Dari Nilai Ke Ikea Damansara
Hari ini Master bawa Tedi dan Mommy ke IKEA Damansara.
Sebabnya Mommy nak beli apa pun tak tahulah
IKEA Damansara adalah salah sebuah tempat yang Master tak berapa gemar nak pergi
Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta di sana kerana ramai sangat manusia. Selain itu susunan tempat letak kereta di sana amat menyeksakan kerana terlalu banyak lorong
Penyelia parking di sana pula hanya tahu meniup wisel, tapi tak mahu bantu tunjukkan di mana kawasan yang kosong
Kami pergi ke sana melalui ELITE dan NKVE dari Nilai. Tol pun mencecah lebih RM 10 (sepuluh ringgit). Keluar di Kota Damansara dan sesat di dalam sana kerana tiada papan tanda. Kami berjaya mencecah IKEA pun hanya setelah menuruti papan tanda ke Penchala Link di mana jalan ke Penchala Link adalah bersebelahan IKEA
Sampai sahaja di IKEA, ada satu lagi masalah, nak makan apa?
Master orang kampung jadi dia tak berapa minat dengan kegilaan orang bandar terhadap bebola daging IKEA. Kalau setakat tak minat tu ok lagi, tapi Master was-was dengan IKEA. Dulu pernah Master paksa makan Chicken Wing, tapi dia rasa macam nak muntah. Jadi kali ni Master buat pilihan selamat iaitu Nasi Lemak namun tak nampak kelibat makanan itu di sana. Akhirnya mereka makan di kedai mamak yang selalunya jadi pilihan terakhir Master (kerana dia memang tak yakin dengan kedai mamak)
Itulah perangai Master, namun apakah mungkin perangai dia ni akan berubah apabila kerja di tempat baru nanti? Semoga semuanya sesuai dengan citarasa namun selalunya akan berubah dengan suasana
Tiada apa di IKEA, sama macam biasa, namun benda yang sama itulah dilihat dan dipegang. Tak sedikit manusia yang bergambar berlatarbelakangkan perabot di sana, membuatkan Tedi kemusykilan. Gamaknya mereka nak update blog mereka atau Facebook mereka dengan gambar-gambar tersebut
Dari jam 12 tengahari sehingga jam 6.30 petang, kami akhirnya bergerak pulang.
Namun sekali lagi kami sesat dalam Kota Damansara ketika mencari jalan ke NKVE. Kami dapat masuk ke NKVE hanya apabila Master buat pusingan U untuk masuk ke LDP, tapi tengok-tengok kami dah masuk ke NKVE. Gila apa papan tanda di Malaysia ni
Kami singgah di RNR Dengkil untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya'
Apabila kami sampai di rumah, jiran Master ajak dia jenguk surau. Ketika itu dah jam 10 malam. Mommy pula goreng ayam untuk makan malam. Hidangan malam ini adalah ayam goreng cicah budu disertai kacang botol sebagai ulam. Nyam nyam
Sekarang Tedi dan Master melayan Cardiff City melawan Manchester United, sambil Tedi tolong Master cuci komputer riba beliau yang akan diserahkan kembali kepada syarikatnya kini
25 November 2013
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/11/dari-nilai-ke-ikea-damansara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29