Dbp Nafi Dakwaan Bakar Bahan Kesusasteraan Buku Iban


 
DBP Cawangan Sarawak masih simpan 1,077 judul yang diterima daripada Borneo Literature Bureau pada 1977. (Gambar Fail)
PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menafikan dakwaan ia membakar bahan kesusasteraan dan buku-buku Iban, susulan perkongsian oleh laman Facebook, Sarawak Public Feedback.
Katanya, semua bahan termasuk buku-buku yang diterima daripada Borneo Literature Bureau (BLB) — semasa DBP Cawangan Sarawak mengambil alih fungsi dan peranan BLB pada 1977 — masih tersimpan.
Katanya lagi, 1,077 judul itu boleh dijadikan sebagai rujukan oleh penyelidik, penulis, dan orang awam yang berhasrat ke Koleksi Borneo, DBP Cawangan Sarawak.
“Kenyataan tersebut adalah tidak berasas, tidak benar, dan boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham serta memberikan tanggapan negatif kepada DBP,” menurut kenyataan.
DBP berkata, sebagai agensi diberikan amanah menjaga dan memartabatkan bahasa dan persuratan, pihaknya melalui penyelidikan dan pendokumentasian bahasa sukuan dan cerita rakyat peribumi Sarawak menerbitkan empat kamus bahasa sukuan dan lapan daftar kata.
Kamus itu ialah Kamus Bahasa Melanau Mukah – Melayu Dewan, Kamus Bahasa Iban – Melayu Dewan, Kamus Bahasa Vaie – Melayu Dewan, dan Kamus Melayu Sarawak – Melayu Dewan.
Bagi daftar kata, ia merangkumi Daftar Kata Bahasa Vaie – Bahasa Melayu, Daftar Kata Bahasa Melayu – Bahasa Kedayan, Daftar Kata Bahasa Melayu – Bahasa Melanau Dalat, Daftar Kata Bahasa Melayu – Bahasa Melanau Seduan, Daftar Kata Bahasa Melayu – Bahasa Kenyah Cebup, Daftar Kata Bahasa Melayu – Bahasa Tetaw, Daftar Kata Bahasa Bakong – Bahasa Melayu, dan Daftar Kata Bahasa Narum – Bahasa Melayu.
DBP turut menerbitkan 44 judul buku sastera, antaranya Antologi Cerita Rakyat Sarawak Telichu dan Telichai; Avun Hagang Batang Kayo; Kerena Dayang Petera; Nariak dan Puteri Kayangan; Buluh Perindu; Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Si Abu-Abu; Cerita Rakyat Iban, dan Asap Kayu Lukai.
DBP juga agensi bertanggungjawab menerbitkan Buku Teks Bahasa Iban bersama-sama Kementerian Pendidikan untuk digunakan dan diajar secara rasmi di sekolah Sarawak.
“DBP Cawangan Sarawak akan terus menjalankan penyelidikan, pemuliharaan dan penerbitan dalam memartabatkan bahasa sukuan, sastera rakyat dan keunikan yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.
“Hasil dapatan ini dibentangkan setiap tahun dalam Seminar Kearifan Tempatan Sarawak yang melibatkan penyertaan pengkaji, penggiat sastera, ahli akademik dan tokoh masyarakat di Bumi Kenyalang,” katanya.
DBP berharap kenyataan dalam Facebook itu tidak akan menyekat usaha DBP melestari dan memulihara khazanah, keunikan, dan kebudayaan masyarakat Sarawak melalui pendokumentasian dan penerbitan buku. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/dbp-nafi-dakwaan-bakar-bahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Buat Kerja Sambilan Maut Ditimpa Bahan Binaan

Pelajar Buat Kerja Sambilan Maut Ditimpa Bahan Binaan

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 84 hits
BernamaPejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala KUALA TERENGGANU Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan bi...
Resipi Air Asam Kunyit Guna Bahan Basic Banyak Khasiat Senang Buat

Resipi Air Asam Kunyit Guna Bahan Basic Banyak Khasiat Senang Buat

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 88 hits
Air Asam Kunyit ini sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan Jika anda sentiasa rasa kurang bertenaga lesu lemau dan kerap mengantuk bolehlah cuba amalkan minuman ini Saudari Ct Mazni ada kongsikan resipi yang menggunakan bahan basic sah...
Cara Paling Mudah Buat Kimchi Guna Bahan Senang Dapat

Cara Paling Mudah Buat Kimchi Guna Bahan Senang Dapat

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 114 hits
Mungkin disebabkan gelombang Kpop atau Kdrama makanan Korea juga turut mendapat tempat kalangan masyarakat kita Salah satunya kimchi malah ia menjadi kegemaran sebahagian daripada kita Dalam pada itu ramai juga yang sudah mahir membuat kimc...
Mencipta Paper Bag Yang Berkesan Elemen Dan Pilihan Bahan

Mencipta Paper Bag Yang Berkesan Elemen Dan Pilihan Bahan

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 85 hits
Dalam dunia pemasaran hari ini setiap elemen produk anda termasuk pembungkusan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti jenama dan menarik perhatian pelanggan Salah satu pilihan pembungkusan yang semakin popular adalah paper bag D...
Sebagai Bahan Renungan Mereput Di Golok

Sebagai Bahan Renungan Mereput Di Golok

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 69 hits
Syaherah Mustafaam hmetro com myKota Bharu Pengalaman menjadi banduan di Penjara Narathiwat Thailand selama lapan bulan memberi keinsafan buat seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Lan 45 Dalam kejadian pada tahun 2008 itu Lan bukan sah...
Resipi Mangga Asamboi Buat Sendiri Guna 5 Bahan Ini Satu Bekas

Resipi Mangga Asamboi Buat Sendiri Guna 5 Bahan Ini Satu Bekas

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 126 hits
Resepi Mangga AsamboiLepas ni tak perlu beli dah buat sendiri je Buat utk niaga pun boleh Mangga ni tak masam ya kawan2 Walaupun muda tapi manis lemak rangupBahan bahan 1 cawan atau lebih Perisa Krim Soda6 7 biji AsamboiGaram Gula secukup r...
Hiburan Farid Kamil Utus Surat Cinta Diana Danielle Bakar Jika Dia Pilih Untuk Lengahkan Proses Cerai Itu Adalah Zalim

Hiburan Farid Kamil Utus Surat Cinta Diana Danielle Bakar Jika Dia Pilih Untuk Lengahkan Proses Cerai Itu Adalah Zalim

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 81 hits
Pelakon semalam memaklumkan bahawa surat cinta yang diutuskan suami aktor Farid Kamil adalah satu perkara sia sia dan tidak mempunyai tempat di hatinya Malah aktres itu turut berkongsi video memaparkan dirinya membakar surat diutus Farid da...
Kek Sarang Semut Tak Perlu Perap Resipi Ni Bakar Guna Pemanggang Ajaib Je

Kek Sarang Semut Tak Perlu Perap Resipi Ni Bakar Guna Pemanggang Ajaib Je

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 79 hits
Kek Sarang Semut adalah salah satu dari kek tradisional yang menjadi kegemaran ramai masa hari raya Dari orang dewasa hinggalah kanak kanak Semua sukakan rasanya Nak buat pun tak susah Bagi anda yang nak cuba buat kek ini tetapi tak ada ket...
Ayam Madu Bakar

Ayam Madu Bakar

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 111 hits
Jom kita masak ayam madu bakar bolehlah makan bersama keluarga dirumah Bahan bahan 20 ketul ayam 2 sdb serbuk cili Baba s 5 sdb gula 2 sdk garam 1 sdb maggie cukup rasa 1 sdk serbuk black pepper 2 sdb madub Sedikit ajinomoto Cara caranya 1 ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Portland Maine


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1