Day 15 Give It A Try
Assalamualaikum and hi everyone :)
Pagi tadi ada class bahasa jepun secara online. Walaupun ini bukan kali pertama aku join class tersebut, tapi rasa berdebar nak join tu tetap ada. Tak tahu kenapa
Awal-awal masuk, tak sampai beberapa minit, tiba-tiba laptop aku terpadam.
Ah sudah
Gelabah tak tentu hala
Sebabnya aku dan 3 orang rakan yang lain diberi tugasan untuk present dekat rakan-rakan yang lain, benda yang berharga buat kita orang, untuk kelas kali ini
Bila aku masuk balik, kawan aku, F, tengah present
Lega sebab sensei tak marah aku, or petik nama aku waktu aku menghilang sekejap tadi
Dan setelah itu, aku pula
Aku memang ada masalah gemuruh kot, bila aku nervous je percakapan aku jadi tak betul
Walaupun aku dah buat skrip, kadang masih tunggang langgang
Tapi mungkin better daripada langsung takde kot. Huhu
Patutnya dalam range 5 minit tau presentation untuk setiap seorang, tapi aku rasa aku punya tak sampai 2 or 3 minit pun
Nervous punya pasal, skrip panjang habis dipotong jadi pendek sebab nak cepat habis. Haha
Bila dah habis presentation, baru masuk topic baru untuk hari tu
Tak adalah topic baru sangat pun, hanya bincang jawapan daripada last week punya assignments
Tapi ada satu part tu, triggered aku seketika.
Waktu tu nak bincang jawapan, kemudian sensei tanya la kenapa jawapan dia A, bukan B
Ada sesiapa yang boleh terangkan tak
Hening seketika
Aku mahu cuba tapi aku takut
Itulah masalah besar aku
Aku takut untuk salah, sedangkan tiada masalah pun kalau kita mencuba
Kalau waktu class di PBT, bila ada je soalan suruh terangkan perbezaan, or kenapa ini bukan itu, pasti akan ada yang mencuba untuk menjawab
Walaupun jawapan kurang tepat, tapi kita belajar
Bila kita salah lagi kita sesuatu perkara tu, kan
Jadi, disebabkan benda tu, aku rasa aku perlu berani mencuba
Dan aku perlu sentiasa bersedia, bersiap siaga
Sepertimana etos sekolah menengah aku dulu, haha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://from-letters-to-words.blogspot.com/2020/05/day-15-give-it-try.html