Kami bertolak dari rumah Perlis pada hari Ahad kira-kira pukul 11.50 pagi. Agak lewat sebab sibuk mengemas itu ini sebelum nak meninggalkan rumah dengan jarak jauh dan tempoh masa lama. Dari rumah Perlis kami ke Alor Setar, Kedah. Tak sangka pulak bandar Alor Setar sangat sesak, lebih 1 jam kami berada dalam kesesakan jalan sebelum tiba ke tempat tujuan
Tempat tujuan kami - Kompleks Pekan Rabu. Kami ke sini untuk mengambil kuih kapit isi coklat dan ‘peanut butter’ yang sudah ditempah awal melalui WhatsApp. Sambil tu kami beli juga makanan lain seperti kuih ros dan serunding daging. Semuanya untuk diberi kepada keluarga di Johor, jiran terdekat di rumah NS dan untuk rumah kami di Perlis. Peniaga tanya, “Nak berniaga ke?”. Banyak sangat memborong sampai orang sangka kami nak berniaga 😄
Balik kampung kali ini, kami bergerak di lebuh raya bersama keluarga adik ipar (adik Encik Suami yang juga menetap di Perlis) secara tak sengaja 😁. Mulanya kami ‘bertemu’ di Sungai Petani, kemudian saling bertukar posisi - kadang kenderaan kami di depan dan kadang kenderaan mereka pula memotong kami. Kemudian kami sama-sama berhenti untuk berbuka puasa di R&R Ulu Bernam, juga tanpa dirancang
Tol percuma mulai pukul 12.01 tengah malam, Isnin 8 April 2024. Alang-alang kami sampai rumah NS menghampiri waktu tengah malam, kami berhenti di hentian bagi menunggu detik tengah malam sebelum keluar di tol Nilai. Dapatlah penjimatan kira-kira RM51. Balik Johor pada hari Selasa, sekali lagi kami dapat penjimatan kira-kira RM25. Alhamdulillah! Bersyukur sebab perjalanan dari utara ke selatan sangat lancar dan dapat pulak tol percuma 🤗
Meriah acara berbuka puasa kami pada hari terakhir Ramadan, Alhamdulillah dapat berkumpul 5 buah keluarga daripada 9 buah keluarga. Jarang kami dapat berkumpul ramai-ramai begini|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |