Datang Parlimen Sehari Dapat Package Test Covid19 Okey La Kan




Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew View Keong berkata Perikatan Nasional (PN) perlu membayar harga yang mahal kerana "merompak" sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara ini

Pandangan itu dibuat susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, yang memaklumkan sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini hanyalah bagi mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong dan tidak melibatkan sebarang urusan lain

Ia sekali gus menutup pintu untuk sebarang usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

"(Saya rasa) jijik. Kerajaan pintu belakang ini telah mencuri hak demokrasi rakyat dengan mengadakan persidangan Dewan Rakyat dalam tempoh yang singkat

"PN-GPS (Gabungan Parti Sarawak) ini harus membayar harga yang mahal kerana merompak sistem demokrasi berparlimen," kata Liew kepada Malaysiakini, hari ini

PH sebelum ini mendesak agar persidangan itu dilanjutkan dengan Liew menghantar usul meminta ia dipanjangkan sehingga lapan hari, tetapi PN menafikannya dengan menggunakan risiko jangkitan Covid-19 sebagai alasan

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berjaya menghantar usul tidak percaya ke atas Muhyiddin dan diterima oleh Mohamad Ariff, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menegaskan hanya usul kerajaan akan diutamakan

Ambil risiko datang semenanjung
Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok dalam respons segeranya berkata, perkembangan itu menunjukkan Muhyiddin terlalu takut untuk mengadakan sidang parlimen

“Dia takut nak berhadapan dengan PH di parlimen,” katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepanggar Mohd Azis Jamman dalam satu kenyataan kemudian menegaskan kerajaan tidak boleh menggunakan alasan Covid-19 untuk menyingkatkan sidang Dewan Rakyat

"Kerajaan berani melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kepada orang ramai dengan skala yang lebih besar berbanding hanya 222 orang ahli-ahli parlimen

"Mengapa kerajaan takut pula untuk meneruskan sidang parlimen setidak-tidaknya selama tiga hari sebagaimana Dewan Undangan Negeri Sabah yang bersidang selama tiga hari tanpa seorang pun ahli-ahli dewan undangan negeri yang di dapati positif Covid-19 kerana menghadiri sidang dewan undangan negeri?" soalnya

Selain itu, menurut Azis, semua ahli parlimen juga diwajibkan untuk membuat pemeriksaan Covid-19 pada 15 dan 16 Mei di Dewan Parlimen bagi memastikan kesemua mereka bebas virus tersebut

"Saya mencadangkan jika Dewan Rakyat masih ingin mengekalkan susunan mesyuarat dengan hanya mendengar titah Yang di-Pertuan Agong, lebih baik agar persidangan dewan rakyat di lakukan hanya menggunakan aplikasi Zoom dengan ahli-ahli parlimen hanya duduk rumah," katanya

Langkah itu kata Aziz, tidak menyusahkan ahli-ahli parlimen khususnya yang datang dari Sabah kerana mereka bukan sahaja mengambil risiko untuk dijangkiti Covid-19 semasa berada di lapangan terbang dan kapal terbang, malah lebih teruk berdepan kemungkinan di kuarantin apabila pulang ke Sabah keesokkan harinya

Malah, menurut Azis perkembangan semasa mengenai sidang Dewan Rakyat hari ini merupakan hari yang gelap bagi Parlimen di Malaysia sekali gus menandakan demokrasi sudah semakin mati

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/05/datang-parlimen-sehari-dapat-package.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Sebab Parlimen Sehari Boleh Diterima Walaupun Tidak Ideal Rahman

Dua Sebab Parlimen Sehari Boleh Diterima Walaupun Tidak Ideal Rahman

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 302 hits
Ahli Majlis Kerja Tertiggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berpandangan terdapat dua faktor atau sebab kenapa tempoh sehari parlimen boleh diterima walaupun tidak ideal Menurut beliau perbahasan dalam sesi parlimen 18 Mei tidak praktika...
Sidang Parlimen Sehari Membuang Masa Anwar

Sidang Parlimen Sehari Membuang Masa Anwar

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 296 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didesak menarik balik idea sidang parlimen sehari pada 18 Mei ini Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sidang yang terlalu singkat tanpa sesi soal jawab dan perbahasan itu tidak memenuhi tujuan dan ...
Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 298 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan lebih daripada sehari bagi memastikan isu COVID 19 dapat ditangani dengan lebih berkesan Katanya tindakan kerajaan Perikatan Nasional...
Parlimen Tetap Akan Bersidang Sehari Takiyuddin

Parlimen Tetap Akan Bersidang Sehari Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 263 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menegaskan parlimen tetap akan bersidang sehari walaupun kebanyakan sektor ekonomi akan dibuka semula Isnin ini Takiyuddin berkata kerajaan mengambil maklum pandangan Majli
Sidang Parlimen Sehari Wajar Dicabar Di Mahkamah

Sidang Parlimen Sehari Wajar Dicabar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 240 hits
Kredit Pak Malek Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas akan berlangsung dengan hanya urusan Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang Di Pertuan Agong pada Isnin 18 Mei 2020 jam 10 00 pagi Yang di Pertua Dewan Rakyat T...
Sidang Parlimen Sehari Langgar Peraturan Mesyuarat

Sidang Parlimen Sehari Langgar Peraturan Mesyuarat

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 298 hits
Senator Yusmadi Yusoff berpandangan sidang Parlimen sehari pada 18 Mei dengan hanya titah Yang di Pertuan Agong tanpa mengadakan sesi seterusnya menyalahi peraturan mesyuarat dan perlembagaan persekutuan Sebarang keputusan untuk mengadakan ...
Sidang Parlimen Sehari Yang Dilarang Bersuara

Sidang Parlimen Sehari Yang Dilarang Bersuara

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 358 hits
Sidang Dewan Rakyat sehari telan belanja besar MP Bandar Kuching memberitahu tiket penerbangannya saja melebihi RM2 000 utk klas ekonomi elaun makan RM100 sehari elaun mesyuarat RM300 manakala utk hotel pula beliau boleh menuntut shingga RM...
Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 323 hits
Selepas sekian lama tidak bersidang hari ini merupakan hari Istiadat Pembukaan Parlimen untuk kerajaan baru di bawah parti Perikatan Nasional dan ia merupakan mesyuarat kali pertama penggal ketiga Parlimen ke 14 Seperti biasa istiadat ini a...
Sidang Parlimen Wajar Kekal Sehari Saja Takiyuddin

Sidang Parlimen Wajar Kekal Sehari Saja Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 277 hits
PUTRAJAYA Sidang Parlimen wajar dikekalkan sehari saja iaitu pada 18 Mei ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba