Dari Romantik Ke Thriller 8 K Drama Ini Bakal Temui Penonton Pada Disember Nanti


Bulan baru K-Drama baru!

ARTIKEL BERKAITAN Respon Positif Dari Penonton, Ini 20 K-Drama Raih Rating Tertinggi Sepanjang Zaman Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 8 drama Korea menarik yang bakal ditayangkan pada Disember 2023 ini.
Sweet Home 2
“Sweet Home 2” memaparkan kisah dunia yang lebih meluas serta aksi mendebarkan yang dibawa oleh pelbagai jenis watak. Segalanya bermula di mana, penduduk yang berjaya keluar dari rumah hijau terpaksa menghadapi cabaran baru serta hidup di dalam ketakutan di sebuah stadium yang dikhaskan untuk membanteras kemunculan raksasa.
Daripada musim pertama, penonton pasti tertanya-tanya mengenai siapa raksasa sebenar, macam mana rupa raksasa yang bakal muncul dan adakah mereka berjaya mengawal dunia. Tambahan pula dengan beberapa pelakon baru yang akan turut sertai musim kedua ini antaranya adalah Oh Jung-se, Kim Moo-yul, Yu Oh-seong dan Jin-young.
Tarikh tayangan: 1 Disember 2023, Netflix
Welcome To Samdalri 
Dalam komedi romantik ini, Ji Chang-wook dan Shin Hae-sun memainkan watak kawan zaman kanak-kanak yang membesar bersama di daerah Samdalri di Pulau Jeju. Selepas berpisah dan berjauhan, mereka bersatu semula di kampung halaman dan memulakan percintaan. Drama ini sangat sesuai untuk korang yang suka dengan kisah cinta romantik tetapi mempunyai plot bikin sakit hati dan manis.
Tarikh tayangan: 2 Disember, Netflix
Night Has Come
Dalam filem ngeri seram “Night Has Come”, sekolah menengah menjadi mimpi ngeri sebenar bagi kelas pelajar yang tidak bernasib baik. Lawatan lapangan bertukar menjadi permainan maut mafia yang memaksa mereka bekerjasama untuk terus hidup. Ianya dilakonkan oleh pelakon hebat seperti  Lee Jae-in, Kim Woo-seok, Choi Ye-bin, Cha Woo-min, Ahn Ji-ho dan Jeong So-ri.
Tarikh tayangan: 4 Disember, Viki
Soundtrack 2

Drama ini bakal menemui penonton dengan peneraju baharu iaitu Keum Sae-rok dan Noh Sang-hyun. Ia juga akan memaparkan kisah percintaan baharu daripada “Soundtrack 1”. Selepas percintaan kolej mereka berakhir kerana kesukaran kehidupan sebagai siswazah, mereka bersatu semula bertahun-tahun kemudian.
Tarikh tayangan: 6 Disember, Disney+ Hotstar
Maestra: Strings of Truth

K-Drama misteri ini diilhamkan oleh siri TV Perancis “Philharmonia”. Pelakon Lee Young-ae melakonkan watak konduktor rahsia yang mencari kebenaran di sebalik peristiwa misteri yang mengelilingi pasukan orkestranya.
Tarikh tayangan: 9 Disember, TVN
Death’s Game
Drama ini merupakan adaptasi daripada Webtoon yang diterajui oleh Seo In-guk dan Park So-dam. Kisah “Death’s Game” bermula apabila selepas tujuh tahun gagal mendapatkan pekerjaan, seorang lelaki bertindak membunuh diri untuk menamatkan penderitaannya. Sebaliknya, dia bertemu dengan ‘kematian’ serta diberi hukuman mati dua belas kali lagi untuk mengelakkan pergi ke ‘neraka’.
Tarikh tayangan: 15 Disember, TVING
Like Flower In Sand
“Like Flower In Sand” mengisahkan tentang Kim Baek-doo (Jang Dong-yoon) bertemu rakan zaman kanak-kanaknya Oh Yoo-kkung (Lee Joo-myoung) dan semenjak itu mempunyai titik perubahan dalam kehidupan. Mereka berdua telahh membesar bersama-sama di Geosan County. Menggunakan latar belakang gusti tradisional Korea (ssireum) di Geosan, “Like Flowers in Sand” mendokumentasikan perjuangan orang dewasa yang cuba mencari diri mereka sendiri.
Tarikh tayangan: 20 Disember, ENA
Gyeongseong Creature
Dilakonkan oleh pelakon popular, Han So-hee dan Park Seo-joon, “Gyeongseong Creature” akhirnya akan ditayangkan pada Disember ini. Dalam drama sejarah misterius, ia memaparkan kisah orang hilang yang membawa dua orang dewasa ke dalam realiti yang mengganggu kehidupan seharian mereka.
Tarikh tayangan: 22 Disember, Netflix
Haa drama mana yang korang paling teruja nak tonton?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Dari Romantik Ke Thriller, 8 K-Drama Ini Bakal Temui Penonton Pada Disember Nanti first appeared on KimchiDaily.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/dari-romantik-ke-thriller-8-k-drama-ini-bakal-temui-penonton-pada-disember-nanti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Kau Ada Nyanyian Serra Kamal Bakal Berkumandang Dalam Drama Alice Kampung Baru

Bila Kau Ada Nyanyian Serra Kamal Bakal Berkumandang Dalam Drama Alice Kampung Baru

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPenyanyi dan pelakon berbakat Serra Kamal kini dengan lagu terbaharu iaitu Bila Kau Ada Lagu berentak modern ini akan menjadi lagu runut bagi drama Alice Kampung Baru yang bakal ditayangkan di TV3 tidak la...
Jokowi Bakal Temui Joe Biden Pertegas Posisi Indonesia Soal Gaza

Jokowi Bakal Temui Joe Biden Pertegas Posisi Indonesia Soal Gaza

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 86 hits
Jokowi juga akan menyampaikan hasil pertemuan KTT OKI kepada Presiden Joe Biden
Respon Positif Dari Penonton Ini 20 K Drama Raih Rating Tertinggi Sepanjang Zaman

Respon Positif Dari Penonton Ini 20 K Drama Raih Rating Tertinggi Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 175 hits
K Drama punyai pelbagai jalan cerita yang menarik ARTIKEL BERKAITAN Kali ini Kimchidaily nak kongsikan top 20 K Drama yang meraih rating tertinggi sepanjang zaman mengikut Nielsen Korea The World Of The Married Reborn Rich Sky Castle Crash ...
Tanda Ovulasi Berjaya Disenyawakan Bakal Ibu Ayah Wajib Tahu

Tanda Ovulasi Berjaya Disenyawakan Bakal Ibu Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 292 hits
Bagi pasangan yang baru berkahwin pasti ramai yang menantikan kelahiran anak pertama Namun tidak ramai yang tahu tanda ovulasi berjaya disenyawakan Tambahan pula simptomnya agak mirip dengan premenstrual syndrome Jadi adalah penting untuk b...
Gibran Bakal Nonton Piala Dunia Di Stadion Manahan

Gibran Bakal Nonton Piala Dunia Di Stadion Manahan

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 89 hits
Gibran mengaku akan menyaksikan pertandingan pertama Mali melawan Uzbekistan
Tujuh Juta Bakal Derita Diabetes Pada 2025

Tujuh Juta Bakal Derita Diabetes Pada 2025

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 95 hits
Hmetro Kuala Lumpur Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan menghidap penyakit diabetes menjelang 2025 kata Pakar Perunding Endokrinologi dari ...
Bersatu Zahari Kechik Azizi Abu Naim Bakal Berdepan Tindakan Undang Undang

Bersatu Zahari Kechik Azizi Abu Naim Bakal Berdepan Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 239 hits
HARAPAN DAILY Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik dan MP Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim bakal berdepan tindakan undang undang ekoran tindakan mereka menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menurut ketua penerangan Bersatu Datuk Raza...
Perlu Hasil Dividen Yang Lebih Baik Dari Bank Alliance

If Anwar Is Bad Najib Was Worse

Biodata Alif Syukri Usahawan Berjaya Dan Terkenal Di Malaysia

Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap

Bekas Datuk Bandar Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih Rm1 Juta

Politics Should Not Be Game Of Winners And Losers

Lights Camera Action Attending The Lisbon Motorcycle Film Festival

Hazamacho House By Tatsuya Kawamoto Associates In Japan



10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah 2024 Yang Ramai Tak Tahu Gandingan Pelakon Erysha Emyra MK K Clique Siaran TV3 Malaysia Tonton

5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat


Kata Hikmah Islamik Tentang Kehidupan

Lagi M Sia Negara Rasuah Penyelesaian Pas

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Koleksi Contoh Pantun Dan Ucapan Hari Bapa Yang Tercinta

Tengku Zafrul Defends Blackrock S Involvement In Mahb

Bestnya Ada Set Kerusi Rotan Macam Ni Sesuai Untuk Lepak Minum Petang