Dari Teluk Intan Sampai Ke Pulau Pangkor Menjejaki Alam Semulajadi Dan Tinggalan Sejarah


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha selalu juga pergi jalan-jalan ke negeri Perak Darul Ridzuan ini, biasanya selalu sampai ke ibu negeri sahaja iaitu Ipoh. Rupanya di Perak ni banyak lagi tempat menarik dan juga keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara. Sebelum ni tak tahu tapi bila dah jejak kaki kat sini baru lah tahu banyak yang boleh kita banggakan dengan tanah air kita sendiri

Maha sebenarnya pergi bersama dengan Tourism Malaysia Wilayah Utara dan juga rakan-rakan media dan blogger lain baru-baru ini. Walaupun masa yang singkat tapi banyak ilmu dan juga pengetahuan yang boleh Maha kongsikan di sini. Daripada Teluk Intan sampai ke Pulau Pangkor kami dibawa menjelajah mengenali lebih dalam tentang dua lokasi ini. Jom Maha kongsikan beberapa tempat menarik yang korang boleh kunjungi bila sampai ke sana

Memerhati Burung Dan Menangkap Jenggo Di Sungai Perak
Sebenarnya Sungai Perak sepanjang 400 meter adalah sungai kedua terpanjang di semenanjung Malaysia. Kalau korang nak menerokai sepanjang sungai ini terdapat perkhidmatan River Cruise yang disediakan untuk penumpang dan juga kaki pancing. Korang boleh menyertai Jelajah Persisir Sungai Perak yang bermula di jeti bot penambang Pokok Asam, Teluk Intan.


 

Sepanjang perjalanan itu korang boleh melihat banyak perusahaan kapal dan juga boat oleh orang tempatan. Kat sini kebanyakan penduduk kampung adalah nelayan. Selain itu ada juga pelbagai aktiviti orang kampung iaitu seperti menangkap Jenggo. Tahu apa tu Jenggo? Ia adalah sejenis hidupan sungai dalam kategori udang atau lebih dikenali sebagai udang galah yang banyak terdapat di sungai ini. Kalau korang datang untuk memancing udang di sini pun mereka sediakan pakej yang menarik buat kaki pancing. Sebab itu Teluk Intan popular dengan udang galah. 


 

Kemudian perjalanan di teruskan lagi sehingga ke Pulau Bangau di mana ia adalah habitat burung ini yang masih terjaga. Di sini terdapat ratusan burung bangau dari pelbagai saiz ada dan pengunjung boleh mengambil gambar serta memberi burung makan. Kalau korang datang pada bulan Mei korang dapat melihat ratusan telur-telur burung bangau ini menetas. Ternyata ianya keunikan yang tiada di tempat lain. 
Menara Condong Teluk Intan
Tak sah kalau sampai ke Teluk Intan ini korang tak datang ke satu bangunan yang menjadi monumen sejarah di sini sejak tahun 1885 dan berusia lebih daripada 100 tahun. Inilah dia mercu tanda Teluk Intan iaitu Menara Condong. Dulu pada mula pembinaannya ia adalah menara tangki air untuk menampung air bagi penduduk sekitarnya. Kini ia menjadi menara jam untuk pelancong datang bergambar dan juga mengenali menara ini





Tak tinggi sangat pun menara ini lebih kurang 85 kaki setinggi bangunan tiga tingkat dan mempunyai 110 buah anak tangga. Ramai pelancong suka datang sini kerana ia menjadi menara condong kedua selepas Menara Pisa di Itali. Kalau korang datang pada waktu siang boleh lihat keindahan bangunan yang masih utuh dan juga berkesempatan naik sehingga ke bahagian kunci jam



Tapi menara ini menjadi lebih tumpuan orang ramai apabila tiba malam menjelang kerana seluruh menara ini diterangi dengan cahaya lampu. Ada masa cahaya berwarna warni menerangi seluruh menara ini tapi masa Maha datang ia bagaikan bangunan keemasan kerana cahaya lampu kuning yang meneranginya. 
Ladang Moccis 
Kat Teluk Intan ini juga ada satu perusahaan ladang yang mana ia diusahakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad. Ladang Moccis ini menyediakan banyak kemudahan seperti Homestay yang berpatutan dan juga ada mini zoo di dalamnya. Korang boleh buat aktiviti menarik kalau datang sini dengan menaiki ATV yang disediakan. Di tengah ladang ini mempunyai tasik yang luas menjadi landskap kepada keindahan semulajadi di sini






Korang mesti kena pergi mini zoo yang ada di sini kerana ia menempatkan pelbagai spisis haiwan seperti Kucing Hutan, Rusa, Burung, Kambing Biri-biri, Itik dan juga Arnab. Homestay dalam kawasan ini dikenali sebagai Changkat Jong yang mengadap tasik. Korang boleh buat pelbagai aktiviti di tasik ini seperti berkayak dan memancing

Jeti Marina Island Pulau Pangkor
Selepas habis sahaja aktiviti di Teluk Intan kami terus pergi ke Jeti Marina Island untuk terus penjelajahan ke Pulau Pangkor pula. Jeti ini telah banyak perubahan dan sangat selesa untuk pelancong atau pengunjung ke Pulau Pangkor. Kat sini disediakan feri setiap 15 minit untuk pengunjung ke Pulau Pangkor Bebas Cukai menjelang tahun 2020 nanti. Makin ramai lah orang akan ke sana untuk mendapatkan pelbagai barang yang murahkan.






Kampung Penyu (Pusat Konservasi Penyu)
Pulau Pangkor juga ada pusat dimana mereka membiakkan penyu untuk mengekalkan ekosistem di sini. Dikenali sebagai Kampung Penyu di sini dibiakkan penyu spesies Agar dan Lipas. Pulau ini menjadi lokasi pendaratan penyu yang popular dan kini makin terancam dan usaha pemulihan dan pemeliharaan giat di jalankan di sini. Sini korang dapat kenali dan juga berinteraksi dengan penyu yang ada dan juga mengetahui bagaimana proses pemeliharaan khazanah paling berharga di pulau ini. 





Bayaran yang dikenakan untuk masuk ker pusar konservasi ini hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Di sini sarang telur penyu disediakan dan akan dibiar sehingga telur menetas dan anak penyu berusia 1 bulan baru dilepaskan ke luat dalam untuk habitat sebenar. Usaha ini sangat penting dalam mengekalkan Pulau Pangkor sebagai destinasi pendaratan penyu dan tidak akan pupus kerana ancaman daripada manusia. 
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Ini juga adalah lambang kemegahan Islam di sini dengan terbinanya sebuah masjid terapung yang digelar Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid ini bukan saja menjadi tempat beribadat, masjid terapung di Kampung Teluk Gedong ini juga menjadi salah satu lokasi kunjungan wajib pelancong dalam dan luar negara. Ia mula dibina pada 7 Mac 2014 dan siap Oktober 2017 menggunakan unsur kesenian beridentitikan Perak dalam setiap hiasan dengan keluasan 1708.8 meter







Bila korang masuk ke dalam masjid ini terdapat begitu banyak ukiran kaligrafi ayat suci Al Quran di dinding masjid ini. Sebab itu ia digelar Masjid Seribu Selawat. Didalam masjid ini juga terdapatnya ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri Perak

Kota Belanda Pangkor
Ini pun satu lagi tinggalan sejarah yang korang wajib pergi bila sampai ke Pulau Pangkor, iaitu Kota Belanda. Ia adalah merupakan monument peninggalan zaman pemerintahan Belanda di Tanah Melayu pada tahun 1670. Kalau korang tengok ia tidak lah besar mana kerana bangunan ini adalah tempat Belanda menyimpan hasil biji timah yang diperolehi di Negeri Perak pada satu masa dahulu.





Sekarang ia diwartakan sebagai tapak bersejarah dan menjadi tumpuan pelancong yang datang ker Pangkor ini untuk bergambar kenang-kenagan. Orang kampung di situ juga ada bercerita bahawa terdapatkan Batu Bersurat Belanda yang dipahat oleh askar Belanda sebagai tanda mereka pernah berada di situ pada masa dahulu.

Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Pak Su
Sebelum pulang dari bercuti korang mesti nak mencari ole-ole istimewa Pangkor untuk dibawa pulang bersamakan. Satu tempat yang korang boleh dapat semua produk perikanan adalah di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Pak Su. Ini kerana Pangkor bergitu terkenal dengan produk dan hasil laut jadi kat sini memang semuanya ada.




Di antara produk laut yang popular di sini adalah Ikan Bilis Mata Biru, Sate Ikan dan Sotong Kering Bergula. Semua dihasilkan produk dihasilkan di sini daripada bahan mentah dengan menjaga kualiti dan juga memastikan ia adalah produk yang Halal. Jadi korang kena beli semua ini untuk di bawa pulang dan dihadiahkan kepada keluarga atau juga kawan-kawan.




So habis perjalanan Maha bersama kawan-kawan ke Teluk Intan dan juga Pulau Pangkor. Sebenarnya banyak lagi lokasi yang menarik kat sana mungkin tak sempat nak pergi semua sekali. Apa pun Maha nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Utara kerana menjemput Maha untuk sertai FAM Trip kali ini. Moga lepas ni banyak lagi tempat dapat Maha pergi di negara sendiri untuk di ketengahkan kepada pembaca semua ok. Selamat bercuti dan meriahkan Visit Malaysia 2020 yang akan tiba tak lama lagi.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/12/dari-teluk-intan-sampai-ke-pulau-pangkor-menjejaki-alam-semulajadi-tinggalan-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Bebas Cukai Pulau Pangkor Bermula Hari Ini

Status Bebas Cukai Pulau Pangkor Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 423 hits
IPOH Pulau Pangkor destinasi pelancongan terkemuka di Perak dan di Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi Pulau Bebas Cukai berkuat kuasa hari ini Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Perak Tan Kar Hing berkata stat...
Pulau Pangkor Pulau Bebas Cukai Tahun 2020

Pulau Pangkor Pulau Bebas Cukai Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 515 hits
Pulau Pangkor Bakal Menjadi Pulau Bebas Cukai Menjelang 2020 Jom Shopping Bermula 1 Januari 2020 ini akan menerima status pulau bebas cukai seperti Langkawi Pulau Pangkor Pulau Bebas Cukai Tahun 2020 Bebas Cukai Kenyataan ini disampaikan ol...
Pulau Pangkor Ada Agenda Halus Dap Dr Najihatussalehah

Pulau Pangkor Ada Agenda Halus Dap Dr Najihatussalehah

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 263 hits
IPOH Kerajaan Negeri Perak diterajui PH hari ini jelas dan ternyata telah ketandusan idea yang bernas hingga mengemukakan cadangan mahu menjadikan jualan arak antara item bebas cukai di Pulau Pangkor Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussal...
Jalan Jalan Pulau Pangkor

Jalan Jalan Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 638 hits
Entry ni duk dalam draft Akak terlupa nak publish Punya la lama nak up entry ni Kejadian masa raya Haji hari tu Mmg semua dah plan lama sangat utk trip ni So kita serahkan pada Umi utk uruskan Lagi pun Mama mmg teringin nak ke Pulau Pangkor...
Mp Dap Salur Rm640 000 Bangunkan Kampung Tradisi Melayu Parlimen Teluk Intan

Mp Dap Salur Rm640 000 Bangunkan Kampung Tradisi Melayu Parlimen Teluk Intan

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 326 hits
Pada 30 Disember 2019Gambar Bersama dengan Keadilan Teluk Intan Woo Kah Leong telah mewakili Nga Kor Ming untuk menjayakan program kembali ke sekolah di Kampung Padang Tembak Kenyataan Media Setiausaha Sulit Timbalan Yang di Pertua Dewan Ra...
Sejarah Asal Usul Pulau Borneo

Sejarah Asal Usul Pulau Borneo

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 989 hits
Borneo pulau ketiga terbesar di dunia dikongsi oleh tiga negara iaitu Brunei Malaysia dan Indonesia terkenal dengan hutan tropikanya yang sangat luas dan tebal salah satu hutan hujan tertua di dunia Kira kira 73 daripada pulau Borneo adalah...
Malam Minggu Di Menara Condong Teluk Intan

Malam Minggu Di Menara Condong Teluk Intan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 1262 hits
Bila balik kampung jer berderetlah kisah kat Teluk Intan terbit di sini kan Seronok sebenarnya nak berkongsi dengan pembaca semua aktiviti kami balik kampung sekali sekala ni Setiap orang yang punyai kampung halaman pasti ada yang istimewa ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization