Day Of The Dead Alami Pengalaman Halloween Yang Unik Di Sunway Lost World Of Tambun
Assalamualaikum Hai.
Day of the Dead di Sunway Lost World of Tambun. Seperti biasa, bulan October memang sinonim sangat dengan Halloween kan. Sunway Lost World of Tambun juga tidak ketinggalan untuk menonjolkan kelainan yang luar biasa sempena Halloween kali ini. Kebiasaannya, Halloween sering dikaitkan dengan hantu yang sangat menakutkan. Tetapi di sini hantu mereka bertemakan warna-warni yang ceria sepanjang bulan October
Konsep Day of the Dead ini diinspirasikan dari negara Mexico yang dikenali sebagai 'Dia de Muertos', iaitu hari atau perayaan untuk memperingati mereka yang telah pergi. Perayaan ni memang sangat terkenal di seluruh dunia. The Lost World of Tambun mengambil inspirasi dari perayaan yang unik ini agar lebih menonjol dari perayaan Halloween di serata Asia. Kalau nak senang faham, konsep dia juga sama macam dalam cerita cartoon Coco tu
Sejujurnya tema kali ini akan lebih mengetengahkan konsep beauty + death artistik seperti perayaan tradisional Day of the Dead yang disambut oleh rakyat Mexico. Ia memberi fokus kepada konsep di mana si mati boleh kelihatan cantik, dan mereka yang mati ini diraikan dan tidak dilupakan. Nad memang excited sangat sebab tak pernah pergi sambutan Halloween ni. Dapat pula join perayaan yang lain daripada kita selalu lihat di media
Sesi full-face painting
Sebelum masuk ke dalam Forest of the Dead ni, ada full-face painting yang ditawarkan buat pengunjung. Yang menariknya, painting ni menggunakan luminous paint iaitu paint yang akan glow apabila terkena cahaya. Krew akan bantu untuk melukis design pilihan kita. Bagi sesiapa yang menghadapi allergic, boleh pilih untuk lukis design di tangan sahaja ye. Sepanjang bulan, pelbagai tema akan diketengahkan antaranya The Beauty of Death Paradise, A Night to Remember, DJ El Loco Party, The Touch of the Dead, dan juga Soul of the Fire.
Lepas dah selesai dengan full-face painting ni, boleh lah menuju ke Forest of the Dead iaitu tempat di mana kehidupan magik selepas mati ini diwujudkan. Dekat dalam ni, semua orang bebas untuk ambil gambar dari pelbagai pelusuk ceruk sekalipun. Waktu nak masuk Forest of the Dead ni korang akan melintasi jambatan (macam dalam cerita Coco) untuk pergi ke alam kematian
Dekat dalam ni memang penuh dengan tengkorak, kubur, hantu-hantu yang berwarna-warni. Face painting korang juga akan lebih nampak di sini sebab penuh dengan lampu. Wajib ambil gambar banyak-banyak sebanyak yang mungkin tau. Hantu kat dalam ni semuanya sporting macam-macam gaya diorang boleh buat
Sesi membuat keychain patung Vodoo masing-masing
Di penghujung Forest of the Dead ni, ada satu meja di mana korang boleh buat keychain patung Vodoo mengikut citarasa korang sendiri. Boleh pilih warna, marker, manik, beads pilihan sendiri. Untuk mengelakkan diri sendiri rasa takut, korang buat lah patung Vodoo yang comel-comel sikit
Party of the Dead ni akan diadakan sepanjang bulan October sehingga hari terakhir 31 October. Pengunjung yang datang dengan berpakaian kostum Halloween pada 31 October akan mendapat harga promosi sebanyak 50% discount. Setiap pakej untuk masuk Party of the Dead ni termasuk tiket masuk Party of the Dead, Blood Bag Drink ataupun Devil Horn Headband
Ni contoh Nad pakai Devil Horn Headband eh
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website Sunway Lost World of Tambun tau. Alhamdulillah, Nad memang puas hati sepanjang Nad spend time dekat sini. Pengalaman pertama Nad sambut Halloween. Nasib hantu semua cute berwarna-warni bukan yang jenis menyeramkan tu. Nak spend time bersama family dan anak-anak pun memang sesuai. Limited time only, sepanjang bulan October sahaja. Rugi kalau tak terjah time ni! :)
Day of the Dead - Sunway Lost World of Tambun
Website : www.sunwaylostworldoftambun.com
Facebook : Lost World of Tambun
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nadnaryy.com/2019/10/day-of-dead-alami-pengalaman-halloween.html