Daripada Perdana Menteri Kepada Pemilik Hartanah 9198
Daripada Perdana Menteri kepada Pemilik Hartanah: 10 Orang Asia…
Kisah-kisah ini diterbitkan semula bersumberkan dari https://news.education.investing.com/real-life-crazy-rich-asians-most-interesting-2018-ms/?
Kehidupan Sebenar Orang Kaya Asia: 10 Orang Asia Paling Menarik (dan Terkaya) pada 2019Tentunya anda telah mendengar tentang filem pecah panggung, Crazy Rich Asians, yang menggemparkan pawagam musim panas ini. Dan sekiranya belum, anda harus mengetahui tentangnya, seperti sekarang ini. Jadi, sebagai mengiktiraf filem ini, kami telah mengambil keputusan untuk melihat dunia serba mewah beberapa orang Asia yang kaya gila yang mungkin boleh menjadi bintang untuk rancangan realiti mereka sendiri.
Hollywood sedang memberi perhatian terhadap rantau Asia dengan kekayaan semakin berkembang. Menurut Forbes lebih sepertiga orang terkaya di dunia adalah dari Asia Pasifik. Yang mana merupakan bilangan sangat menakjubkan, namun ia menjadi semakin menarik. Laporan mengatakan bahawa rantau Asia Pasifik akan menjadi rantau terkaya di dunia menjelang 2020.
Jadi dengan apa yang dinyatakan ini, kami rasa sekarang adalah masa yang tepat untuk memperkenalkan anda kepada beberapa orang Asia yang paling menarik (dan terkaya) di dunia pada tahun 2019. Tanpa menurut susunan tertentu, mereka ialah seperti berikut ini.
Kehidupan Sebenar Orang Asia Kaya Gila: 10 Orang Asia Paling Menarik (dan Terkaya) pada 2019 | Investing Media Blog
Cho Yang-Ho & KeluargaOLEH ALICE HOU
Korean Air/ Hanjin GroupNilai Bersih: $225MNegara: Korea Selatan
Cho Yang-ho dan ahli keluarganya telah terlibat dalam pelbagai skandal termasuk penyeludupan, penggelapan wang, penipuan pengelakan cukai dan malah satu kejadian yang terkenal melibatkan kacang makadamia. Hakikatnya adalah, keluarga Cho adalah salah satu daripada keluarga yang paling terknal kejahatannya di Korea Selatan, dan mereka membawa kegilaan ke tahap baharu, ia memang gila (ya, bertujuan sindiran).
Cho Yang-Ho, pengerusi Hanjin Group, yang termasuk Korean Air, didakwa pada Oktober 2018 atas dakwaan penggelapan wang dan kesalahan lain. Dikatakan bahawa Yang-ho mengambil berjuta diolar dalam bermacam jenayah termasuk mengelakkan cukai dan mengendalikan farmasi yang tidak sah dari segi undang-undang di bawah nama yang dipinjam. Dikatakan juga bahawa dia memberi kontrak kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh ahli keluarganya.
Dua orang anak perempuannya, Hyun-ah dan Hyun-min, menjadi sensasi tular kerana buat perangai yang digelar “kejadian kemarahan kacang” dan “skandal berang air”. Anak perempuan sulungnya Hyun-ah, juga dikenali sebagai Heather Cho, menjadi berita muka depan di seluruh dunia pada 2014 kerana menyepak kru penerbangan Korean Air setelah dia dihidangkan kacang makadamia di dalam beg dan bukannya mangkuk. Dan, Hyun-min, juga dikenali sebagai Emily Cho, anak perempuan bongsu, juga kontroversi tidak lama selepas itu kerana mencurahkan air ke muka eksekutif pengiklanan dalam keadaan berang semasa mesyuarat.
Cho Yang-Ho & Keluarga | Investing Media Blog
Adik Beradik Ambani OLEH ALICE HOU
Reliance Industries & Jio NetworkNilai Bersih: $47.1B
Negara: India
Adik beradik Ambani adalah keluarga India paling mewah. Dan kadang-kadang kekayaan terlampau diiringi banyak gosip. Adik beradik Ambani cukup dikenali sebagai sebahagian daripada salah satu sengketa korporat Asia yang paling lama, berakhir dengan kemenangan abangnya Mukesh dan kemaluan adiknya Anil, dalam proses itu
Reliance diasaskan oleh Dhirubhai Ambani, pada 1966, sebagai pengeluar tekstil yang kecil, dan berkembang sebagai syarikat India paling bernilai, dengan hasil lebih $60 bilion dalam industri gas dan minyak. Sebelum kematian bapa mereka, adik beradik ini saling bekerjasama
Walau bagaimanapun, selepas kematian bapa mereka pada 2002, Mukesh dan Anil Ambani mengasingkan aset keluarga, dan sejak itu mereka terbabit dalam persaingan antara satu sama lain. Tahun lepas ia diumumkan bahawa Reliance Communications, dimiliki oleh adiknya Anil, akan menjual perniagaan mudah alihnya kepada syarikat abangnya Mukesh, iaitu Jio
Adik Beradik Ambani | Investing Media Blog
Keluarga HartonoOLEH ALICE HOU
Djarum Nilai Bersih: $32B
Negara: Indonesia
Keluarga Hartono adalah keluarga terkaya di Indonesia. Adik beradik Hartono ialah pemilik salah satu syarikat tembakau terbesar di Indonesia – Djarum; sebuah syarikat yang diasaskan lebih setengah abad lalu oleh bapa mereka, Oei Wie Gwan
Adik beradik ini, Robert Budi dan Michael mengambil alih syarikat apabila bapa mereka meninggal dunia pada 1963. Walau bagaimanapun, syarikat itu agak terjejas dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan kilang yang terbakar. Walaupun dengan segala kesukaran yang dialami, mereka berjaya mengatasinya, dan ia menjadi perusahaan paling berjaya di Indonesia
Kebelakangan ini, anak Budi iaitu Victor mengendalikan operasi. Malangnya, syarikat itu masih melalui keadaan tidak stabil, dengan tindakan keras ke atas produk tembakau, dengan cukai yang tinggi dan lain-lain. Sejumlah besar kekayaan keluarga ini adalah dalam pelaburan mereka di Bank Central Asia, dengan pelaburan dalam pengeluar elektronik popular Polytron dan pegangan harta tanah di Jakarta
Keluarga Hartono | Investing Media Blog
Chalerm Yoovidhya & KeluargaOLEH ALICE HOURed Bull
Nilai Bersih: $21B
Negara: Thailand
Chalerm Yoovidhya ialah jutawan Thai dan pewaris empayar Red Bull. Chalerm ialah anak lelaki tertua mendiang Chaleo Yoovidhya, pengasas dan pencipta bersama minuman tenaga, Red Bull. Yoovidhya & Keluarga memiliki 51% syarikat, dan Chalerm sendiri bernilai kira-kira USD 21 billon
Pada Ogos 2017, ia telah didedahkan tanpa sengaja keluarga Yoovidhya menggunakan syarikat-syarikat pesisir luar untuk menyembunyikan aset-aset mereka, seperti hartanah mewah dan jet-jet peribadi. Semua ini terbongkar selepas peristiwa langgar lari pada 2012 yang cukup diingati hingga sekarang melibatkan anak lelaki Chalerm, iaitu Vorayuth Yoovidhya
Dalam kes berprofil tinggi ini, ia dikatakan bahawa Vorayuth membunuh polis bermotosikal di Bangkok,dalam kereta Ferrari hitamnya. Kereta itu melanggar polis dan meninggalkan tempat itu, hanya untuk dikesan oleh polis dengan mengikut minyak brek yang menghala ke rumahnya. Apa yang tidak dipercayai adalah Vorayuth masih belum dibawa ke muka pengadilan. Penyiasatan itu, walau bagaimanapun, telah membongkar rangkaian syarikat dan aset-aset rahsia pesisir luar keluarga Yoovidhya yang digunakan sebagai tempat berlindung cukai dan untuk melindungi Vorayuth
Chalerm Yoovidhya & Keluarga | Investing Media Blog
Keluarga Lee Byung-ChullOLEH ALICE HOU
Samsung
Nilai Bersih: $40.8B
Negara: Korea Selatan
Sebagai salah satu keluarga Asia paling mewah dan kaya, harta Lee sahaja boleh menempatkan mereka dalam senarai ini, walau bagiamanapun, ia adalah latar belakang mereka yang boleh membuatkan mereka mempunyai siri HBO sendiri. Lee, keluarga Korea yang mengasaskan Samsung, telah dinamakan sebagai Keluarga Terkaya #2 dalam senarai Forbes bagi 50 Keluarga Terkaya Asia 2017. Malangnya, mereka terpalit dengan banyak skandal, yang telah bertahun-tahun melanda mereka. Sabotaj, pengintipan, persaingan dan perang dalaman — bunyinya seperti episod “The Sopranos.” Namun sedihnya ia adalah drama kisah sebenar keluarga Samsung
Terdapat begitu banyak skandal yang menyelubungi keluarga ini, sejak dari awal, dan sehingga kini. Dalam sebuah skandal yang menggulingkan Presiden Korea Selatan, Park Guen-hye, Lee Jae-yong, pewaris empayar Samsung, telah didapati bersalah atas penipuan dan penggelapan wang. Dia dituduh membuat sumbangan besar kepada yayasan tertentu sebagai ganti untuk bantuan politik sebagai satu cara mendapatkan lebih banyak kawalan ke atas syarikat itu. Peliknya, pada Februari tahun ini, selepas setahun daripada hukuman lima tahunnya, Lee dibebaskan
Keluarga Lee Byung-Chull | Investing Media Blog
Jack Ma
OLEH ALICE HOU
Pengasas bersama Alibaba yang paling terkenal, Jack Ma, mungkin telah banyak kali dipanggil gila di masa lampau — walau bagaimanapun, dialah orang yang ketawa sekarang, sepanjang jalan ke bank. Bekas guru Bahasa Inggeris bersama-sama mengasaskan Alibaba Group, salah sebuah syarikat e-dagang terbesar di dunia, kini dikenali sebagai orang terkaya China. Alibaba merekodkan penawaran saham awam terbesar dunia, menjana $25 bilion pada 2014 dan kini bernilai $113 bilion.
Dalam cara yang agak tipikal, namun huru-hara, berita bahawa Jack Ma akan berundur daripada syarikat itu telah dikeluarkan pada September tahun ini. Berita tersebut pada mulanya dinafikan dan kemudian disahkan bahawa Daniel Zhang, yang buat masa ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, akan menjadi penggantinya. Tambahan lagi, paling terkini, ia didedahkan bahawa Encik Ma ialah penyokong tegar Parti Komunis China. Berita ini membuatkan media Barat gopoh tentang petanda skandal dan amaran.
Jack Ma | Investing Media Blog
Ma HuatengOLEH ALICE HOU
Tencent Holdings/ WeChat
Nilai Bersih: $35.3B
Negara: China
Ma Hyateng (juga dikenali sebagai Pony Ma) berada di tempat kedua dalam senarai ini kerana dia kaya GILA. Walau bagaimanapun, berbeza dengan pesaingnya, Jack Ma, Pony Ma, tidak menyerlahkan diri dan mujur baginya, tidak mempunyai masa lampau yang gila mahupun penuh skandal. Dia dikenali sebagai “Jutawan Misteri” yang datang daripada permulaan yang kecil. Ma bersama-sama mengasaskan perkhidmatan pesanan internet pada 1998 dan menamakan syarikat itu Tencent. Kelakarnya, menggunakan perkhidmatan pesanannya sendiri, dia bertemu dan jatuh cinta dengan isterinya.
Hari ini, Tecent mengkhususkan dalam pelbagai perkhidmatan dan produk berkaitan Internet, termasuk hiburan, kecerdasan buatan dan teknologi. Syarikat itu adalah penerbit permainan video yang besar, salah satu daripada yang terbesar di dunia dengan permainan Call of Duty Online dan FIFA sebagai beberapa permainannya yang paling terkenal. Tecent Holdings juga mempunyai kepentingan dalam Tesla, Spotify, Lyft, dan pengeluar permainan video Activision Blizzard. Syarikat itu juga memperoleh kepentingan dalam syarikat induk Snapchat, Snap. Pada 2012, syarikat itu melancarkan WeChat, yang telah menjadi satu fenomena global.
Ma Huateng | Investing Media Blog
Tadashi YanaiOLEH ALICE HOU
Fast Retailing (Uniqlo, JBrand and Theory)
Nilai Bersih: 19.5B
Negara: Jepun
Pada Jun 2018, Tadashi Yanai dinamakan orang terkaya di Jepun. Dia menjadi jutawan hasil usahanya sendiri dan merupakan pengasas dan presiden empayar pakaian runcit dari Tokyo iaitu Fast Retailing, syarikat induk rangkaian Uniqlo. Jenamanya termasuk beberapa pusat fesyen terbesar dalam industri, termasuk, Helmut Lang, JBrand, dan Theory.
Kira-kira setahun lalu, pada Januari 2017, pada satu hari di musim sejuk, Encik Yanai belajar hakikat pahit tentang pasaran saham, ia mudah untuk melalui satu hari yang buruk. Dan hari yang buruk yang dia lalui, adalah hari buruk 1.4 bilion dolar, secara tepatnya.
Oleh kerana cuaca panas yang tidak dijangka, dan lebihan stok pakaian musim sejuk “HeatTech”,syarikat itu melaporkan 5% kerugian pada bulan Disember. Ini membawa kepada 6.7% penurunan bagi saham Fast Retailing, yang diterjemahkan kepada kerugian peribadi sebanyak 1.4 bilion bagi Ketua Pegawai Eksekutif Ouch. Mujurlah, Yanai masih mempunyai 16.3 bilion dolar lagi dalam bank, jadi kerugian itu bukanlah sebegitu teruk baginya.
Tadashi Yanai | Investing Media Blog
Keluarga KwokOLEH ALICE HOU
Sun Hung Kai Properties (SUHJF)
Nilai Bersih: $34B
Negara: Hong Kong
Pencuikan, korupsi, konflik keluarga, pertikaian undang-undang, dan kontroversi tidak berkesudahan. Dan, tanpa mengambil kira semua itu, berbilion dolar dalam hasil. Drama keluarga Kwok seumpama filem kisah hidup.
Abang sulung keluarga Kwok, Walter, meninggal dunia beberapa bulan lalu, namun kisahnya tidak mati bersamanya.
Pada 1997, Walter terselamat daripada penculikan oleh salah satu kumpulan samseng paling terkenal China. Kemudian hampir sepuluh tahun selepas itu, pada 2008, dia disingkirkan daripada Sun Hung Kai Properties oleh dua orang adik lelakinya, Thomas dan Raymond, serta ibunya.
Kisahnya adalah mereka berasakan bahawa Walter tidak sihat daripada segi mental untuk mengendalikan syarikat selepas penculikannya dan bahawa dia mengalami PTSD. Satu dakwaan yang ditolak oleh Walter. Keluarga itu terbabit dalam konflik hinggalah pertikaian itu akhirnya diselesaikan pada 2014. Walau bagaimanapun, pada tahun tersebut kemudiannya Thomas disabitkan dengan rasuah dan dipenjarakan selama lima tahun. Raymond didapati tidak bersalah, manakala Walter ditahan tetapi tidak pernah menghadapi pertuduhan.
Keluarga Kwok | Investing Media Blog
Najib RazakOLEH ALICE HOU
Mantan Perdana Menteri Malaysia
Nilai Bersih: 850J
Negara: Malaysia
Pada 2015, Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia mendapati dirinya dalam kemelut sandal antarabangsa yang besar melibatkan penggelapan wang, penggubahan wang haram, pelesapan dana dan rasuah. Selama hampir sedekad, Encik Najib mengawal sebuah negara, bagaimanapun, selepas pilihanraya Malaysia pada 9 Mei tahun ini (2019), kuasa pemerintahan beralih kepada pihak pembangkang, dalam satu kekalahan yang teruk.
Najib mendakwa dia tidak tahu tentang skandal berjuta dolar 1MDB dan mengisytiharkan bahawa dia langsung tidak tahu tentang wang daripada dana negara yang wujud dan bergerak (dengan sendirinya) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaunnya. Najib terus menolak sebarang salah laku dalam kes tersebut.
Penyiasatan membawa kepada detektif untuk melihat ke dalam begitu banyak amaun barang kemas, beg tangan dan barang-barang mewah lain termasuk sebuah lukisan Picasso dan beberapa hartanah di California dan New York. Kesemuanya dikatakan telah dibeli menggunakan wang daripada dana negara, dan kesemuanya berkait dengan Najib Razak dan keluarganya.
Najib Razak | Investing Media Blog
Charoen SirivadhanabhakdiOLEH ALICE HOU
Thai Beverage/Chang BeerNilai Bersih: $17.4B
Negara: Thailand
Charoen Sirivadhanabhakdi ialah jutawan Thai yang juga pengasas Thai Beverage, lebih dikenali untuk bir Chang. Charoen ialah anak lelaki kepada pembekal jalanan Bangkok, dengan asal usul yang rendah dan sejak itu menjadi pengasas dan pengerusi pembuat bir terbesar Thailand serta pemaju dan pemilik hartanah terbesar Thailand
Sirivadhanabhakdi memiliki sekurang-kurangnya 50 hotel di Asia, UK, AS, dan Australia, termasuk yang terkenal, Okura Prestige Bangkok dan tujuh hotel jenama Marriott dii rantau itu. Aset-asetnya yang lain termasuk rangkaian pasar raya Big C Supercenter, dan syarikat minuman Singapura Fraser & Neave. Selama bertahun-tahun itu Charoen Sirivadhanabhakdi telah berhadapan dengan banyak dakwaan rasuah dan penyalahgunaan hubungan politik. Walau bagaimanapun, di akhirnya, tiada satu pun yang betul-betul berasas
Pada 2006, Panote, anak lelaki bongsu Charoen, cuba menyenaraikan Thai Beverage public di Singapura setelah cubaannya gagal di Thailand disebabkan bangkangan terhadap pengiklanan alkohol. Panote ialah Ketua Pegawai Eksekutif TCC Assets (Thailand) dan Frasers Property Limited. Dia dinamakan Personaliti Hartanah 2018 di Thailand, memberikannya pengiktirafan unik dalam industri tersebut
Charoen Sirivadhanabhakdi | Investing Media Blog
Prawit WongsuwanOLEH ALICE HOU
Timbalan Perdana Menteri Thailand
Nilai Bersih: Kini Tidak Diketahui
Thailand
Pada awal Disember tahun lalu (2018), Prawit Wongsuwan membuat gerak isyarat ringkas; dia mengangkat tangannya untuk melindungi mukanya daripada cahaya matahari. Malang baginya, perlakuan itu hampir mencemarkan reputasinya. Dengan mengangkat lengannya, dia mendedahkan beberapa perkara; satu jam tangan Richard Mille dan sebentuk cincin berlian yang besar di jarinya dan dua, aset tidak diisytiharkan yang menimbulkan prasangka.
Dalam kisah yang digelar “Skandal Watchgate,” koleksi begitu banyak milik Jeneral Prawit telah dipersoalkan dan mencetuskan khabar angin rasuah di sleuruh Thailand. Di samping mempamer wang yang banyak, kisah itu memberi satu lagi mesej: kuasa dan kemewahan tentera. Kisah itu telah memukau berjuta orang di Thailand dan di negara luar, terutamanya memandangkan junta tentera menggulingkan kerajaan yang dipilih pada tahun 2014, dengan janji untuk menghapuskan rasuah.
Timbalan perdana menteri Thai, Prawit Wongsuwan, telah berkhidmat sebagai menteri pertahanan sejak 2014 dan menyandang pelbagai jawatan dalam kerajaan. Walaupun General Prawit menyandang pelbagai jawatan rasmi, dia kini juga dikenali di seluruh dunia kerana memiliki pelbagai jam mewah. Koleksi melampau miliknya dianggarkan bernilai lebih USD 1.5 juta.
Prawit Wongsuwan | Investing Media Blog
Masayoshi SonOLEH ALICE HOU
SoftBank
Nilai Bersih: $22B
Negara: Jepun
Masayoshi Son ialah seorang ahli perniagaan Jepun/Korea Selatan, orang terkaya di Jepun, dan kini yang ke-8 terkaya di Asia. Anak kepada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank, syarikat telekom mudah alih, dan pengerusi Sprint Corporation. Syarikatnya adalah pemegang saham Uber yang terbesar, aplikasi perkongsian pemanduan rakan-ke-rakan.
Ahli perniagaan Jepun ini adalah satu kuasa besar dalam dunia syarikat pemula dan cukup dikenali kerana pelaburan agresifnya dan pengaturcaraan urusan. Dia mempunyai kepentingan dalam banyak kegiatan daripada syarikat perkongsian pejabat WeWork kepada perniagaan robotik Perancis, Aldebaran. SoftBank telah melabur dalam lebih 100 urus niaga bernilai lebih $35 bilion pada 2017 sahaja.
Strategi pelaburannya boleh mengelirukan mereka yang mengkritik dan mengaguminya. Dalam masa itu, Masayoshi Son telah memeranjatkan para pesaingnya dan menyebabkan mereka mempersoalkan; adakah dia tahu apa yang dia lakukan? Ia seolah-olah juri masih di luar sana. Masayoshi bukanlah asing dalam kegagalan. Dia sering mencatat rekod kerana kehilangan wang yang paling banyak selepas pasaran menjunam ‘Dot Com’ pada 2000, kerugian kira-kira $70 bilion dalam dana. Tetapi dia tidak membiarkan krugian besarnya itu menghindarinya daripada mencapai matlamat mutlaknya.
Masayoshi Son | Investing Media Blog
Keluarga MistryOLEH ALICE HOU
Shapoorji Pallonji Group
Nilai Bersih: $14.8B
Negara: India
Pallonji Mistry ialah jutawan India dan hartawan yang amat sederhana di mana dia sekali lagi menduduki tangga teratas dalam senarai Forbes untuk orang terkaya India 2018. Keluarga Mistry mengawal Shapoorji Pallonji Group yang berusia 152 tahun. Syarikat itu mempunyai kepentingan pelbagai dalam pembinaan, hartanah, tekstil, perkakas, dan banyak lagi.
Shapoorji Mistry, anak lelakinya, berhenti sekolah untuk mencuba dalam perniagaan keluarga itu. Dia kemudian memiliki kepentingan minoriti dalam Tata Sons Holdings. Keluarga itu kini memegang 18.4% kepentingan dalam syarikat yang adalah sebahagian Tata Group, sekarang bernilai melebihi $100 bilion.
Pada 2016, berikutan rampasan kuasa lembaga pengarah, Cyrus Mistry, anak lelaki Shapoorji, tiba-tiba digulingkan daripada menjadi pengerusi lembaga. Cyrus terlibat dalam pergelutan undang-undang yang sangat tidak teratur dengan Tata Group. Untuk selama lebih setahun keluarga Mistry terlibat dalam pertikaian umum antara dua keluarga terkenal India, Mistry dan Tata.
Keluarga Mistry | Investing Media Blog
Yang HuiyanOLEH ALICE HOU
Country Garden Holdings
Nilai Bersih: $29.8 B
Negara: China
Yang Huiyan ialah wanita terkaya di Asia, dan satu-satunya orang dalam senarai ini yang berusia di bawah 40 tahun, dia dilahirkan pada 1981. Dia mempunyai nilai bersih kurang sedikit sahaja daripada $30 bilion, yang terus cepat bertambah. Dia memiliki gelaran wanita terkaya China sepanjang enam tahun ini, dan kekal seorang daripada usahawanita paling berjaya di dunia.
Yang seperti jauh dengan media, jadi tidak banyak maklumat mahupun foto yang didapati dalam talian tentangnya. Namun ada beberapa perkara yang kami tahu tentangnya. Yang ialah usahawan China, pemodal teroka, dan pelabur, yang mengawal sebilangan besar pemegang saham Country Garden Holdings. Pada 2007 sebelum IPO, bapanya, pemaju Guangdong, Yang Guoqiang, memindahkan 70% daripada syarikatnya kepada namanya. Dia baru sahaja 25 tahun ketika itu. Adik perempuannya, Yang Ziying, juga merupakan ahli lembaga pengarah syarikat itu.
Country Garden Holdings aktif di 261 bandar di seluruh China, dan lebih 1,000 perbandaran. Hasil syarikat melonjak hampir 50% pada 2017, menggandakan keuntungannya bagi tahun itu. Yang juga ialah ahli lembaga pengarah Bright Scholar Education Holdings, yang merupakan pengendali terbesar sekolah antarabangsa dan dwibahasa untuk tadika hingga gred ke-12 di China
Yang Huiyan | Investing Media Blog
Lee Myung-bakOLEH ALICE HOU
Mantan Presiden Korea Selatan
Nilai Bersih: $23.6 J
Negara: Korea Selatan
Seterusnya dalam senarai kami adalah salah seorang daripada empat mantan presiden Korea Selatan yang dipertuduhkan atas kesalahan rasuah. Lee Myung-bak, yang didakwa menerima berjuta dolar rasuah daripada syarikat-syarikat besar seperti Samsung dan banyak lagi, termasuk National Intelligence Service. Dilaporkan, Lee juga terbabit dalam pengelapan dana daripada DAS, sebuah pembuat bahagian kenderaan.
Awal tahun ini Lee Myung-bak dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara setelah mengaku mengambil sejumlah wang yang tidak didedahkan daripada agensi perisikan negara ketika menyandang jawatannya. Ini menjadikannya sebagai bekas pemimpin terakhir negara itu yang terperangkap dalam kontroversi. namun Lee menolak kebanyakan pertuduhan terhadapnya, tetapi dia menerima beberapa fakta, yang kemudian menyebabkan kejatuhannya.
Lee ialah presiden Korea Selatan dari 2008 hingga 2013, di masa ketika dikatakan bahawa dia menerima rasuah daripada Samsung sebagai memberi keampunan kepada pengerusinya, Lee Kun Hee, yang dipertuduhkan kerana mengelak cukai. Lee enggan menghadiri perbicaraannya sendiri dan menuduh pendakwaraya membalas dendam politik. Walau bagaimanapun, akhirnya, dia didapati bersalah dan didenda 13 bilion won.
Lee Myung-bak | Investing Media Blog
Premchai Karnasuta OLEH ALICE HOU
Italian-Thai Construction
Nilai Bersih: $240J
Negara: Thailand
Kisah Premchai Karnasuta adalah satu kisah kejatuhan kuasa. Hartawan berprofil tinggi yang membina lapangan terbang dan sistem landasan kereta api terbesar Thailand ini kini meraih perhatian atas sebab yang salah. Negara itu kini terperangkap dalam perbahasan berhubung keistimewaan orang-orang kaya dan berkuasa di Thailand, berikutan skandal yang begitu hangat membabitkan Karnasuta. Premchai Karnasuta ditahan pada Februari 2018 kerana memburu spesis nadir dan terancam yang dilindungi di kawasan perhilitan Warisan Dunia di Kanchanaburi, Thailand.
Foto dikeluarkan sejurus selepas itu yang menunjukkan Karnasuta memperagakan koleksi pistolnya kepada renjer taman. Foto-foto ini menjadi tular, dan sejak itu mendominasi berita di Thailand dan di pelusuk dunia. Malangnya, keadaan bertambah buruk selepas orang ramai mendapat tahu Premchai dan pasukan pemburuannya cuba memberi rasuah kepada renjer-renjer taman untuk membebaskannya.
Kini bebas setelah diikat jamin, Karnasuta menghadapi sehingga 12 pertuduhan, yang termasuk pemilikan senjata api tanpa kebenaran, pemburuan haram dan rasuah. Antaranya membawa hukuman maksimum selama 10 tahun penjara jika didapati bersalah. Satu-satunya yang positif daripada keadaan ini adalah bahawasanya ia telah menyebabkan negara itu bercakap tentang keistimewaan dalam usaha menghalang ketidakseimbangan kuasa golongan kaya.
Premchai Karnasuta | Investing Media Blog
Joko WidodoOLEH ALICE HOU
Presiden Indonesia
Nilai Bersih: $349J
Indonesia
Joko Widodo buat masa ini ialah Presiden Indonesia, dipilih pada 2014. Widodo, lebih dikenali sebagai Jodowi, merupakan presiden Indonesia pertama dan satu-satunya yang bukan datang daripada latar belakang tentera. Dia pada asalnya datuk bandar tempat dia menetap, Surakarta, dan kemudian menjadi Gabenor Jakarta, ibu kota Indonesia. Jodowi ialah Presiden yang begitu popular dan memohon untuk dipilih semula dalam pilihanraya 2019 akan datang.
Malangnya, dia berdepan beberapa dakwaan serius apabila kerajaan Indonesia terus digoncangkan dengan skandal rasuah. Pada bulan Mac, terdapat penyiasatan ke atas penipuan berjuta dolar dan tuduhan penggelapan wang terhadap salah seorang ahli politik berprofil tinggi negara itu, Setya Novanto, seorang daripada sekutu politik utama Joko Widodo. Setya Novanto lari dan tidak didengari semenjak itu. Keadaan ini menghantui presiden itu oleh kerana dia telah cuba menghapuskan sistem politik rasuah Indonesia yang sekian lamanya wujud di Indonesia.
Tambahan lagi, Jodowi mendepani cabaran apabila dia cuba mengimbangi permintaan pengundi Islam yang konservatif dan lebih progresif. Dia juga terus-terusan dihujani tuntutan kumpulan hak asasi manusia disebabkan cadangannya untuk menghalang seks sesama jenis dan luar nikah dan keengganannya mengharamkan perkahwinan kanak-kanak. Awal tahun ini, Encik Widodo juga menerima kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana memenjarakan remaja yang memalukannya di Facebook.
Joko Widodo | Investing Media Blog
Robert KuokOLEH ALICE HOU
Kuok Group
Nilai Bersih: $12.9B
Negara: Malaysia
Robert Kuok dikenali sebagai“Raja Gula Asia.” Dia juga merupakan orang terkaya Malaysia. Di dunia, dia berada pada kedudukan kesembilan puluh enam. Dia ialah orang tertua dalam senarai Forbes bagi 100 Orang Terkaya. Kuok memiliki konglomerat pelaburan utama dengan pegangan dalam pelbagai sektor. Kuok Group mempunyai pelaburan dalam komoditi, hartanah, dan hotel. Kehebatan hotel Kuok tercatat dengan baik.
Kuok mengasaskan Hotel Shangri-la di Singapura, yang terkenal di dunia kerana kemewahannya. Anak saudara lelaki Kuok, Khoon Hong, bertanggungjawab ke atas Wilmar International. Wilmar telah menjadikan Khoon Hong sangat kaya. Kuok dikenali kerana menghargai keluarganya. Latar belakang kisah hidupnya agak menarik juga
Kuok bermula sebagai budak suruhan bagi sebuah pejabat di Malaysia. Dia dibantu oleh hakikat bahawa, dengan bekerja di syarikat yang dikawal oleh Jepun di Malaysia, dia bertutur dalam tiga bahasa: China, Jepun, dan Inggeris. Dia kemudian bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat dagangan beras. Dia ialah peminat setia Empayar Jepun, dan memperoleh kepakaran perniagaan yang dia pelajari semasa bekerja untuk mereka dan menggunakannya bagi syarikatnya sendiri. Dia kini bukan hanya Raja Gula Asia. Dia juga mempunyai kepentingan dalam minyak, minyak sawit, dan bijian, memberikan kepelbagaian
Robert Kuok | Investing Media Blog
Keluarga KooOLEH ALICE HOU
LG
Nilai Bersih: $8.7B
Negara: Korea Selatan
Keluarga Koo meraih kekayaan daripada syarikat elektroniknya LG Corp. LG Corp telah memberikan lebih tujuh puluh peratus daripada kekayaan Keluarga Koo. Pemegang saham utama dan pengerusi, Koo Bon-Moo, kehilangan anak lelakinya secara tragik pada 1994. Koo Bon-Moo mengambil anak saudaranya Koo Kwang Moo sebagai anak angkat. Koo Kwang Moo ialah keluarga terdekatnya untuk mewarisi perniagaan itu, yang termasuk pelaburan dalam bahan kimia, fesyen, jentera, dan telekom.
Keluarga Koo juga memiliki CTBC Holdings, sebuah syarikat pelaburan yang kini melalui beberapa drama. Jeffrey Koo, ketua CTBC yang meninggal dunia, telah memindahkan $300 juta bagi pelaburan peribadi ke dalam akaun-akaun bank yang dimiliki anak lelakinya, Jeffrey Jr. Masalahnya adalah, dia menipu tentang pelaburan peribadi itu dan mendakwa ia adalah untuk pelaburan luar negara yang dibuat oleh anak-anak syarikat CTBC.
Pendakwa Raya Taiwan menahan Jeffrey Jr. dan membebaskannya baru-baru ini setelah dia membayar ikat jamin sebanyak $3 juta. Pertuduhan itu termasuk pelanggaran Akta Perbankan dan Sekuriti. Ikat jaminnya berkemungkinan sangat tinggi oleh kerana pendakwa raya berpendapat dia boleh mempunyai risiko meninggalkan negara. Kekayaannya mejadikannya mudah untuk dia menghilangkan diri, jika itulah pilihannya. Apa yang akan berlaku seterusnya dalam skandal ini masih belum pasti.
Keluarga Koo | Investing Media Blog
Shinzo AbeOLEH ALICE HOU
Perdana Menteri Jepun
Nilai Bersih: $41J
Negara: Jepun
Shinzo Abe ialah Perdana Menteri Jepun, dan dia pastinya bukan bebas daripada skandal. Sejak 2012, dia menjadi ketua Parti Demokrat Liberal di Jepun. Setelah meletakkan jawatan pada 2007 daripada menjadi Perdana Menteri, dia mengambil keputusan untuk kembali ke bidang politik. Dia menang dalam pilihanraya 2014 dan 2017. Pandangannya tentang sejarah Jepun adalah agak samar.
Dia menafikan bahawa Jepun memaksa wanita Korea Selatan dan Jepun menjadi “pemuas nafsu’ semasa Perang Dunia II, selepas Jepun mengebom A.S. Shinzo Abe mencetuskan terma ekonominya sendiri, Abenomics, berikutan “pendekatan serampang tiga mata” yang dibuatnya, merangkumi pertumbuhan, surplus, dan pembaharuan. Abe kini menghadapi isu skandal berkaitan sekolah. Isterinya mempunyai pertalian dengan sekolah awam yang boleh membeli tanah daripada kerajaan Jepun pada kadar rendah. Abe sedang disiasat untuk ini.
Menteri cukainya meletak jawatan, dan kakitangan biro kewangan wilayah di kawasan sekolah itu ditemui mati. Polis sedang menyiasat kematian itu sebagai bunuh diri, namun ia mungkin berubah jika didapati terdapat perbuatan khianat di sebaliknya. Kementerian Abe tidak mahu memberi sebarang komen tentang skandal sekolah tersebut. Penyiasatan sedang diselesaikan oleh orang-orang Abe sendiri, jadi sama ada ia akan membabitkan Abe, adalah agak tidak berkemungkinan. Menyiasat diri sendiri biasanya membawa kepada rumusan yang positif.
Shinzo Abe | Investing Media Blog
Kim Jung-juOLEH ALICE HOU
Nexon (NXC)
Nilai Bersih: $5.5B
Negara: Korea Selatan
Kim Jung-ju mengasaskan syarikat Korea Selatan, Nexon, yang mengkhususkan dalam permainan dalam talian. Jung-ju juga merupakan pengerusi syarikat induk Nexon, NXC. Jung-ju tentunya bukan bebas daripada skandal. Dia menghadapi pertuduhan rasuah oleh pendakwa raya Korea Selatan. Pertuduhan itu berpunca daripada “derma” Jung-ju kepada seorang pendakwa raya. Pendakwa tersebut ialah rakannya dari kolej.
Dia bebas daripada tuduhan itu setelah didapati tidak bersalah. Selepas kejadian itu, syarikatnya terus berkembang. NXC membuat penglibatan dalam matawang crypto Nexin. Ia kini mempunyai 83% saham dalam Korbit, yang merupakan bursa crypto bertempat di Seoul. Kim Jung-ju juga sangat dermawan. Dia menyumbang berjuta dolar kepada pertubuhan kanak-kanak. Dia juga berikrar bahawa anak-anaknya tidak akan mewarisi syarikatnya.
Nexon kini adalah syarikat permainan terbesar Korea Selatan, dengan sekurang-kurangnya 350 juta pengguna di lebih 72 negara. Nexon melancarkan permainan dalam talian pertama di dunia, Baram e Nara (The Kingdom of the Wind), pada 1994, dan kemudian mengeluarkan hit seperti Maple Story, Mabinogi, dan Cart Rider. Nexon bernilai 56.7 bilion yen. Nexon juga membuka Muzium Komputer Nexon. Muzium ini mempunyai hampir sepuluh ribu permainan arked, perisian, komputer, dan permainan video. Permainan ini dianggap artifak sejarah, dan Nexon menyimpannya sebagai peringatan betapa teknologi telah berkembang.
Kim Jung-ju | Investing Media Blog
Eka Tjipta WidjajaOLEH ALICE HOU
Minyak Sawit
Nilai Bersih: $8.6B
Indonesia
Eka Tjipta Widjaja berhijrah dari China ke Indonesia. Dia bermula kecil dengan menjual biskut. Namun, dari situ, laluan keusahawanannya melonjak. Dia mengasaskan Sinar Mas. Sinar Mas adalah syarikat pegangan dengan kepentingan dalam sektor-sektor seperti kewangan, perniagaan tani, telekom, dan kertas. Sinar Mas juga menyertai Cespa untuk menubuhkan loji oleokimia di Pulau Riaudi Indonesia.
Anak-anak lelaki Eka juga berjaya, di mana seorang daripada mereka mengendalikan konglomerat minyak sawit. Sebagai rakyat Indonesia ketiga terkaya, Widjaja telah bersara dengan selesa. Dia membeli rumah agam di Beverly Hills. Penjualnya? Donald Trump. Syarikat-syarikat Widjaja tidak bebas daripada scandalnya sendiri. Anak syarikat Sinar Mas, Asia Pulp & Paper, terbabit dalam kegagalan membayar hutang korporat yang besar di Asia.
AP&P berhutang hampir empat belas bilion dolar. Ia berhenti membayar bil-bilnya, dan, dalam sebuah pasaran membangun, ia mempunyai kesan yang besar. Kegagalan AP&P dalam membayar hutang menjadi sebagai yang terbesar dalam sejarah. Bukan itu sahaja, AP&P juga terbabit dalam pembalakan haram. Pembalakan itu dibuat di China dan Kemboja. AP&P juga memusnahkan hutan hujan purba dan lebih daripada 200 kilometer persegi hutan nasional di Bukit Tigapuluh. Bukanlah satu rekod A+ bagi pencinta alam sekitar, Widjaja telah membuktikan bahawa dia bagus dalam poligami dan teruk dengan ekosistem.
Eka Tjipta Widjaja | Investing Media Blog
Anthoni SalimOLEH ALICE HOU
Salim Group
Nilai Bersih: $5.3B
Negara: Indonesia
Anthoni Salim ialah satu lagi figura kontroversi dalam senarai ini. Insan terkemuka Indonesia ini memiliki Salim Group dan Indofood. Sektor-sektor yang mana Salim telah meraih keuntungan adalah makanan, perbankan, dan telekom. Salim meletakkan perniagaannya semuanya dalam keluargannya. Salim Group memiliki sekitar 20 bilion dolar A.S. dalam modal, menjadikannya sebuah konglomerat yang sangat, sangat kaya. Salim dan syarikatnya berjaya mengatasi rusuhan berbahaya Indonesia yang melanda seluruh syarikat itu.
Salim membincangkan, dalam sebuah wawancara, melihat api dan rusuhan dari jendela pejabatnya di tingkat sembilan belas, tidak pasti jika dia juga akan menerima kemusnahan itu. Tetapi Salim Group telah berjaya. Namun Salim Group tidak bebas daripada ancaman. Salim kini dituduh menggunakan perniagaan bayangan untuk melakukan pembasmian hutan bagi tujuan mendapatkan minyak sawit. Syarikat itu memusnahkan sepenuhnya kawasan tanah gambut Borneo, antara banyak lagi tanah simpan penting lain.
Hampir 10,000 hektar hutan dan tanah dibinasakan oleh Salim Group. Walaupun Salim Group bukan satu-satunya syarikat yang terbabit dalam jenayah ekologi ini, ia pastinya satu yang besar. Syarikat itu dikesan oleh sebuah laporan daripada pemerhati, Aidenvironment. Pembasmian hutan tersebut mempunyai akibatnya. Citigroup, bank yang banyak menyokong Salim, menghentikan pertaliannya dengan syarikat itu setelah mengetahui tentang laporan tersebut. Bank-bank lain dituduh bersubahat. Sama ada lebih banyak lagi yang akan menamatkan jalinan akan terjawab kelak.
Anthoni Salim | Investing Media Blog
Chairul TanjungOLEH ALICE HOU
CT Corp.
Nilai Bersih: $3.4B
Indonesia
Chairul Tanjung bermula dari bawah. Walaupun keluarganya pada asalnya kaya, mereka menanggung hutang dan terpaksa menjual hampir kesemua harta. Mereka berpindah ke sebuah apartmen kecil. Tanjung membuka sebuah kedai kecil dengan dua orang rakan yang menjual kemeja-T dan barang-barang kecil lain. Syarikat itu berkembang, menjual barangan perubatan dan peralatan makmal. Daripada situ, Chairul Tanjung terus maju dan berkembang dalam perniagaan dunia.
CT Corp milik Chairul Tanjung mengeluarkan kad kredit, mengendalikan pasar raya besar, dan stesen-stesen TV. Tanjung bukan hanya terlibat dalam industri-industri ini. Syarikatnya, Trans Retail mengendalikan kedai barang runcit di bawah jenama Transmart dan Carrefour. Usaha niaga restorannya termasuk Wendy’s. Jenama runcit itu mempunyai kepentingan dalam industri fesyen mewah, memiliki francais dalam Versace, Mango, dan Jimmy Choo.
Ia juga terlibat dalam insurans hayat, menjual 49% kepentingan dalam pelaburan insuransnya kepada Prudential, syarikat insurans Amerika Syarikat. CT Corp mempertaruhkan pada fakta bahawa banyak syarikat insurans di Amerika melaporkan kemungkinan peningkatan dalam pembelian insurans hayat. CT Corp juga mempelbagai, melalui usaha niaga Perancis untuk membuka hotel pada bulan November tahun lalu. 30 hotel telah dibuka di Indonesia. Syarikat Chairul Tanjung adalah takrifan kepelbagaian.
Chairul Tanjung | Investing Media Blog
Jho LowOLEH ALICE HOU
1MDB
Nilai Bersih: $1B
Negara: Malaysia
Jho Low telah dinyatakan dalam lingkung penjelasan yang tidak baik oleh pihak media. Nama penuhnya adalah Low Taek Jho. Dia kini dikehendaki oleh polis Malaysia bagi skandal yang berkait dengan syarikatnya, 1MDB. Skandal 1MDB telah menjadi satu skandal politik. Ramai pegawai atasan dalam syarikat itu (dituduh) menyalurkan berjuta-juta dolar ke akaun pecibadinya. Setelah mencuri daripada syarikat mereka sendiri, terdapat gesaan hebat daripada rakyat Malaysia untuk mendakwa korupsi tersebut.
Rakyat Malaysia menggesa peletakan jawatan tokoh-tokoh politik yang terbabit dalam skandal itu. Jho Low dituduh atas kesalahan pengubahan wang haram. Dia didakwa mengubah secara haram lebih $4 bilion. Bukan hanya rakyat Malaysia yang terlibat dalam skandal Jho Low. Ahli perniagaan Saudi dan UAE juga mempunyai peranan dalam korupsi ini. Kekayaan Jho, sebahagiannya, datang daripada pembayaran daripada dana syarikat Malaysia, 1MDB.
Kerajaan A.S. menuduhnya mengambil amanah budi bicara daripada wang syarikat untuk keuntungan peribadi. Dia bukan hanya berada dalam situasi ini kerana alasan perniagaan, dia juga menunjukkan bahawa dia seorang pembeli yang kabur. Pembeliannya dalam hartanah mewah, karya seni, syarikat, dan badan-badan amal juga telah disiasat. Akhbar-akhbar tabloid di New York menggelarnya sebagai “budak parti tabloid.”
Jho Low | Investing Media Blog
Ananda KrishnanOLEH ALICE HOU
Maxis/ Astro Malaysia Holdings / Bumi Armada
Nilai Bersih: $7.1B
Negara: Malaysia
Ananda Krishnan ialah lulusan Harvard Business School. Dia pernah menjadi pedagang minyak. Ia menguntungkannya, dan kini dia ialah orang ketiga terkaya di Malaysia. Krishnan mengembangkan pelaburannya. Dia mempunyai pelaburan dalam Maxis, sebuah syarikat telekomunikasi, Astro, sebuah syarikat media, dan Bumi Armada, yang memberi perkhidmatan kepada lapangan minyak. Walau bagaimanapun, laluan Ananda menuju kekayaan telah berdepan cabaran baru-baru ini. Dia mengalami masalah dengan Aircel, syarikat telekomunikasi India, dan Reliance Communications.
Kedua-dua syarikat ini sepatutnya bergabung, dan terdapat masalah dengan penggabungan itu. Aircel mempunyai banyak hutang belum langsai. Ini menjadi satu skandal besar. Pendakwa raya India memfailkan tuduhan terhadapnya dan berdozen yang lain atas pembayaran tidak sah dari segi undang-undang. Krishnan bukan hanya menghadapi isu dengan Aircel dan Reliance, dia juga terbabit dalam perbicaraan undang-undang yang besar. Ia adalah dengan seorang jutawan Indonesia berhubung usaha niaga yang tidak berjaya.
Semua ini berlaku berikutan penahanan sebelumnya di New Delhi pada 2016 atas kesalahan pengubahan wang haram. Tuduhan bagi korupsi telah membekukan Krishman untuk seketika. Dan apabila undang-undang menimpanya, ia berakhir dengan semua orang di sekelilingnya terpalit. Pertuduhan baru-baru ini memberkas lapan belas orang. Kes Krishman mempunyai tarikh akhir selama enam bulan. Penyiasatan ke atasnya mempunyai waktu setengah tahun untuk diselesaikan.
Ananda Krishnan | Investing Media Blog
Lim Kok ThayOLEH ALICE HOU
Genting Casino
Nilai Bersih: $3.9B
Negara: Malaysia
Lim Kok Thay mempengerusikan Genting Group. Genting adalah konglomerat riadah dan hiburan dengan perniagaan di seluruh dunia. Kok Thay juga mempunyai pelaburan dalam permainan, minyak sawit, bioteknologi, dan minyak dan gas. Setelah mendapat pendidikan dari University of London dan Harvard Business School, Kok Thay mengembangkan Genting lebih besar lagi. Begitu juga dengan kerjayanya. Dia menjadi pengerusi cawangan-cawangan Genting di negara-negara lain.
Genting dikaitkan dengan banyak nama terkenal. Jenama riadah seperti Crockfords, Awana, Resort World, dan Maxims datang daripada syarikat itu. Genting juga mempunyai perkongsian dalam pembinaan Hard Rock Hotel di Amerika, Universal Studios, Synthetic Genomes, dan Premium Outlets. Kok Thay juga terlibat dalam kapal persiaran. Genting mengambil alih Star Cruises Limited. Genting menjadikannya yang ketiga terbesar di dunia, dengan lapan belas buah kapal.
Projek terkininya adalah Lim’s Empire Resorts Inc. Lim’s membuka Resorts World Catskills untuk $1.2 bilion. Projek itu mengandungi hotel, kompleks hiburan, dan kasino. Ia adalah kasino terbesar di New York. Ia mempunyai lebih daripada 2,150 slot dan 150 permainan meja. Drama yang melibatkan keluarga Kok Thay telah menjadi berita muka hadapan. Terdapat persengketaan berhubung aset keluarga itu, terutamanya pelaburan minyak sawit. Berita tempatan terus melaporkan tentangnya sehingga kini.
Lim Kok Thay | Investing Media Blog
Dhanin ChearavanontOLEH ALICE HOU
Charoen Pokphand Group Company Ltd.
Nilai Bersih: $14.4B
Negara: Thailand
Dilahirkan pada 1939, Dhanin Chearavanont hanyalah sebahagian daripada keluarga Chearavanont yang sangat kaya. Pada tahun 2017, keluarga Chearavanont diletakkan pada tempat keempat senarai keluarga terkaya di Asia. Ini adalah satu kejayaan, memandangkan begitu ramainya jutawan Asia yang ada. Nilai bersih keluarga ini adalah $36.6 bilion. Dhanin mempengerusikan Charoen Pokphand (CP) Group.
Keluarga ini boleh dikatakan bermula daripada bawah. Bapa Dhanin dan bapa saudaranya mengembara dari China ke Bangkok untuk menjual benih dan bahan kimia. Perniagaan tersebut berkembang daripada situ, dan menjadi sebuah konglomerat besar yang bercambah di seluruh Asia. Apabila China membuka negaranya untuk syarikat asing, CP Group berada pada masanya. CP Group menjadi rakan niaga yang diutamakan bagi jenama A.S. seperti Wal-Mart, Tesco, dan Honda.
Dhanin tidak memiliki CP Group seorang diri. Dia dan tiga adiik-beradik lelakinya, Sumet, Jaran, dan Montri, memiliki syarikat itu. Keluarga itu juga mempunyai perniagaan dalam insurans, kedai serbaneka, restoran makanan segera, sekolah, motosikal, pasar raya, dan banyak lagi. Keluarga itu juga mempunyai hubungan dengan True Corporation. True Corporation adalah penyedia perkhidmatan Internet di Thailand. Dhanin, yang juga menggunakan nama Chia Kok Min, mempunyai lima anak. Dia masih menetap di Bangkok, Thailand, di mana dia dibesarkan, memilih untuk tidak meninggalkan tempat itu sepertimana bapanya yang meninggalkan China.
Dhanin Chearavanont | Investing Media Blog
Krit RatanarakOLEH ALICE HOU
Bangkok Broadcasting & Television Co.
Nilai Bersih: $2.9B
Negara: Thailand
Krit Ratanarak dilahirkan pada April 1946. Dia ialah salah seorang daripada enam anak. Empat orang adik-beradik perempuannya menetap di luar Bangkok, Thailand, tetapi ibunya memilih untuk terus kekal di negara itu. Ratanarak dan keluarganya dikenali sebagai orang yang sangat peribadi. Sebuah penerbitan malah merujukkan mereka kepada “perahsia.” Sikap begini nyata memanfaatkan. Keluarga itu adalah salah satu keluarga terkaya di Asia. Mereka dianggap sebagai “pewaris harta.” Kekayaan tersebut tentunya sejak daripada beberapa generasi sebelum ini.
Mudah untuk melihat dari mana Ratanarak mendapat kepintaran perniagaannya. Bapanya memulakan Bank of Ayudhya, yang kini dipanggil Krungsri Bank. Ratanarak juga mengasaskan Siam City Cement dan Bangkok Broadcasting and Television. Selepas bapa Krit meninggal dunia pada 1993, Krit mengambil alih. Krit menjadi pengerusi BBT. Pegangan yang dimiliki oleh keluarganya termasuk media, hartanah, simen, bank, dan tanah.
Projek Krit kini menumpukan kepada kawasan-kawasan berbeza di Thailand yang dia mahu majukan dan ubahkan menjadi pusat membeli belah. Kawasan Rama III di Bangkok menarik perhatian Krit, dan dia berharap untuk mengubahnya kepada tempat kosmopolitan. Krit juga terlibat dalam politik. Pada udianya 35 tahun, dia berkhidmat selama empat penggal sebagai senator paling muda dalam sejarah Thailand. Selepas penggal tersebut, yang mana dia berkhidmat pada 1980-an, dia mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh masa krepada perniagaan.
Krit Ratanarak | Investing Media Blog
Cecil Chao Sze-TsungOLEH ALICE HOU
Cheuk Nang Holdings, Ltd.
Nilai Bersih: $2B
Negara: China
Cecil Chao Sze-Tsung boleh dikatakan seorang yang menarik. Jutawan China ini memiliki Cheuk Nang Holdings, Ltd. yang merupakan syarikat pembangunan dalam linkungan saiz pertengahan. Permodalan pasarannya adalah $390 juta, manakala Sze-Tsung sendiri mempunyai harta peribadi sebanyak $2 bilion. Satu lagi fakta aneh tentang Sze-Tsung adalah bahawa dia terkenal kerana membuat dakwaan umum tentang kehidupan peribadinya, iaitu dia telah meniduri lebih sepuluh ribu wanita sepanjang hayatnya.
Dia juga dikenali kerana kempen umumnya untuk mencari suami buat Gigi, anak perempuannya yang lesbian. Dia menawarkan $180 juta kepada sesiapa yang akan menikahinya, sesuatu yang Gigi tidak hargai. Gigi menulis surat terbuka kepada bapanya di mana dia menyatakan bahawa dia bahagia dengan cara hidupnya. Gigi sebenarnya mengahwini pasangannya baru-baru ini setelah keluar bersama selama beberapa tahun.
Chao Sze-Tsung mempunyai dua orang anak lagi. Kesemua tiga anaknya mempunyai ibu yang berlainan. Hartawan berusia 82 tahun ini mendapat pendidikan dari Durham University, di Amerika Syarikat. Selain melabur, dia telah bekerja dalam banyak bidang berbeza. Ze-Tsung berpengalaman dalam hartanah, pelaburan, pertanian, dan kewangan. Tumpuan Chao yang terkini adalah kepada perumahan mampu milik. Dia mendakwa bahawa kerajaan perlu membangunkan lebih banyak tanah untuk perumahan.
Cecil Chao Sze-Tsung | Investing Media Blog
Meng WanzhouOLEH ALICE HOU
Huawei
Nilai Bersih: $3.4B
Negara: China
Meng Wanzhou berkhidmat sebagai pengerusi dan Ketua Pegawai Kewangan Huawei. Huawei adalah syarikat persendirian terbesar di China. Bapa Wanzhou, Ren Zhengfei, mengasaskan Huawei, menjadikan Meng sebagai pewaris kepada syarikat itu dan hartanya. Meng juga dikenali sebagai “Cathy” atau “Sabrina” Wanzhou. Meng memulakan kerjayanya sebagai penyambut tetamu sebelum dinaikkan pangkat ke jabatan kewangan Huawei. Dia berada pada kedudukan keduabelas dalam senarai Forbes bagi usahawanita terkemuka di China.
Malangnya, baru-baru ini Meng muncul di muka hadapan ahbar-akhbar, bukan kerana pencapaiannya. Buat masa ini, Meng terperangkap dalam perang dagangan besar, dan dia tidak muncul sebagai pemenang. Ini adalah versi ringkas tentang apa yang berlaku. A.S. mengenakan sekatan terhadap Iran. Sebahagian sekatan itu adalah larangan dagangan dengan Iran.
Huawei dan syarikat-syarikat lain harus akur dengan larangan dagangan ini. Meng mengambil keputusan untuk mengabaikan larangan tersebut dengan melakukan penipuan. Dia menubuhkan sebuah anak syarikat bayangan. Dia membuat anak syarikat itu menjalankan perniagaan dengan Iran, tetapi hakikatnya, Huawei adalah syarikat yang berurusan dengan Iran. Polis Kanada menahan Meng ketika dia di lapangan terbang Vancouver. Meng berkemungkinan akan diserah balik ke A.S. untuk menghadapi tuduhan rasmi.
Meng Wanzhou | Investing Media Blog
Aloke LohiaOLEH ALICE HOU
Indorama Ventures PCL
Nilai Bersih: $2.8B
Negara: Thailand
Aloki Lohia dilahirkan pada 1958 di Bangkok, Thailand, walaupun dia kini mempunyai kerakyatan India. Dia mengasaskan dan ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Indorama Ventures, PCL. Lohia mendapat pendidikan dari University of New Delhi pada 1978. Dari situ, Lohia merupakan pengarah Indorama Synthetics di Indonesia. Ia adalah setelah dia berada di situ apabila dia menubuhkan syarikatnya sendiri. Lohia juga, kemudiannya, menerima ijazah dari Harvard University dalam Pendidikan Eksekutif.
Walaupun Lohia mempunyai kerakyatan India, dia menetap di Thailand. Indorama bermula sebagai sebuah syarikat kimia. Lohia menukarkan bak tungkul jagung kepada furfural, sejenis alkohol. Indorama juga kemudian mengerjakan kain bulu biri-biri, menjadi syarikat yang pertama seumpamanya di Thailand. Indorama kemudian menceburi perniagaan polietilena. Ketiga-tiga usaha niaga ini pada awalnya adalah syarikat berasingan, tetapi Aloke Lohia akhirnya menggabungkannya.
Pada 2010, Indorama Ventures, PCL disenaraikan di Bursa Saham Thai. Hasil syarikat itu mencapai jumlah sebanyak $7.5 bilion menjelang akhir 2014. Lohia mempunyai tiga orang anak. Isterinya, Suchitra, juga lulusan dari Delhi dan Harvard. Dia ialah naib pengerusi Indorama dan menguruskan bahagian pembungkusan syarikat itu. Dia juga menjaga beberapa anak syarikat Indorama.
Aloke Lohia | Investing Media Blog
Li ShufuOLEH ALICE HOU
Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd.
Nilai Bersih: $2.6B
Negara: China
Li Shufu ialah pengerusi kumpulan Zheijang Geely. Dia juga pengerusi Volvo, sebuah syarikat kereta popular. Dilahirkan di bandar Taizhou China pada 1963, Li Shufu masih muda apabila dia mengasaskan Geely Automobile pada 1986. Ahli perniagaan berusi 23 tahun ini telah menjadi pengerusi bagi syarikat yang akhirnya menjadi syarikat kenderaan kedua terbesar di China. Shufu masih tinggal di China, menetap di Hangzhou. Nilai bersihnya adalah lebih dua bilion dolar, dan nilai bersih syarikatnya adalah lebih empat belas bilion dolar.
Untuk tempoh masa singkat, Li got terlibat dalam blola sepak. Syarikatnya menaja Chin’Sa Jia B-Team untuk Guangzhou pada 2001. Tetapi kemudian terdapat kontroversi berhubung kemungkinan penipuan perlawanan sebelum ia bermula dan penipuan lain, jadi Li meninggalkan syarikat. Dia mendakwa dia mungkin akan kembali menaja pasukan bola sepak jika persekitaran permainan China tidak bertambah baik.
Li Shufu juga baru-baru ini mengesali tentang kekurangan teknologi bebas. Dia bersama-sama dengan Aerospace & Industrial Corp. untuk menumpukan kepada membangunkan teknologi baharu. Projek terbaharunya adalah kereta api laju supersonik yang akan menggunakan teknologi canggih. Li mendakwa motivasi pelaburan baharu ini adalah kekurangan kebergantungan. Dia tidak mahu bergantung kepada teknologi orang lain. Sebaliknya, dia mahu China mempunyai lebih kebebasan.
Li Shufu | Investing Media Blog
Supaluck UmpujhOLEH ALICE HOU
The Mall Group
Net Worth: $2B
Country: Thailand
Supaluck Umpujh’s name is pretty much synonymous with fashion in Thailand. Her father, Supachai Umpujh, founded The Mall Group. The Mall Group is the second-largest retail chain in Thailand. The Umpujh family owns a 65% share of the company, which has a revenue of nearly $2 billion. The Mall Group owes its staggering wealth to its popular locations, such as The Emporium, Siam Paragon Mall, and EmQuartier.
Supaluck is also very highly-educated. She received her education from Purdue University, achieving a Masters in Science. Her undergraduate degree comes from Mahidol University. This degree is in pharmacy. Supaluck Umpujh is the thirty-seventh richest person in Thailand. As the chairwoman of The Mall Group, she makes a lot of the decisions as to the Group’s direction.
Supaluck announced that The Mall Group is going to focus heavily on marketing in 2019. More than two billion baht is allocated in 2019 to advertising and marketing. Supaluck stated that she wanted to boost sales by at least sixty billion baht. Any underperforming malls also would undergo renovation come next year. The company is definitely making some major changes in the fashion industry in 2019.
Supaluck Umpujh | Investing Media Blog
Maret, PT PAL Luncurkan Kapal Selam Rakitan Anak Bangsa
Kompas.com - 26/02/2019, 06:39 WIB
Prajurit TNI AL berusaha menambatkan tali KRI Nagapasa-403 setibanya di Dermaga Kapal Selam Koarmatim, Ujung, Surabaya, Jawa Timur, Senin (28/8). KRI Nagapasa-403 merupakan kapal selam diesel elektrik type 209/1400 pesanan pertama Indonesia kepada Korsel dan menjadi kapal selam ketiga yang dimiliki TNI AL. ANTARA FOTO/Zabur Karuru/aww/17.(ANTARA FOTO/ZABUR KARURU)
SURABAYA, KOMPAS.com — PT PAL Indonesia bakal meluncurkan kapal selam yang dirakit di dalam negeri pada Maret 2019.
"Alhamdulillah saat ini sudah kami siapkan proses dan prosedur protokoler untuk melakukan peluncuran kapal selam tersebut dan kemungkinan Maret 2019 akan kami luncurkan," kata Direktur Utama PT PAL Indonesia Budiman Saleh di Surabaya, Jawa Timur, Senin (25/2/2019).
Kapal selam tersebut adalah pesanan ketiga TNI AL yang dipercayakan pembuatannya kepada PT PAL Indonesia sebagai perusahaan galangan badan usaha milik negara ( BUMN).
Dua kapal selam sebelumnya telah lebih dahulu diserahterimakan dengan dibuat gabungan PT PAL Indonesia bekerja sama dengan perusahaan galangan di Korea Selatan.
Baca juga: Kejar Pendapatan, PT PAL Fokus Garap Kapal Perang
Untuk kapal selam yang akan diluncurkan, perakitannya dilakukan secara mandiri oleh anak bangsa di galangan PT PAL Indonesia yang berlokasi di kawasan Tanjung Perak, Surabaya, setelah mendapat transfer teknologi dari Korea Selatan.
Kepala Humas PT PAL Indonesia Bayu Witjaksono mengatakan, tiga kapal selam yang dipesan oleh TNI AL itu merupakan program pertama dari transfer teknologi antara PT PAL Indonesia dan Korea Selatan.
Kapal selam pertama yang bernama KRI Nagapasa-403 telah diresmikan secara langsung oleh Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu pada 2 Agustus 2017 dan saat ini telah memperkuat armada RI. Kapal selam kedua KRI Ardadedali 404 juga telah diresmikan di Galangan Daewoo, Korea.
https://ekonomi.kompas.com/read/2019/02/26/063900226/maret-pt-pal-luncurkan-kapal-selam-rakitan-anak-bangsa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2019/02/daripada-perdana-menteri-kepada-pemilik.html