Dasar Ekonomi Ph Membuahkan Hasil



1. Kejayaan Tabung Haji (TH) mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak RM1.25 bilion pada setengah tahun pertama 2020 adalah bukti kejayaan penstrukturan semula yang diilhamkan oleh Pakatan Harapan (PH). Bukan itu sahaja, nilai aset TH sebanyak RM78 bilion juga kini telah kembali lebih tinggi berbanding liabilitinya, dengan lebihan sebanyak RM1.9 bilion, walaupun sebelum Mei 2018 telah ditinggalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam keadaan defisit.2. Dalam tempoh hampir 2 tahun pemerintahan PH, pelbagai pembaharuan dan kejayaan telah dicapai. Kadar pengangguran secara amnya telah menurun ke lingkungan 3.2%-3.3% bagi setiap suku, berbanding 3.4%-3.5% pada suku tahun 2016 hingga 2017 bawah BN. PH juga telah memperkenalkan kembali subsidi petrol yang dimansuhkan oleh Najib Razak pada tahun 2014. Ini telah membantu secara signifikan terhadap usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat, khususnya B40 dan M40. Pertumbuhan ekonomi negara (KDNK) juga telah menunjukkan keutuhan yang signifikan pada kadar 4.8% pada tahun 2018 dan 4.3% pada tahun 2019 walaupun dalam keadaan ekonomi global yang lembap.3. Kebajikan sosioekonomi rakyat terus dibela oleh PH menerusi inisiatif-inisiatif seperti i-Suri yang mewujudkan skim KWSP berserta insentif untuk surirumah, mengembangkan skim perlindungan PERKESO kepada pekerja ekonomi gig dan memperkenalkan gaji minima RM1,200 di bandar-bandar besar. Kerajaan PH juga telah memperkenalkan 2 skim kesihatan yang sangat penting untuk golongan B40 iaitu Skim Perlindungan Kesihatan (PeKa) dan MySalam, iaitu skim insurans yang menyediakan perlindungan untuk 45 penyakit kritikal.4. Pelaburan langsung asing diluluskan (approved FDI) juga mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah ketika pemerintahan PH. Pada tahun 2019, approved FDI adalah RM82.4 bilion, manakala pelaburan domestik mencecah RM125.5 bilion. Bukan itu sahaja, pelaburan ke dalam tiga subsektor pemangkin iaitu elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan serta kimia dan dua bidang pertumbuhan tinggi iaitu industri aeroangkasa dan alat perubatan, menyaksikan pertumbuhan 90.2% ke RM40.9 bilion pada tahun 2019. Usaha PH mewujudkan persekitaran “business friendly” telah diiktiraf oleh Bank Dunia, di mana ranking Malaysia dalam indeks Doing Business 2020 telah meningkat kepada kedudukan ke-12, iaitu lebih tinggi berbanding negara-negara lain seperti Jerman, Kanada dan Finland.5. Dari aspek memastikan pengurusan fiskal yang lebih telus supaya kesilapan ketika pemerintahan BN tidak diulangi, kerajaan PH telah mengemukakan maklumat mengenai hutang yang dijamin kerajaan dan liabiliti kontinjen dalam Laporan Tinjauan Fiskal negara. Selain itu, kerajaan PH juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang turut dianggotai wakil pembangkang untuk menilai belanjawan dan pengurusan kewangan kerajaan. Penilaian belanjawan pertengahan tahun turut dibentangkan ke jawatankuasa ini.6. Selain TH, PH telah mengambil beberapa keputusan strategik untuk memulihkan dan memantapkan institusi-institusi lain seperti Khazanah Nasional, Felcra dan FGV Holdings. Hasilnya, Khazanah Nasional telah mencatatkan untung daripada operasi terbesar dalam sejarah pada tahun 2019 iaitu RM7.4 bilion. Selain itu, usaha telah diambil untuk merombak strategi pelaburan Khazanah Nasional yang sebelum itu berisiko tinggi kerana hampir 80%-85% nilai pelaburan tertumpu pada 9-10 syarikat sahaja.7. Bagi Felcra pula, program transformasi perniagaan telah diperkenalkan untuk mengurangkan beban hutang dan kerugian yang dialami oleh institusi tersebut, dan ini dijangka membuahkan hasil bermula 2021. Di peringkat Felda dan FGV pula, program transformasi yang bermula pada suku ke-3 2018 telah membantu memantapkan operasi, menamatkan ketirisan dalam pembelian dan memulihkan pendapatan syarikat. Saham FGV turut meningkat setelah PH mengambil alih pentadbiran negara iaitu RM1.31 pada November 2019 berbanding RM0.64 pada Disember 2018.8. Saya yakin dasar-dasar urus tadbir baik, telus, bersih dan cekap yang diperkenalkan oleh PH akan terus membuahkan hasil positif jika inisiatif-inisiatif berkenaan tidak diganggu oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). Institusi-institusi penting negara perlu dipertahankan daripada kembali dibelenggu oleh pengurusan yang lemah dan korup sewaktu di bawah BN. Namun, ketidakstabilan politik kerajaan PN yang tidak mempunyai mandat yang sah daripada rakyat dan hanya memiliki majoriti tipis di Parlimen tidak mampu menarik keyakinan pelabur yang boleh menjejaskan sektor perniagaan dan pekerjaan dalam negara.FAIZ FADZIL23 JULAI 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/dasar-ekonomi-ph-membuahkan-hasil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Perlu Gubal Dasar Jelas Untuk Jadi Kuasa Pertanian Kata Ahli Ekonomi

Sabah Perlu Gubal Dasar Jelas Untuk Jadi Kuasa Pertanian Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 346 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mahu negeri itu mengeksploitasi potensinya dalam bidang pertanian KINABALU Seorang ahli ekonomi mendesak kerajaan Sabah menggubal dasar yang jelas untuk memacu negeri itu ke arah merealisasikan hasrat untuk ...
Christine Lagarde Mengenai Dasar Monetari Zon Eropah Dan Penampilan Baru Ekonomi Global Setelah Wabak Coronavirus

Christine Lagarde Mengenai Dasar Monetari Zon Eropah Dan Penampilan Baru Ekonomi Global Setelah Wabak Coronavirus

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 236 hits
Ketika dunia muncul dari wabak coronavirus Kesatuan Eropah memberikan tumpuan pada kesan ekonomi mereka untuk merancang pemulihan Oleh demikian dalam satu wawancara dengan Washington Post presiden ECB Christine Lagarde membincangkan mengena...
Beli Dari Pelaku Ekonomi Lokal Banyuwangi Beri Telur Hingga Buah Ke Tenaga Kesehatan

Beli Dari Pelaku Ekonomi Lokal Banyuwangi Beri Telur Hingga Buah Ke Tenaga Kesehatan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 244 hits
Pemkab Banyuwangi memberi tambahan nutrisi untuk ribuan tenaga kesehatan di kabupaten tersebut yang terus bertugas di masa pandemi Covid 19 Tambahan nutrisi berupa telur buah roti dan susu setiap hari itu melengkapi insentif dana sebesar Rp...
Jaksa Agung Perintahkan Jaksa Intelijen Kawal Program Pemulihan Ekonomi Nasional

Jaksa Agung Perintahkan Jaksa Intelijen Kawal Program Pemulihan Ekonomi Nasional

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 197 hits
Burhanuddin meminta kepada para jaksa khususnya bidang intelijen untuk menciptakan kondisi yang sinergis antar berbagai pihak dalam upaya mendukung terciptanya iklim investasi yang sehat dan kondusif
Hasil Swab Tes Negatif Jokowi Ingatkan Terus Jaga Imunitas Tubuh

Hasil Swab Tes Negatif Jokowi Ingatkan Terus Jaga Imunitas Tubuh

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 218 hits
Meski aman dari Covid 19 Jokowi tetap menjaga imunitas tubuh Caranya dengan berolahraga dan makan makanan sehat
Hiburan Hasil Simpanan 10 Tahun Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

Hiburan Hasil Simpanan 10 Tahun Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 481 hits
Bagai mampu menarik nafas lega pelawak dan usahawan Achey Bocey zahir rasa syukur dan gembira apabila impiannya untuk memiliki kediaman sendiri buat keluarganya kini tercapai Menurut Achey rumah teres tiga tingkat yang terletak di Sungai Bu...
Hasil 2 Minggu Risikan Mat Bangla Dokumentari Al Jazeera Berjaya Ditahan

Hasil 2 Minggu Risikan Mat Bangla Dokumentari Al Jazeera Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 249 hits
Selepas dokumentari yang dikeluarkan Al Jazeera berkaitan situasi lockdown di Malaysia mendapat kritikan rakyat kerana bersifat fitnah para pengendali dokumentari tersebut telah dipanggil oleh pihak polis untuk tujuan siasatan Seorang warga...
Cerita Ringkas Tentang Bisnes Ekonomi Korporat Dan Kehidupan Orang Biasa

Cerita Ringkas Tentang Bisnes Ekonomi Korporat Dan Kehidupan Orang Biasa

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 340 hits
Saya nak kongsikan satu cerita ringkas berkenaan bisnes ekonomi dan kehidupan Watak orang biasa biasa macam anda dan saya saya yakin 100 tak ada seorangpun orang bukan biasa biasa yang ada masa
What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Affected Residents Tend To See Putra Heights Gas Pipeline Tragedy As A Waiting To Happen Man Made Disaster

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm