Datuk Arthur Joseph Kurup Mendahului Senarai 58 Penerima Darjah Kebesarandan Pingat Negeri Pahang




KUANTAN: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup mendahului senarai 58 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Upacara istiadat pengurniaan darjah serta pingat kebesaran kepada semua penerima berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini pada Sabtu.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam pengurniaan tersebut, Arthur menerima Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima darjah sama ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar; Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azmee Mohd Ghazi; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Khairussaleh Ramli turut tersenarai sebagai penerima SSAP.
Anugerah sama turut dikurniakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Ts Nor Hisham Mohammad serta Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abdul Aziz Majid.
Sementara itu, tiga individu menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera ialah Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Indera Fadzilla Salleh serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Indera Che Roslan Che Daud.
Mantan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Puan Sri Datuk Indera Zainah Othman turut menerima darjah kebesaran tersebut.
Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Dimulia, Peringkat Kedua Darjah Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (DSAS) yang membawa gelaran Datuk kepada Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.
apan penerima lain menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) antaranya ialah Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Datuk Norli Hisham Alwi TUDM; Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya TUDM; dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.
Turut tersenarai ialah Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Datuk Razihan Adzharuddin; serta dua tokoh terkenal iaitu pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill dan Pengasas Sendayu Tinggi, Datuk Aliffa Abdul Manaf.
Dalam majlis penuh istiadat tersebut menyaksikan penganugerahan darjah kebesaran lain termasuk Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 26 individu antaranya  Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk TPj. Saiful Ezral bin Arifin; Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), Profesor Datuk Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Dato’ Azri Mat Yacob serta beberapa pegawai kanan tentera dan tokoh korporat.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia, peringkat keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada empat individu iaitu Juruiring Polis Kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Deputi Superintenden, Nik Mohammed Syukry Nik Husain; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Wan Azam  Wan Rosdy; Ketua MIC Bahagian Indera Mahkota, V Raveentharan serta Ketua MIC Bahagian Pekan, N Subramaniam. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/datuk-arthur-joseph-kurup-mendahului.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Akan Terus Bersuara Mengenai Isu Pencerobohan Tanah Di Seluruh Negeri Hingga Ia Dihentikan

Sultan Pahang Akan Terus Bersuara Mengenai Isu Pencerobohan Tanah Di Seluruh Negeri Hingga Ia Dihentikan

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 172 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini sehingga kegiatan itu dihentikan sepenuhnya Bagaimanapun baginda bertitah usaha ...
Asyraf Wajdi Pas Pahang Hidup Dalam Dunia Mimpi Jika Kata Kerajaan Negeri Tak Fokus Urusan Pentadbiran

Asyraf Wajdi Pas Pahang Hidup Dalam Dunia Mimpi Jika Kata Kerajaan Negeri Tak Fokus Urusan Pentadbiran

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 158 hits
KUANTAN UMNO menempelak dakwaan pembangkang khususnya PAS Pahang yang menuduh kerajaan negeri tidak fokus dalam urusan pentadbiran negeri ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi pentadbiran kerajaan negeri di...
Kerajaan Pahang Minta Peneroka Negeri Ini Guna Sebaik Mungkin Peruntukkan Rm100 000 Untuk Kampung Felda

Kerajaan Pahang Minta Peneroka Negeri Ini Guna Sebaik Mungkin Peruntukkan Rm100 000 Untuk Kampung Felda

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang meminta para peneroka di negeri ini supaya menggunakan sebaik mungkin peruntukan RM100 000 bagi setiap kampung di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang bakal diterima untuk melaksanakan projek pembangu...
Pas Pahang Sokong Penuh Titah Sultan Pahang Agar Enakmen Syariah Di Negeri Ini Di Kaji Semula Secara Menyeluruh

Pas Pahang Sokong Penuh Titah Sultan Pahang Agar Enakmen Syariah Di Negeri Ini Di Kaji Semula Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 118 hits
KUANTAN PAS Pahang menyokong sepenuhnya titah Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar enakmen syariah di negeri ini dikaji semula secara menyeluruh Pesuruhjayanya Datuk Rosli Abdul Jabar ber...
Shahaniza Tempelak Andansura Kerajaan Negeri Pahang Memang Di Perintah Oleh Orang Melayu Beragama Islam

Shahaniza Tempelak Andansura Kerajaan Negeri Pahang Memang Di Perintah Oleh Orang Melayu Beragama Islam

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 169 hits
KUANTAN Pahang ini milik rakyatnya bukan milik mereka yang hanya pandai membakar sentimen Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin susulan kenyataan seorang pemimpin PAS bahawa kuasa kerajaan negeri...
Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti Undang Lebih Ramai Pelabur

Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti Undang Lebih Ramai Pelabur

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 190 hits
TEMERLOH Pertumbuhan pesat ekonomi Negeri Pahang membuka ruang kepada lebih ramai anak perantauan untuk kembali menyumbang di negeri sendiri sekali gus menarik minat pelabur luar untuk bersama membangunkan negeri ini Menteri Besar Pahang Da...
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Pahang Rampas Simpanan Minyak Diesel Tanpa Permit Sah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Pahang Rampas Simpanan Minyak Diesel Tanpa Permit Sah

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 173 hits
KUANTAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HIdup Pahang merampas 17 000 liter simpanan minyak diesel tanpa permit yang sah dianggarkan bernilai RM53 195 00 dalam satu serbuan di sini kelmarin Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN ...
Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 219 hits
KUANTAN Kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu Islam Demikian gesaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Andansura Rabu susulan tindakan UMNO negeri bergabung dengan DAP bagi membentuk kerajaan negeri selepas Piliha...
7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno

Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Menteri Dalam Negeri Kalah Saman Terpaksa Bayar Rm670 000 Kepada Sanusi

Suzuki Swift Final Edition Warna Hitam Terhad 30 Unit Rm138k

Sarapan Nasi Goreng Ayam Bakar Madu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


6 Tip Hidup Tenang

Rasa Macam Dirasuk Hantu

Suara Talita Kini Persis Suara Siti Sarah Video

Dap Bidas Mca Mahu Kerjasama Jangan Perasan Anthony Loke

Merentasi Jambatan Sungai Johor Ke Desaru

Sensasi Sizzling Spaghetti Buttermilk Dengan Ayam Popcorn Rangup Mudah Pantas