Daroyah Pengkhianat Tolong Letak Jawatan
Kasthuri Jeevendran                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan 
Malaysia, Thiban Subbramaniam.             KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr  Daroyah Alwi keluar daripada parti dianggap perbuatan mengkhianati  mandat rakyat.
Ini kerana beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Sementa merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor  sebenarnya bertanding atas tiket PKR pada PRU-14 lalu.
Bagaimanapun, kini dengan statusnya dalam DUN Selangor kini  adalah sebagai wakil rakyat bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN), ia  sesuatu yang tidak boleh diterima.
Itu pendapat Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Thiban Subbramaniam.
Menurutnya, Daroyah bertanding atas tiket PKR tetapi kemudiannya  membelakangi parti, presiden dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat  sesuatu yang langsung tidak boleh diterima.
“Bukan sahaja AMK sebaliknya hari ini ahli-ahli Cabang Keadilan PKR  Kapar juga mengecam perbuatan beliau bersama-sama yang lain-lain.
“Kita bukan sahaja kutuk, kecam malah rasa jijik. Inilah bukanlah  sesuatu yang baharu sebaliknya kepimpinan tertinggi juga sedia maklum  dengan perbuatan membelakangi parti dan bersekongkol dengan  ‘pengkhianat’ lain,” ujarnya.
Malah dakwanya tindakan Daroyah yang bertemu dengan Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan sokongan sehingga kesalahannya  menyertai Langkah Sheraton dimaafkan telah dilupakan.
“Lupakah Daroyah yang dia telah bertanding dua penggal menggunakan  lambang PKR? Anda telah berjanji segala macam kepada pengundi dengan  menggunakan nama Presiden PKR. Pengundi buat pilih pangkah kepada  lambang PKR, lupakah?
“Sebenarnya Daroyah tidak lebih daripada taksub dengan pengkianat  seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada  awal lagi. Sudah lama juga beliau melakukan perbuatan membelakangkan  parti.
“Jadinya secara adil, jika anda telus dan benar, tolong jangn hanya  keluar parti sebaliknya letak jawatan Timbalan Speaker DUN dan juga  jawatan ADUN. Jangan sekadar acah-acah. Rakyat juga memerhati perbuatan  khianat kamu,” katanya.
Terdahulu,  Daroyah dalam satu media di Shah Alam hari ini mendakwa sudah hilang  kepercayaan kepada Anwar mendorongnya keluar PKR.
Menurut Thiban, ramai dalam kalangan parti dari kepimpinan tertinggi  sehinggalah akar sebenarnya tidak sesekali tergugat mahupun hilang  keyakinan dengan tindakan Daroyah.
“Kami di Kapar sendiri sudah lama menolak Daroyah selaku Ketua Cabang  Keadilan Kapar. Tindakan beliau juga tidaklah mengugat kepercayaan,  kesetiaan kami dan penghargaan terhadap Anwar.
“Segelintir keluar hari ini sebenarnya mempunyai agenda peribadi  sebenarnya jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kami akar umbi akan  terus setia. Itu janji ikrar kami,” ujarnya.
Tambah Thiban, hakikatnya pengundi di DUN Sementa tidak akan sesekali  melupakan episod hitam yang berlaku dan pasti akan menghukumnya pada  pilihan raya akan datang. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/daroyah-pengkhianat-tolong-letak-jawatan.html