Iklan yang mendakwa memiliki data sebesar 1TB daripada UniKL.
Semakan ringkas mendapati iklan tersebut telah dimuat naik oleh pengguna baru forum berkenaan dan hantaran iklan tersebut adalah satu-satunya hantaran yang pernah dibuat olehnya di forum berkenaan. Akaun individu berkenaan juga baru sahaja dibuat pada bulan Februari tahun ini di laman berkenaan.
Februari 2021.
Setakat ini, masih tiada balasan lain atau mana-mana pengguna forum berkenaan yang kelihatan berminat dengan hantaran dan data yang didakwa dijual individu berkenaan. Semalam kami telah melaporkan mengenai satu hantaran di laman Facebook seorang individu yang mendakwa telah berjaya menggodam sistem data UniKL dan memiliki pelbagai data dan akses penting UniKL.
Hantaran di laman Facebook mengenai sistem UniKL yang berjaya digodam.
Hantaran di laman Facebook mengenai sistem UniKL yang berjaya digodam.
Tidak dapat disahkan sama ada individu di laman Facebook dan juga laman forum jualan data tersebut adalah individu yang sama ataupun tidak. Setakat ini, masih tiada maklumbalas daripada UniKL di atas kedua-dua dakwaaan kecurian dan penjualan data ini. Diharapkan agar pihak berwajib dapat menyiasat dakwaan ini kerana ia melibatkan data penting dan keselamatan privasi.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |