Daripada Pertikai Apa Menantu Beli Baik Tanya Anak Lelaki Beri Nafkah Tak Pada Isteri


Adakah kita tahu bahawa anak lelaki kita yang sudah berkahwin melunaskan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka? Sebenarnya tanggungjawab bermula sejak mereka kecil lagi. Didik dan semai dalam diri mereka, anak lelaki bahawa tanggungjawab mereka sangat besar.
Jika anda seorang bapa, hulurkan wang nafkah pada isteri anda di hadapan anak-anak supaya mereka tahu dan nampak keperluan mereka dan ibunya sentiasa dijaga oleh anda sekaligus anak-anak akan faham erti tanggungjawab. Tunjukan yang baik-baik supaya mereka dapat contohi.

Wang Nafkah Bulanan Isteri: Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.
“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.
“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.
“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.
“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.
Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.
Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.
Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.
“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.
“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.
Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.
Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.
Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.
Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?
Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.
Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.
Kongsikan dengan suami-suami diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.
#DrMahyuddin
#NafkahIsteri
#TipsRumahtanggaBahagia
Kredit: Mahyuddin Mohamed
The post Daripada Pertikai Apa Menantu Beli, Baik Tanya Anak Lelaki “Beri Nafkah Tak Pada Isteri?” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/daripada-pertikai-apa-menantu-beli-baik-tanya-anak-lelaki-beri-nafkah-tak-pada-isteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keith Foo Kekalkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri Tiada Sebab Bergaduh

Keith Foo Kekalkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri Tiada Sebab Bergaduh

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 374 hits
Biarpun telah berpisah hujung tahun lalu pelakon Keith Foo memberitahu yang dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya Kim Raymond Bagi Keith 37 tiada sebab untuk dia dan bekas isteri bergaduh kerana mereka berpisah secara b...
Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 553 hits
Anak anak tidur dengan ibu ayah adalah perkara biasa Ada beberapa faktor yang menyebabkan kebanyakan pasangan merasa kurang selesa untuk membenarkan anak anak untuk tidur sendiri Ketika masih kecil tiada masalah untuk tidur bersama Tetapi s...
Berbuat Baik Pada Haiwan Polis Panjat Bumbung Selamatkan Anak Kucing

Berbuat Baik Pada Haiwan Polis Panjat Bumbung Selamatkan Anak Kucing

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 246 hits
Selain menggalas tugas dalam memerangi jenayah khidmat anggota polis juga diperlukan orang ramai terutama ketika situasi yang tidak dijangka Seperti kejadian di Marsiling yang terletak di Singapura ini seorang anggota polis berhati murni ba...
Bilik Air Kotor Punca Suami Isteri Selalu Tak Sebulu Anak Pun Kuat Melawan

Bilik Air Kotor Punca Suami Isteri Selalu Tak Sebulu Anak Pun Kuat Melawan

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 417 hits
Selain dapur keadaan dalam bilik air perlu diberi perhatian jangan pandang ringan soal kebersihan ruang ini kerana ia antara kawasan yang paling kotor dan banyak bakteria Kita perlu lebih rajin membersihkannya untuk menjamin keselesaan seis...
Suami Meninggal Bab Nafkah Anak Jatuh Pada Datuk Pak Cik Sebelah Bapa Bukan Ibu

Suami Meninggal Bab Nafkah Anak Jatuh Pada Datuk Pak Cik Sebelah Bapa Bukan Ibu

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 493 hits
Biasa yang berlaku dalam masyarakat kita bila kematian pada si bapa atau suami dan meninggalkan isteri dan anak anak pasti akan ada konflik dalam ahli keluarga Ibaratnya orang kata tanah kubur masih merah lagi tapi harta peninggalan arwah d...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever