Daun Sirih Vicks Penawar Mujarab Rawat Anak Batuk Selesema
Daun sirih dan vicks, penawar mujarab rawat anak batuk, selesema. Bila anak-anak tidak sihat, golongan ibulah yang paling susah hati. Sudah tentu pelbagai petua dan ubat diambil untuk pastikan anak sihat seperti sedia kala.
Daun Sirih & Vicks, Penawar Mujarab Rawat Anak Batuk, Selesema
Tak kurang juga kalau jenis anak yang susah nak makan ubat, makin lambatlah sembuhnya. Bimbang ia boleh memudaratkan lagi kesihatan anak-anak. Jadi, ada cara untuk kurangkan anak batuk dan selesema.
Antara perkongsian oleh Sue Manja untuk rawat anak batuk dan selesema dengan hanya guna daun sirih dan vicks, boleh cuba!
Ubat Mujarab Batuk Dan Selesema
Dalam perkongsian ini juga adalah untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah lelah. Mak-mak boleh cuba untuk anak yang ada batuk dan selesema.
Caranya:
1. Ambil sehelai daun sirih dan layurkan dengan api.
2. Selepas itu, ambil vick dan sapukan pada permukaan daun sirih tadi.
3. Kemudian, letak di hadapan dada dan belakang dada. Buat setiap kali mereka nak tidur. Pasti lena sampai pagi.
@suemanja5♬ original sound – ❤️sue manja❤️ – ❤️Sue Manja®️1❤️
Sumber: suemanja5 (tiktok)
Baca artikel lain juga: Anak Batuk Tak Reda-Reda, Boleh Jadi Bukan Kuman Tapi Alahan!
Lepas Batuk, Anak Selesema Pula. Elak Makanan Penggalak Kahak Ini Di Rumah
Ustaz Kongsi Ayat Bacaan Untuk Ubatkan Anak Yang Asyik Demam, Batuk & Selesema
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Daun Sirih & Vicks, Penawar Mujarab Rawat Anak Batuk, Selesema appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/daun-sirih-vicks-penawar-mujarab-rawat-anak-batuk-selesema/