Dasar Banteras Rasuah Diteruskan Pm


KUALA LUMPUR: Kerajaan meneruskan keputusan dasar yang dicapai sebelum ini dalam usaha membanteras rasuah di Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan beliau juga bersetuju mesyuarat itu dan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Kebangsaan diadakan secara berkala selaras dengan Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018.
Katanya, kerajaan juga akan mengukuhkan akauntabiliti dan integriti Ahli Parlimen melalui dasar pengisytiharan harta dan penerimaan hadiah.
“Kerajaan juga akan terus melaksanakan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRM) di semua kementerian dan sektor awam untuk kawalan pencegahan rasuah yang efektif.
“Kerajaan juga akan memantapkan lagi sistem pencegahan rasuah di sektor swasta melalui ‘Beneficiary Ownership’ dan entiti perniagaan mengikut Garis Panduan Tatacara Mencukupi Meningkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam bagi mengelak ketirisan dana awam dan menumpukan kepada isu ekonomi terutamanya kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mesyuarat itu diadakan secara sidang video selaras prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Muhyiddin berkata, semua kementerian dan agensi kerajaan yang mengeluarkan permit dan lesen perlu menerbitkan garis panduan permohonan dan memaparkannya secara dalam talian untuk makluman umum.
Langkah itu, katanya bertujuan mewujudkan mekanisme yang lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen, sekali gus meningkatkan integriti dan mengelak berlakunya rasuah.
Muhyiddin berkata, bagi memantapkan proses tatatertib dalam perkhidmatan awam, mesyuarat itu juga bersetuju kajian komprehensif dilaksanakan bagi menambah baik pematuhan Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).
Katanya, menyedari keperluan mewujudkan dasar bagi menjamin integriti persekitaran digital, mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan Cyber Security Malaysia supaya satu kajian dilaksanakan bagi mendapatkan bukti empirikal keperluan dasar antirasuah digital serta mengenal pasti keperluan perundangan berkaitan.
JKKMAR katanya, turut dimaklumkan mengenai Status Perisytiharan Harta Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.
Berdasarkan Kod Etika Anggota Pentadbiran, setiap anggota pentadbiran perlu membuat perisytiharan harta dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mengangkat sumpah.
“Kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan tadbir urus dan integriti melalui pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023, bagi memastikan hasrat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara telus dan berkesan,” katanya.
The post Dasar banteras rasuah diteruskan – PM appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/26/dasar-banteras-rasuah-diteruskan-pm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dasar-banteras-rasuah-diteruskan-pm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jeffrey Chew Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah Terowong Dasar Laut

Jeffrey Chew Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah Terowong Dasar Laut

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 362 hits
Amir Abd Hamidamir hamid mediaprima com myJEFFREY Chew FOTO Arkib NSTPSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam berkaitan kes rasuah projek terowong dasar...
Kes Rasuah Terowong Dasar Laut Pula Jeffrey Chew Ditahan

Kes Rasuah Terowong Dasar Laut Pula Jeffrey Chew Ditahan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 438 hits
JEFFREY Chew FOTO Arkib NSTPJeffrey Chew ditahan bantu siasatan kes rasuah terowong dasar laut Amir Abd Hamid amir hamid mediaprima com mySURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pi...
Sejarah Pru Membuktikan Orang Melayu Tidak Peduli Rasuah

Sejarah Pru Membuktikan Orang Melayu Tidak Peduli Rasuah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 293 hits
Kredit Mohamed Ali FAKTA PRU10 hingga PRU14 1 PRU10 Gerakan Reformasi 60 orang Melayu undi pembangkang spt PAS dan PKR 90 bukan Melayu undi BN kerana Tun M takutkan mereka dgn ancaman tragedi 13 Mei BN masih menang dengan 2 3 majoriti Hilan...
Isa Samad Lepas Tuduhan Pecah Amanah Diarah Bela Diri Tuduhan Rasuah

Isa Samad Lepas Tuduhan Pecah Amanah Diarah Bela Diri Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 408 hits
Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada tuduhan pecah amanah berhubung pembelian hotel RM160 juta di Kuching Sarawak Bagaimanapun beliau perlu membela diri atas sembilan pertuduhan ras...
Parti Apa Aku Dapat Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah Halal Di Malaysia

Parti Apa Aku Dapat Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah Halal Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 559 hits
Di tengah perpecahan berterusan dalam BERSATU bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad secara sinis mencetuskan idea untuk membentuk sebuah lagi parti berasaskan Melayu yang akan dinamakan Parti Apa Aku Dapat dan terbuka kepada semua oran...
Pegawai Jabatan Agama Islam Johor Terima Rasuah Rm130 000 Ditahan Sprm

Pegawai Jabatan Agama Islam Johor Terima Rasuah Rm130 000 Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 495 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Segamat menahan seorang penolong pegawai hal ehwal Islam kerana kesalahan meminta dan menerima wang rasuah Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasua...
Rasuah Rm20 000 Pegawai Kanan Polis Ditahan

Rasuah Rm20 000 Pegawai Kanan Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 379 hits
Rasuah RM20 000 pegawai kanan polis ditahan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Jun 2020 11 32PM
Rasuah Membudaya Negara Punah Ezam

Rasuah Membudaya Negara Punah Ezam

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 300 hits
ULASAN Negara ini sudah kembali menuju kearah sebuah negara yg rosak Rasuah kembali menjadi budaya dan mereka termasuk PM melakukannya tanpa segan silu Suasana sama semasa PM ke 6 rasuah membudaya selain 1MDB tender dan kontrak runding teru...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Drama Epok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Prism Malaysia Melancarkan Luna Eco Penapis Udara Siri Nexa

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021