diperkatakan oleh semua ketua-ktua parti.
Sebagai solusinya mereka meminta dan menuntut dilakukan tindakan serta diadakan perubahan beberapa perkara. Paling utama ialah membuka parlimen dan menamatkan darurat. Dari minda pembangkang dua perkara inilah halangan besar buat mereka untuk menjaring kuasa. 
Presiden Keadilan Anwar Ibrahim dua perkara itu menjadi keutamaannya atau mauduk pertemuannya dengan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selain itu beliau menimbulkan masalah pemberian vaksin yang lambat serta bantuan kepada rakyat. Mohamad Sabu dan Guan Eng juga membawa hal sama. Mereka sebagai gabungan dalam PH telah mengeluarkan kenyataan pasca perjumpaan dengan Agong.
Guan Eng lebih menumpukan kepada keperluan rakyat untuk mendapat moratorium secara automatik kepada B40 serta perihal ekonomi negara. Al maklumlah bekas menteri kewangan 22 bulan mungkin beliau ada sedikit pengalaman berbanding Mohamad bin Sabu. Hal sama juga turut disentuh oleh presiden Umno Zahid Hamidi. 
Sementara Tuan Ibrahim yang pertama kali menjalani tugas sebagai "pemangku" presiden Pas pula tidak menghuraikan apakah butiran pertemuan beliau dengan Agong. Tetapi status media sosial dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang sebelum itu menjadi intipati butir bicara Tuan Ibrahim. Hadi dalam hantaran mesejnya di Facebook memberi ingatkan agar jangan sokongan usaha untuk rampas kerajaan dengan memberi perumpamaan di zaman Nabi perihal tebuk kapal. Nasib baik bukan tebuk Tupai?
Bagi Hadi yang berfikir dari jendela IJN mengira pertemuan ketua-ketua parti dengan Agong itu sebagai usaha atau agenda untuk merampas kerajaan disekongkolinya. Biasalah bagi seorang pencuri dia akan dikejar bayangan kesalahannya, pengawal keselamatan pun kadang-kadang disangka Polis. Maka jadilah orang begitu berlari setempat.  
Ketua-ketua parti lain dilihat jujur dan lebih hati-hati serta serius untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Namun berbeza dengan kekanda tua mereka Dr Mahathir Mohamad (OT95) yang dalam pertemuan dengan Agong itu menyebut cadangannya agar dibentuk kerajaan Mageran. Yang mengejutkan (sebenarnya lebih melucukan), beliau mahukan dilantik sebagai Pengerusi Mageran. Rupa-rupa cita-cita nak jadi PM belum khalas lagi. 
Kononnya cadangan mewujudkan kerajaan Mageran itu adalah terbaik daripadanya bagi menyelesaikan kemelut negara yang sebahagian besar berpunca daripadanya sendiri. Cis. Bagaimana pun cadangan OT95 itu ditolak oleh hampir semua ketua-ketua parti lain, kerana tidak mahu memikul risiko dengannya. 

Bukan tidak praktikal cadangan itu, tetapi kerana orang sudah lama mengenal dirinya persis Singa tua yang sudah tidak larat mencari makan dan survive dengan menipu dan perdayakan orang dari dalam gua. Apakah anda ingat kisah Singa tua ini? Ia sudah tidak larat untuk memburu haiwan sebagai makananya. Maka ia masuk ke dalam sebuah gua dan memanggil segala haiwan masuk ke gua berkenaan kononnya didalamnya banyak makanan berupa buah-bauah. 

Semua binatang terpedaya dengan Singa nyanyuk ini. Bagaimana rahsianya terbongkar apabila sampai giliran Snag Kancil, dia enggan masuk ke dalam gua itu apabila timbul kemusykilan kepadanya. Dalam pemerhatian Sang Kancil, semua haiwan yang masuk ke dalam guan itu tidak keluar-keluar. Baru ia tahu rupa-rupanya semua haiwan itu dibaham oleh Singa tua berdebah berkenaan.
Jadi tujuan Mahathir mencadangkan agar dibentuk kerajaan Mageran untuk menjamin survivenya semata-mata bukan untuk rakyat dan negara. Dia mahu bertindak seperti Singa tua itu. Cis sekali lagi.
Kesimpulan. 
Kesimpulannya siri pertemuan itu berjalan lancar. Ia memuaskan hati semua pihak khasnya ketua-ketua parti politik yang ingin mendapat perhatian Agong. Rakyat di luar sana juga sedikit terubat dengan peristiwa itu, kerana setelah negara yang dilihat "kucar kacir" dan tidak terurus mudah-mudahan dapat diselamatkan dengan pertemuan seperti itu.
Dalam pada itu peristiwa itu membawa beberapa maksud atau signifikan tersendiri.
1. Apa bila Yang diPertuan Agong bersedia untuk berjumpa dengan ketua-ketua parti maka ia membawa makna dan signifikan buat Mahiddin Md Yassin. Pertemuan itu bertolak daripada kelemahan dan kegagalan kerajaan pimpinannya. Maksudnya Agong mengakui perkara itu. Jika tidak masakan Agong sedia melayani. Natijah dari itu, ada dua ketetapan, tukar perdana menteri atau pecat Mahiaddin.
Menyedari itu maka elok kalau Mahiaddin bersiap atau ambil keputusan berundur. Beliau tidak perlu sampai disingkir secara memalukan. Beliau tidak perlu sampai peristiwa di Perancis dua tiga hari lepas berlaku dan berulang ke atasnya (nauzubillah minzalik) baru beliau kabar atau sedar untuk bertindak. 
2. Dalam pertemuan itu saya tidak fikir ada ketua parti tergamak mencadangkan kepada Agong agar menyingkir Mahiaddin. Tetapi daripada segala masalah yang diperkatakan seharusnya menjadi perhatian berat untuk Yang diPertuan Agong berbuat sesuatu yang lebih bererti. Baginda tidak ada kuasa untuk memecat, tetapi ada kuasa melantik. Namun kita percaya kalau baginda memberi mesej cukup dengan menyebut; "Beta tidak berpuas hati dengan perjalanan kerajaan," yang memberi kefahaman berdarah buat Mahiaddin. Mahiaddin akan dengar kecuali dia pekak. 
Itu adalah kemuncak tuntutan ketua-ketua parti itu kecuali Pas. Sekiranya tuntutan itu tidak dapat dilaksanakan untuk mengelakkan berlaku "kesipuan" mungkin tuntutan lain menjurus ke arah itu  seperti menamat darurat diterima. Penamatan darurat memberi maksud membuka pagar penyelamat yang digunakan Mahiaddin untuk mengukuhkan diri dan kerajaannya.
Tentulah sekiranya Mahiaddin tidak diapa-apakan mereka menuntut agar diadakan pilihan raya umum ke-15. Tetapi menyadari situasi dan kondisi hari ini tidak mengizinkan, keperluan untuki diadakan pilihan raya menjadi keperluanm seterusnya bukan utama buat masa ini. 
Atas segala itu, pertemuan dan interaksi ketua-ketua parti dengan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  itu dipercaya akan dirumuskan dan terjawab selepas berlangsungnya pertemuan Raja-Raja Melayu dalam majlis perbicangan yang akan diadakan 16 Jun ini. Selepas itu nanti, Yang dipertuan Agong akan mengeluarkan suatu rumusan daripada yang dianyam dan dijalin hasil daripada pertemuan dengan ketua-ketua parti itu.  
Tidak pula diketahui apakah bentuk dan naratif perbincangan itu kelak. Apakah Yang diPertuan Agong akan turut meminta dan mendengar apa-apa cadangan daripada Baginda Raja-Raja Melayu. Mungkin Raja-Raja Melayu juga ada pandangan dan kebijakan-kebijakan mereka sendiri dalam hal ini. 
Secara ikhlas dan menurut firasat saya, kedudukan Mahiaddin tidak akan berubah. Kerajaan Mageran yang diimpikan oleh OT95 juga ditolak. Hanya mungkin yang memberi kesan dan sedikit kelegaan apabila parlimen diumumkan DIBUKA untuk persidangan manakalah DARURAT TIDAK AKAN DISAMBUNG. Selain daripada dua keputusan itu keputusan atau tuntutan-tuntutan lain yang menjadi penting kepada pihak-pihak tertentu tidak akan berlaku. 
Bagi yang diPertuan Agong sendiri sebagai tugas dan tanggungjawab sebagai payung rakyat terlepas apabila baginda sudah pun jalan dan melaksanakan tanggungjawab mendengar segala luahan dan rintihan perasaan rakyat. Manakala pihak ketua-ketua parti juga tidak boleh mendakwa dakwi apa-apa lagi kerana permintaan mereka sudah pun terpenuhi. 
Sebaiknya semua pihak berterima kasih kepada Agong dan syukur serta insaf bahawa apa yang kita kehendak tidak semuanya dapat, dan semua yang kita minta dan tuntut tidak semuanya dibuang. Kita akan tenang dan harmoni jika kita dapat menghayati realiti ini. Buang yang keruh ambil yang jernih, biduk lalu kiambang bertaut. [wm.kl.10:34 am 12/06/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/06/debar-16-jun-menguli-uli-jiwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reconnecting Talian Raya Dari Realme Malaysia Di Lanjutkan Lagi Sehingga 14 Jun 2021

Reconnecting Talian Raya Dari Realme Malaysia Di Lanjutkan Lagi Sehingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 155 hits
Berita baik peminat realme Malaysia baru baru ini telah mengumumkan pelanjutan tarikh akhir permainan Menyambungkan Talian Raya Mini hingga 14 Jun 2021 Rakyat Malaysia digalakkan untuk tinggal di rumah dalam tempoh mencuba ini sambil bersen...
Sudah 6 Bulan Duduk Berasingan Jun Jihyun Suami Dikhabarkan Kini Di Ambang Penceraian

Sudah 6 Bulan Duduk Berasingan Jun Jihyun Suami Dikhabarkan Kini Di Ambang Penceraian

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 130 hits
Tiada angin tiada ribut pelakon Jun Ji hyun terpalit dengan khabar angin bahawa dia kini sedang di ambang penceraian Menurut hos Garo Sero Institute di YouTube Jun Ji hyun dan suaminya sudah pun berpisah sejak Disember 2020 namun pelakon wa...
Analisis Btc Untuk 03 Jun 2021 Lihat Penembusan Harga Pada Saluran Terbalik

Analisis Btc Untuk 03 Jun 2021 Lihat Penembusan Harga Pada Saluran Terbalik

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 122 hits
Analisis teknikal Mata wang BTC telah diperdagangkan ke atas pada harga 38 750 tetapi saya masih tidak mempunyai momentum yang kuat yang boleh menjadi amaran pertama untuk putaran penurunan Cadangan perdagangan Oleh kerana keadaan overbough...
Analisis Eur Usd Untuk 03 Jun 2021 Potensi Penurunan Ke Arah 1 2135

Analisis Eur Usd Untuk 03 Jun 2021 Potensi Penurunan Ke Arah 1 2135

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 109 hits
Analisis teknikal EUER telah berdagang ke arah bawah seperti yang kami jangkakan Masih ada potensi penurunan ke tahap pada 1 2135 Cadangan perdagangan Kerana penolakan yang berjaya terhadap ayunan baru baru ini dan mod penyaluran penurunan ...
Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Usd Try Untuk 3 Jun 2021

Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Usd Try Untuk 3 Jun 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 117 hits
Lira Turki telah menurun selama bertahun tahun Selepas tempoh kestabilan dari 2003 hingga 2008 kelemahan semasa bermula dan Lira Turki kini menghadapi rintangan pada tahap 8 5826 dan penutupan harga di atas tahap ini dalam carta mingguan ak...
Khabar Angin Penceraian Bertiup Kencang Agensi Jun Jihyun Beri Kenyataan Rasmi

Khabar Angin Penceraian Bertiup Kencang Agensi Jun Jihyun Beri Kenyataan Rasmi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 98 hits
Disebabkan khabar angin mula berterbangan mengenai perkahwinan Jun Ji hyun dan suami yang dikatakan retak dan hanya menanti belah ramai yang mahu mendapatkan kepastian daripada pelakon itu sendiri Jelas agensi Jun Ji hyun Kami ingin memberi...
Rumah Tangga Dilapor Sedang Bergolak Netizen Terhibur Lihat Respon Tersirat Suami Jun Jihyun

Rumah Tangga Dilapor Sedang Bergolak Netizen Terhibur Lihat Respon Tersirat Suami Jun Jihyun

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 122 hits
Baru baru ini telah tersebar satu khabar angin yang mengatakan bahawa rumah tangga Jun Ji hyun dan suaminya sedang bergolak Bukan sahaja didakwa sudah tidak tinggal serumah malah suaminya Choi Joon hyuk dikatakan sudah mempunyai teman wanit...
Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Terdahulu telah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 8 malam Ahad 30 Mei 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3 0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini sena...
Kes Perbicaraan 40 Pertuduhan Rasuah Zahid Hamidi Di Tangguhkan Pada 15 Jun Depan

Kes Perbicaraan 40 Pertuduhan Rasuah Zahid Hamidi Di Tangguhkan Pada 15 Jun Depan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 65 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara yang sepatutnya bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi di Shah Alam d...
Terkini Dua Lagi Pekerja Dari Kilang Sama Mninggai Dunla Sudah 18 0rang Jumlahnya

Ada Orang D3ngki Dekat Mu Setengah Tahun Adik Mer4cau Rupa Rupanya Ada Orang T4nam Patung Hitam Dekat Rumah

Akaun Octosavers Cara Buka Akaun Simpanan Cimb Secara Online

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Ypj Untuk 3 Bulan

Resepi Kerabu Tomato Berdaging

Suspek Positif Covid 19 Lari Tinggalkan Seluar

Main Teka Teka Berdebar Nak Bezakan Anak Kembar Sebab Sama Sangat Zizie Izette Akui Keliru Tertukar

Kita Dijangka Dapat Umrah Awal Tahun Depan



Mengapakah Sukan Skuasy Tidak Dipertandingkan di Sukan Olimpik

Kenapa Orang Vietnam Majoritinya Bernama Nguyen

Kemurungan Selepas Olimpik 2008 Muncul Juara 10 Tahun Kemudian Flora Duffy

Senarai Pingat Sukan Olimpik Yang Pernah Dimenangi Malaysia

Biodata Ideen Azman Peserta Finalis Hero Remaja 2021


Wikipedia Seni Khat

Dr M Terkejut Bantahan Isu Khat Jawi

Jawi Khazanah Kebangsaan

Mural Khat Jawi Di Batu Gajah Satu Lagi Tarikan Baharu Selain Kellie S Castle

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 Lapor Terdapat 17 Kluster Games Covid 19

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tahu Tentang Produk Roselle Skinspa