Daun Dukung Anak Potensi Kegunaan Tradisional Dan Kesan Sampingan


Daun Dukung Anak mudah dijumpai di kawasan persekitaran seperti di padang rumput, kawasan semak dan di celah pasu pokok.
Ia boleh dikenali dengan mudah melalui susunan daun kecil yang bertentangan dengan gugusan buah kecil yang tersusun selari di bawahnya.
Walaupun ia jarang dipandang orang dan seringkali dicabut dari tanah kerana dianggap tiada nilai, namun tumbuhan ini merupakan salah satu herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional.
Pada masa yang sama, ia turut dijadikan sebagai bahan utama suplemen dan produk kesihatan seperti teh uncang, kapsul dan pati herba.
Tumbuhan dengan nama saintifik Phyllanthus niruri ini dikatakan mempunyai beberapa manfaat untuk tubuh antaranya dapat merawat masalah batu karang, melancarkan sistem penghadaman dan sebagai penawar demam kuning.
Ia juga dikenali dengan nama lain seperti Amin Buah, Gale of The Wind dan Stonebreaker.
Potensi Pokok Dukung Anak Untuk Kesihatan Memetik WebMD, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan potensi Dukung Anak untuk kesihatan tubuh.
Merawat Masalah Batu Karang
Herba yang digelar Stonebreaker (pemecah batu) ini dipercayai berpotensi tinggi dalam merawat masalah batu karang.
Ini mungkin disebabkan oleh sifat alkali daun Dukung Anak dalam mencegah pembentukan batu karang yang berasid.
Dalam sebuah kajian pada 2018, kira-kira dua pertiga daripada 56 orang pesakit mendapati saiz dan jumlah batu karang telah berkurang dalam masa 12 minggu setelah mengamalkan daun Dukung Anak.
Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Satu lagi khasiat utama tumbuhan ini adalah kandungan antioksidanya yang berpotensi dalam mengawal paras gula dalam darah.
Walau bagaimanapun, kajian yang lebih mendalam terhadap manusia perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaan ini.
Mencegah Ulser Perut
Dalam sebuah kajian tabung uji, ekstrak Dukung Anak didapati mampu menghapuskan bakteria yang menyebabkan ulser perut iaitu Helicobacter pylori.
Khasiat Daun Dukung Anak Dalam Perubatan Tradisional Daun ini turut digunakan secara tradisional atau sebagai alternatif rawatan dari rumah bagi beberapa masalah kesihatan seperti berikut :
Merawat Luka dan Kudis 
Pokoknya ditumbuk bersama beras dan kunyit kemudian disapu pada kawasan yang bermasalah.
Demam Kuning 
Secekak pokok direbus dan dicampur bersama setengah cawan susu kambing. Airnya dijadikan air mandian sekali sehari sehingga sembuh.
Melancarkan Haid dan Sembelit
Rebus daun dan minum airnya.
Merawat Sakit Gigi
Akarnya direbus kemudian airnya dibuat kumur.
Di samping itu, keseluruhan bahagian pokok ini juga biasanya diambil dalam bilangan ganjil kemudian direbus dan dijadikan air minuman bagi merawat :
Panas badan Sakit kepala Sakit mata Cirit-birit Kencing manis Jangkitan saluran kencing Masalah batu karang Kesan Sampingan dan Risiko Pengambilan Sebelum anda mengambil herba ini, anda perlulah maklum mengenai kesan sampingan yang boleh berlaku antaranya :
Tekanan Darah dan Paras Gula
Memandangkan daun Dukung Anak boleh mengurangkan tekanan darah dan paras gula dalam tubuh, ia perlulah diambil secara berjaga-jaga lebih-lebih lagi jika anda sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Risiko Kehamilan dan Menyusu Anak
Herba ini mungkin tidak selamat bagi wanita hamil atau yang sedang merancang untuk hamil. Dalam jumlah yang besar, herba ini boleh mencegah kehamilan dan mengakibatkan masalah pada kandungan.
Ibu yang sedang menyusu anak juga disarankan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan daun ini bagi mengelakkan sebarang masalah kepada bayi.
Pendarahan
Sifat Dukung Anak yang boleh memperlahankan proses pembekuan darah boleh menyebabkan masalah pada sesetengah pesakit.
Sebuah kajian juga mendapati pengambilan Dukung Anak juga mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti :
Sakit ketika membuang air kecil   Mual Sakit pada bahagian abdomen Darah ketika membuang air kecil Meskipun herba Dukung Anak dikatakan berkhasiat, namun ia perlulah diambil secara berhati-hati. Dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.
Ini penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan yang tidak diingini.
Sumber : jpn.penang.gov.my, WebMD, Jabatan Pertanian
Baca Juga : Daun Salam: 10 Khasiat Luar Biasa & Cara Untuk Simpan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daun-dukung-anak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daun-dukung-anak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Anak Lambat Bercakap Ini Kesan Pada Fokus Dan Belajar

Jika Anak Lambat Bercakap Ini Kesan Pada Fokus Dan Belajar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 119 hits
Jika anak masih belum boleh bercakap anda perlu mendapatkan nasihat pakar supaya dapat anak dapat memberi tumpuan semasa belajar Perkongsian Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy Sungai Petani Kedah Izyan Atika Abu Bakar menjelaskan b...
Selamat Rizky Febian Mahalini Dikaruniai Anak Pertama Namanya Panjang Banget

Selamat Rizky Febian Mahalini Dikaruniai Anak Pertama Namanya Panjang Banget

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 144 hits
Memiliki lima kosa kata kira kira apa ya arti dari nama bayi Rizky dan Mahalini
Anak Keduaku Sudah Berkahwin

Anak Keduaku Sudah Berkahwin

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 80 hits
Anak saya ada empat semuanya Pada 5 mei 2018 baru lepas Nurul Ashikin anak saya yang nombor dua selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Parhan Alhamdulillah tinggal 3 lagi masih bujang belum berpunya Semoga hubungan pasangan penganti...
Intan Najuwa Perjelas Sebutan Betul Nama Anak Bukan Macam Tu

Intan Najuwa Perjelas Sebutan Betul Nama Anak Bukan Macam Tu

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 164 hits
Menerusi sebuah video di akaun TikTok pelakon Datin Intan Najuwa atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid 28 berkongsi cara sebutan yang betul bagi nama puteri sulungnya Imane Lunara Dalam perkongsian tersebut Intan juga mendedahkan maks...
Mahalini Rizky Febian Timang Anak Perempuan Telah Lahir Buah Hati Kami

Mahalini Rizky Febian Timang Anak Perempuan Telah Lahir Buah Hati Kami

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 152 hits
Tahniah buat pasangan selebriti popular Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang baru sahaja menimang anak pertama mereka Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Rizky menerusi Instagramnya Bismillahirahmanirahim Telah lahir buah hati kam...
Anak Perempuan 12 Tahun Hidap Kanser Perut Buncit Macam Hamil Anak Saya Tidak Mengandung

Anak Perempuan 12 Tahun Hidap Kanser Perut Buncit Macam Hamil Anak Saya Tidak Mengandung

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 105 hits
Anak perempuan 12 tahun hidap kanser perut buncit macam hamil Anak saya tidak mengandung Itulah luahan Siti Nazirah Razali 35 apabila ada yang memandang sinis kepada perut anaknya berusia 12 tahun yang kelihatan buncit seakan akan perempuan...
Zaquan Adha Luah Rasa Rindu Dua Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy

Zaquan Adha Luah Rasa Rindu Dua Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 165 hits
Bekas pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha Abdul Radzak luah rasa rindu terhadap anak bongsunya Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur dua hari lalu Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zaquan di Insta Storynya dia ber...
Membangun Masa Depan Digital Anak Menerapkan Pembelajaran Coding Sejak Dini

Membangun Masa Depan Digital Anak Menerapkan Pembelajaran Coding Sejak Dini

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 172 hits
Di era teknologi yang semakin berkembang kemampuan digital menjadi salah satu kunci utama kesuksesan masa depan Pembelajaran coding sejak dini bukan hanya mengajarkan dasar dasar pemrograman tetapi juga membentuk pola pikir kritis kreatif d...
Syamsul Yusof Kongsi Momen Percutian Dengan Anak Anak Seronok Tengok Kembali Bersatu

Syamsul Yusof Kongsi Momen Percutian Dengan Anak Anak Seronok Tengok Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 127 hits
Hantaran terbaharu pengarah dan pelakon hebat Syamsul Yusof di Instagram yang ketika ini sedang bercuti bersama anak anak dan keluarganya menyorot perhatian netizen media sosial Apa yang menarik perhatian pastinya kemesraan dan masa bersama...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu