Daulat Tuhanku



Judul : DAULAT TUHANKUPenulis : Zahiruddin ZabidiPenerbit : Thukul CetakTahun terbit : 2017Jumlah halaman : 176Harga : RM25
Buku dengan judul dan wajah kulit depan yang mengundang rasa pelik ini saya dapat dengan harga yang murah semasa jualan lelong buku-buku terbitan Thukul Cetak (syarikat penerbitan buku indie yang sudah pun menutup operasinya pada awal tahun 2020 lalu)

Daulat Tuhanku. Ya, bukan Daulat Tuanku seperti kebiasaannya. Pada bahagian belakang kulit buku, ada dinyatakan :
Ada pelbagai takrif ‘Daulat’ menurut Kamus Dewan terbitan DBP, apapun kesimpulan akhirnya kita akan berjumpa dengan Raja segala Raja ini kelak dan melihatnya serta berdialog dengannya di negeri abadi yang mana akan dizahirkan kerajaan agung-Nya. Saat itu kita hanya perlukan dan sangat mahukan satu perkara sahaja daripada-NYa iaitu - Rahmat!
Hasil carian saya di laman PRPM menemukan takrifan ‘Daulat’ yang bersesuaian diguna pakai kepada Tuhan, iaitu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa (Kamus Dewan Edisi Keempat). 
Buku Daulat Tuhanku membawakan penulisan berkenaan politik, sejarah dan isu semasa yang bersangkutan agama Islam di peringkat Malaysia juga antarabangsa. Buku yang menarik, cuma kadang kala saya rasa kurang puas membaca apabila ada sesetengah topik yang agak tergantung (saya berharap ada huraian lebih lanjut)

Non-Muslim Bukan Kafir
‘Non-Muslim Bukan Kafir’ merupakan antara topik yang menarik bagi saya. Ianya berjaya menjawab persoalan yang bermain difikiran saya berkenaan wajarkah kita menggelar semua orang bukan Islam sebagai kafir?
Buku ini memberikan jawapan bahawa (menurut Dr. Zakir Naik), kita perlu melihat maksud sebenar ‘kafir’ yang berasal daripada perkataan ‘ka-fa-ra’ yang membawa maksud tolak. Kafir bermaksud menolak. Orang kafir, orang yang menolak bagi berakidah dengan akidah tauhid

Persoalan yang timbul adalah bagaimana mereka wajar digelar kafir (orang yang menolak), sedangkan tidak pernah ada yang memberi, mengajak dan menegakkan hujah kepada mereka? Agak tersentak di sini kerana bila difikirkan pernahkah diri saya sendiri melakukan tugas dakwah tersebut

Menurut penulis lagi, seseorang itu hanya layak dinamakan sebagai kafir setelah berlakunya proses dakwah dan telah tertegak hujah sehingga mereka tidak mampu menafikan lagi kebenaran Islam, namun memilih untuk menolak.
Selepas ini, tentunya malu untuk saya menggelar kafir kepada mereka yang bukan Islam lantaran kelemahan diri sendiri yang tak mampu melakukan tugas mengajak mereka kepada Islam. 
Daulat Tuhanku, bacaan bagus bagi kita memahami pelbagai isu seputar dunia Islam. Pembaca juga dapat mengetahui pelbagai judul buku yang menjadi bahan rujukan penulis, sekaligus memudahkan kita jika mahu mendalami satu-satu perkara dengan mencari dan membaca langsung buku-buku yang dinyatakan oleh penulis




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/09/daulat-tuhanku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Persib Bandung Lega Satu Grup Dengan Klub Asean Di Acl 2 2025 2026

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara

Feruni Farah Mohan Loka Made Cipta Kelainan Jubin Melalui The Transformative Power Of Art

The Conjuring Last Rites Penghujung Satu Legasi Seram

Sal Priadi Malang Suantai Sayang Chord