Tren tiba tepat pada masa - 7.40 pagi. Ini pengalaman kedua saya menaiki ETS, yang pertama dulu tahun 2011. Dah lama sangat
Kami ambil koc E, dengan kerusi ‘mengundur’. Apa boleh buat, lambat beli tiket inilah kesannya. Semua kerusi untuk duduk berdua arah selatan dah habis. Dalam setiap koc, sebahagian kerusi menghadap utara dan sebahagian menghadap selatan. Kena beli awal supaya boleh memilih
Disebabkan kami keluar awal pagi dan tiada jualan makanan pagi di stesen tadi, terpaksa jugaklah beli makanan dalam keretapi. Perut masing-masing lapar. Suami pergi sendiri ke Bistro Counter di koc C dan membeli dua pek Nasi Lemak. Harganya memang mahal...Rm17 untuk dua pek ni 🤑. Walaupun namanya Nasi Lemak, tapi sambal nasi lemak tak disertakan. Cuma semata nasi dan lauk pilihan. Rasanya? Oklah, sedap jugak
Lalu jambatan pejalan kaki, berenti jap ambil gambar ni. Entah apa motif
Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan rangkaian pengangkutan utama ke TBS. Dilarang menjaja dan mengemis di sini. Tapi masih ada penjaja dan pengemis (seorang wanita dan dua anak). Teringat beberapa tahun lalu, ada aktiviti mengemis menggunakan seorang budak berkepala besar. Sedih dan kesian sangat saya tengok budak tu, memang ramai yang memberi derma. Entah apa nasibnya sekarang, harapnya tak lagi jadi mangsa sindiket mengemis|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |