Dasar Baru Pekerja Asing Bunuh Ekonomi Kata Mtuc


FMT Reporters Dasar baru kerajaan mengehadkan pekerja asing kepada 3 sektor.PETALING JAYA: Mengehadkan penggunaan pekerja asing hanya kepada 3 sektor akan “membunuh” ekonomi, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Setiausaha Agung J Solomon berkata, realitinya ekonomi Malaysia amat bergantung kepada buruh asing dan mengehadkan mereka untuk bekerja hanya dalam 3 sektor saja nampak seperti tindakan yang akan menjejaskan ekonomi.
Beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan semula dasar itu.
Solomon berkata, kerajaan perlu melibatkan Majlis Penasihat Tenaga Kerja Nasional (NLAC) untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dan menangani peningkatan kadar pengangguran tempatan.
Katanya, MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia tidak diajak berunding sebelum kerajaan memutuskan untuk mengekang penggunaan buruh asing, dan mengecualikan NLAC adalah pelanggaran konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Mengandaikan penduduk tempatan sedia bekerja dalam sektor 3D (kotor, sukar dan bahaya) dengan syarat dan terma sama dengan buruh asing, tidak mengetahui kos sara hidup yang tinggi sekarang dan garis kemiskinan disemak semula oleh kerajaan, katanya.
Berdasarkan statistik lebih 800,000 menganggur dalam tempoh 5 bulan tahun ini, Solomon berkata ramai rakyat tetap seperti itu kerana kerajaan gagal menyeru majikan untuk menawarkan gaji dan faedah lebih baik pada pekerjaan yang secara tradisionalnya dilakukan buruh asing.
Ramai pekerja asing yang didokumentasikan dibayar gaji minimum, manakala faedah seperti hari rehat wajib, kerja lebih masa atau faedah perubatan jarang diberi dan tidak mencukupi, katanya.
Sementara itu, beliau berkata lebih teruk apabila mereka yang tidak mempunyai dokumen dan digaji secara haram, majikan tidak bertanggungjawab membayar kurang RM1,000 setiap bulan.
“Kementerian Sumber Manusia sekarang terpaksa menangani masalah buruh yang semakin meningkat dihadapi oleh majikan di sektor utama, termasuk perusahaan kecil dan sederhana pada ketika mereka berusaha keras untuk pulih daripada sekatan yang dikenakan untuk menangani Covid-19,” katanya.
Minggu lalu, kementerian menjelaskan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu akan kekal hingga akhir tahun ini dan mereka hanya akan diambil bekerja di sektor perladangan, pertanian, dan pembinaan.
Ketika ini terdapat lebih 2 juta pekerja asing berdaftar dengan kementerian, dengan 700,000 di sektor pembuatan dan 309,000 di sektor perkhidmatan.
Pekerja yang tidak berdaftar menyumbang kira-kira 1 juta lagi di sektor ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/dasar-baru-pekerja-asing-bunuh-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Had Pekerja Asing Kepada 3 Sektor Jejas Operasi Industri Kata Persekutuan Majikan

Had Pekerja Asing Kepada 3 Sektor Jejas Operasi Industri Kata Persekutuan Majikan

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 346 hits
Pengarah eksekutif MEF Shamsuddin Bardan berkata sektor yang tidak mengambil pekerja asing akan menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal yang akan menjejaskan operasi mereka KUALA LUMPUR Persekutuan Majikan Malaysia berkata keputusa...
Christine Lagarde Mengenai Dasar Monetari Zon Eropah Dan Penampilan Baru Ekonomi Global Setelah Wabak Coronavirus

Christine Lagarde Mengenai Dasar Monetari Zon Eropah Dan Penampilan Baru Ekonomi Global Setelah Wabak Coronavirus

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 286 hits
Ketika dunia muncul dari wabak coronavirus Kesatuan Eropah memberikan tumpuan pada kesan ekonomi mereka untuk merancang pemulihan Oleh demikian dalam satu wawancara dengan Washington Post presiden ECB Christine Lagarde membincangkan mengena...
Tesco Akan Tamat Kontrak Dengan Agensi Pekerja Asing

Tesco Akan Tamat Kontrak Dengan Agensi Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 297 hits
Tesco akan tamat kontrak dengan agensi pekerja asing Penamatan kontrak itu dijangka bermula bulan depan dan ia kini dalam proses menyelesaikan yuran pengambilan pekerja
Kerajaan Cadang Wujud Undang Undang Baharu Lindungi Pekerja Ekonomi Gig

Kerajaan Cadang Wujud Undang Undang Baharu Lindungi Pekerja Ekonomi Gig

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR 29 Julai Kerajaan bercadang mewujudkan satu undang undang khusus bagi mengawal selia pekerja ekonomi gig di negara ini Kementerian Sumber Manusia berkata memandangkan kesukaran memastikan wujudnya elemen kontrak perkhidmatan da...
Arief Poyuono Investasi Asing Memang Bisa Dorong Laju Ekonomi Tapi Apakah Ada Yang Mau

Arief Poyuono Investasi Asing Memang Bisa Dorong Laju Ekonomi Tapi Apakah Ada Yang Mau

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 375 hits
Kehadiran investor asing memang bisa mendorong laju ekonomi tanah air Namun pertanyaannya di tengah pandemik ini adakah negara lain yang mau berinvestasi di Indonesia Begitu kata Ketua Umum Federasi Serikat Pekerja BUMN Bersatu Arief Poyuon...
Menteri Kdn Kata Menarik Dr M Tubuh Parti Baru

Menteri Kdn Kata Menarik Dr M Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 459 hits
Dia sebelum ini berkata masalah orang Melayu adalah apabila anda ingin jadi presiden tetapi anda tidak boleh menang maka itu akan membawa kepada pembentukan parti baru Itu dia kata bukan saya kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkat...
Parti Baru Dr Mahathir Welcome Di Dalam Pakatan Harapan Kata Anwar

Parti Baru Dr Mahathir Welcome Di Dalam Pakatan Harapan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 512 hits
Pakatan Harapan sedia mempertimbang kemasukan parti baru yang akan ditubuhkan kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu bagi menguatkan gerakan pembangkang Pengerusinya Anwar Ibrahim berkata keterbukaan itu bagai...
Lebih 1 54 Juta Pekerja Asing Pegang Kad Plks

Lebih 1 54 Juta Pekerja Asing Pegang Kad Plks

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 544 hits
KUALA LUMPUR Lebih 1 54 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri I Ismail Mohamed Said berkata daripada jumlah berkenaan 2 766 pemegang PLKS ditahan berikutan tamat tempoh permit Kita memberi pel...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Ralat Tak Tengok Supermoon

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah