Data Terperinci Subsidi Petrol M40 Sedang Dikumpul



Salah satu tawaran istimewa Program Subsidi Petrol (PSP) kepada golongan M40. Kerajaan sedang mengumpul data secara terperinci bagi menentukan jumlah sebenar rakyat berpendapatan sederhana yang layak menerima manfaat tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mencari mekanisme untuk mendapatkan data tersebut.
“Berbeza dengan kumpulan B40, kita sudah ada data mereka yang layak di mana saya telah umumkan Isnin lalu datanya sekitar 2.9 juta pemandu yang layak terima PSP selepas kita teliti menerusi data penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data pemilikan kenderaan di JPJ.
“Tapi untuk M40 kita belum ada data lagi mereka yang layak dan perkara itu kita perincikan, buat pangkalan data, tentukan jumlah mereka yang layak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sumbangan amal Deepavali Tesco di Kulim hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai mekanisme pemberian Kad95 di bawah PSP yang menyasarkan kepada pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH untuk membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, dalam pembentangan Belanjawan 2020 semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi skim PSP bersasar yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pemandu.
Katanya, jika ditolak dengan 2.9 juta pemandu yang layak dalam kumpulan B40, kira-kira lima juta pemandu yang layak akan dikenal pasti termasuk daripada kumpulan M40.
“Kita jangka jumlahnya sekitar itu tapi kita akan perincikan dengan memastikan mereka adalah layak berdasarkan kriteria yang telah kita tetapkan,” katanya.
Semalam, ketika pembentangan belanjawan itu, Lim berkata bermula Januari tahun depan, PSP bersasar yang merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan, akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan.
Kategori pertama ialah penerima BSH (B40) yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.
Kategori kedua pula ialah bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH di mana mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
Kenderaan yang layak untuk subsidi itu adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25206

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Akan Kumpul Data Kumpulan M40 Layak Terima Subsidi Petrol Kata Menteri

Kerajaan Akan Kumpul Data Kumpulan M40 Layak Terima Subsidi Petrol Kata Menteri

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 279 hits
Kerajaan akan kumpul data kumpulan M40 layak terima subsidi petrol kata menteri Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan
M40 Ada Dua Kereta Layak Terima Subsidi Petrol

M40 Ada Dua Kereta Layak Terima Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 208 hits
Golongan M40 yang memiliki dua kenderaan masih layak menerima program subsidi petrol yang dibentangkan pada Belanjawan 2020 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagaimanapun sy...
Ministry To Gather Data On M40 Recipients For Petrol Subsidy

Ministry To Gather Data On M40 Recipients For Petrol Subsidy

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 309 hits
The government will gather the necessary data to determine the number of people in the M40 group eligible for the targeted Petrol Subsidy Programme as announced in the 2020 Budget yesterday Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Saifu...
Penerima Bsh Dapat Subsidi Petrol Rm30 Untuk Kereta Motor Rm12 Sebulan

Penerima Bsh Dapat Subsidi Petrol Rm30 Untuk Kereta Motor Rm12 Sebulan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 271 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan memperuntukkan RM2 2 bilion bagi skim Program Subsidi Petrol bersasar yang akan memberi manfaat kepada kira kira lapan juta pemandu Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bermula Januari 2020 PSP bersasar yang merupakan...
Subsidi Petrol Tiada Lagi Janji Ph Turun Harga Minyak Rm1 50

Subsidi Petrol Tiada Lagi Janji Ph Turun Harga Minyak Rm1 50

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 391 hits
Pelaksanaan PSP bukti sistem ketika zaman BN formula terbaik negaraBANGI Pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution mengenai Program Subsidi Petrol semalam membuktikan langkah yang diama...
Program Subsidi Petrol Harga Barang Dijangka Meningkat

Program Subsidi Petrol Harga Barang Dijangka Meningkat

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 223 hits
Rakyat perlu bersedia menghadapi kenaikan harga barangan susulan keputusan kerajaan melaksanakan pemberian subsidi bersasar kepada 2 9 juta golongan B40 menerusi Program Subsidi Petrol bermula 1 Januari tahun depan Pakar ekonomi Prof Dr Bar...
Program Subsidi Petrol Apa Yang Anda Perlu Dan Patut Tahu

Program Subsidi Petrol Apa Yang Anda Perlu Dan Patut Tahu

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 482 hits
Baru baru ini kerajaan telah mengumumkan satu program yang dikenali sebagai Program Subsidi Petrol Penerima Bantuan Sara Hidup yang memiliki kenderaan 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas ...
Program Subsidi Petrol Bersasar Libatkan Peruntukan Rm2 2 Bilion

Program Subsidi Petrol Bersasar Libatkan Peruntukan Rm2 2 Bilion

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 383 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol

Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 353 hits
Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii