Dapur Fiezasani Percubaan Buat Resipi Serunding Ikan


First time weiii buat serunding ikan. Proses dia nak kata senang tak juga, susah pun tak juga..Sedang-sedang gitu. Yang pasti lenguh tangan nak mengacau bahan dalam kuali untuk bagi sampai kering..hehe..Macam biasa, idea dari mr hubby yang suruh buat serunding ikan ni. Mula-mula mr hubby tanya k.fiezz okey tak buat serunding ikan?Nak buat stok untuk bulan puasa..Sebab kita ni  bila bulan puasa, time sahur tak berapa nak lalu makan berat-berat..Ada serunding ikan ni, senang sikit..Agak tak lalu nak makan lauk, makan nasi dengan serunding pun layan..
K.fiezz ni macam 'errrr..' serius ar suruh buat..Tak pernah buat serunding ikan ni. Biasa beli dah siap je...Mr hubby cakap tak cuba tak tahu katanya..Yalah yalah..meh lah kita cuba buat serunding ikan. Resipi serunding ikan?Macam biasa, google je..hehe..Risau juga tau sebab takut tak jadi & tong sampah yang kenyang..hehe..Tapi macam mr hubby cakap, tak cuba tak tahu...
RESIPI SERUNDING IKANSecara jujurnya bahan-bahan untuk buat serunding ikan ni, tak susah..Semua yang memang dah ada kat dapur atau kalau tak ada, kita boleh pi cari kat kedai/pasar.
Bahan-Bahan :-

2kg atau lebih ikan selayang/sardin (k.fiezz guna ikan sardin - 1.5kg)3 biji bawang merah besar (kisar)1 inci halia (kisar)3 ulas bawang putih (kisar)3 sudu besar cili kering yang dah siap di kisar (ikut resipi asal 15 tangkai cili kering tapi k.fiezz ni jenis cili kisar dah siap blend buat stok). Jadi anggaran k.fiezz guna 3 sudu besar untuk buat serunding ikan ni. Tgk lah pada kuantiti ikan. Kalau banyak, lebihkan lagi.1 - 2 sudu besar serbuk cili (tambahan. tak ada dalam resipi asal). 1/2 kg pati santan/santan pekat (k.fiezz beli santan kat pasar. 1 plastik yang saiz besar & 1 plastik saiz kecil).3 keping asam gelugur1 keping gula melaka (k.fiezz guna gula nise Kelantan)

Hasilnya selepas beberapa jam..Jenuh weiii mengacau nak jadi macam ni..Nasib lah mak, abah k.fiezz ada sekali masa buat ni..Jadi gilir-gilir lah mengacau nak bagi sampai kering.


CARA BUAT SERUNDING IKAN
Cuma untuk proses buat serunding ikan ni, part awal penyediaan bahan senang je..Tunggu part masak yang kena gigih sikit..hehe.

1. Bersihkan ikan & basuh bersih. Lepas tu rebus ikan bersama garam & asam keping sampai masak

2. Lepas dah siap masak, toskan sekejap bagi sejuk. Kemudian proses asingkan isi & tulang

3. Selepas selesai asingkan isi & tulang ikan. Ramas atau kisarkan isi ikan hingga halus. Ketepikan sekejap. (K.fiezz kisar isi ikan dengan santan)


Ikan yang dah asingkan isi & tulangnya..Ramas-ramas
4. Bahan kisar (bawang merah, bawang putih & halia) k.fiezz kisarkan bersama santan. Mak mertua k.fiezz bagi tips sebab dia pernah cuba kisar bahan-bahan ni guna air sebab bila nak kisar kan kena letak air, hasilnya serunding ikan mak mertua k.fiezz tak jadi. So maksudnya tak boleh guna air langsung. Jadi untuk kisar bahan-bahan, kitaorang guna santan saja. Lagipun santan nak masuk juga nanti..Jadi kitaorang dah siap-siap kisar dengan santan

5. Dah siap kisar semua bahan, dalam kuali (k.fiezz guna pressure cooker), masukkan semua bahan kisar, asam keping, gula nise kelantan & garam. Masak kejap, masukkan pula isi ikan sardin yang telah di kisar/ramas halus. Masak seketika (guna mode manual) & set dalam 10-30 minit sampai bahan sebati, Masa ni boleh lah try rasa, kalau kurang apa-apa, adjust ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Lepas tu kitaorang tukar & masak guna mode meat sebab masa ni dah start meletup-letup bahan dalam periuk.  Habis terpercik..Jadinya kitaorang masak dalam mode meat untuk 1 jam lebih kurang

**mr hubby & adik k.fiezz tolong kacau masa bahan masih dalam pressure cooker masak guna mode  manual. Lepas dah transfer bahan kat kuali & kena masak kat dapur gas, diaorang tak tolong dah sebab dapur kecil. Tak muat nak masuk..haha...
6. Sebabkan baru first time buat, jadi lepas sejam kitaorang tengok bahan-bahan masih tak kering. Jadi kitaorang tukar mode bake & set dalam 45 minit lagi..Kenapa tukar mode bake sebab biasa kita buat kek, untuk bagi kek kering. Jadi ikut logik, kitaorang guna mode bake sebab yang sama.

7. Selepas cukup 45 minit, bahan masih belum kering sepenuhnya. Jadi masa ni kitaorang transfer bahan ke kuali masak guna dapur gas pula. Anggaran masa lebih kurang 45 minit untuk betul-betul kering. Masa ni guna api sederhana je, jangan terlalu kuat sebab takut hangit. Masa ni lah proses melenguhkan tangan yea..haha..Kena kacau secara berterusan & tak berhenti sampai nampak bahan betul-betul kering. Part ni memang kena tolong menolong dengan ahli keluarga yang lain untuk bergilir-gilir kacau. K.fiezz, mak, abah bergilir kacau sampai kering.. Habis je proses ni, terasa sasa tangan jap..haha..Oo bila dah siap serunding ikan ni, jangan cari asam keping sebab masak guna pressure cooker, memang dia hancur & akan meresap dalam bahan

8. Serunding dah kering biarkan sejuk, lepas tu boleh masukkan dalam bekas/botol

KOMEN AHLI KELUARGA SEDAP KE TIDAK SERUNDING IKAN HOMEMADE NI?
Serius sedap weiii..haha..Tak tipu..Kitaorang buat serunding ikan ni hari Sabtu minggu lepas. Semalam (Isnin) dah habis..haha..So faham-faham lah sendiri kalau macam tu sedap ke idak.. hehe
Bergilir semua makan nasi, bihun letak serunding ikan ni..Berbaloi lah buat sebab semua cakap sedap walaupun k.fiezz sentap kejap dengan mr hubby sebab penat mengacau bahan dalam kuali kat dapur..Lenguh kaki berdiri & tangan mengacau bahan dalam kuali sampai kering..haha
Minggu ni plan nak buat lagi. Mr hubby suruh buat stok untuk bulan puasa minggu depan. Hat yang ni try & error tengok menjadi ke idak. So menjadi, kita ulang buat..Proses mensasakan tangan lagi..haha.

Overall dah buat sendiri serunding ikan ni, baru lah tahu proses nak mengacau dia sampai kering tu yang penat..Patut lah orang jual mahal..haha..Proses nak menyediakan bahan-bahan dia tu, k.fiezz rasa tak renyah cuma part untuk kacau sampai kering tu yang  mencabar..But overall worth it untuk buat kalau korang jenis rajin..Macam k.fiezz ni tak rajin juga benornya tapi mr hubby jenis suka mencuba jadi bini dia ni kena lah rajin secara terpaksa..haha.

KADANG KITA BISING KENAPA BARANG TU MAHAL, BILA DAH BUAT SENDIRI BARU LAH TAHU SEBABNYA...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/03/Dapur-FiezaSani-Percubaan-Buat-Resipi-Serunding-Ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Fiezasani Resipi Sayur Campur Kacang Buncis

Dapur Fiezasani Resipi Sayur Campur Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 224 hits
Jarang sis share resipi sayur ni sebab sejenis jarang masak sayur hehe Nampak benor tak suka makan sayur K fiezz makan je sayur tapi mr hubby tak makan So kalau masak sayur k fiezz je yang makan Jenuh nak perabiskan Kadang membazir je sebab...
Resepi Nasi Goreng Kerabu Serunding Ikan

Resepi Nasi Goreng Kerabu Serunding Ikan

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 295 hits
Nasi kerabu antara menu kesukaan kak ana sekeluarga dan kalau di kediaman kami ni ada 3 pilihan kedai makan nasi kerabu yang paling premium laa nasi kerabu original pantai timur yang kami selalu pii makan Gerai Mee Kuoh Udey di Batu 16 Rawa...
Buat Sendiri Serunding Halia Ikan Bilis Untuk Makan Ketika Berpantang Lebih Murah Sedap

Buat Sendiri Serunding Halia Ikan Bilis Untuk Makan Ketika Berpantang Lebih Murah Sedap

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 418 hits
Serunding halia ikan bilis biasanya menjadi penyedap makanan ketika dalam pantang Lauk pantang agak kosong jadi bila ditambah dengan serunding halia ikan bilis memang boleh membangkitkan selera makan ibu berpantang Selain itu halia juga bol...
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina Ina

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina Ina

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 300 hits
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina InaAssalamualaikum Hi korang Pagini KakYa nak kongsi resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Lama jugak KakYa tak share resipi kat blog Harini berkesempatan untuk berkongsi satu resipi jadi k...
Dapur Fiezasani Resepi Nasi Goreng Ayam Pedas

Dapur Fiezasani Resepi Nasi Goreng Ayam Pedas

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 229 hits
Okies nak share nasi goreng diet yang ke 2 pula Haritu k fiezz ada share nasi goreng diet juga yang ni resipi ke 2 pula dari website sama Kemain sekarang ni masak nasi goreng jenis diet je hehe Suka k fiezz masak nasi goreng diet ni sebab t...
Resipi Lauk Pantang Orang Dulu Dulu Ikan Masak Lemak Lada Hitam Sedap Makan Dengan Nasi

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu Dulu Ikan Masak Lemak Lada Hitam Sedap Makan Dengan Nasi

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 275 hits
Ketika berpantang pengambilan makanan yang berkhasiat bukan hanya penting untuk ibu tetapi bayi juga Apabila si ibu makan menu yang tinggi khasiat susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti Ada sesetengah ulam yang bagus untuk ibu menyusu s...
Resipi Kudapan Bawang Ikan Bilis Waktu Pantang Makan Dengan Nasi Atau Bubur Memang Terangkat

Resipi Kudapan Bawang Ikan Bilis Waktu Pantang Makan Dengan Nasi Atau Bubur Memang Terangkat

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 262 hits
Waktu berpantang sebenarnya dapat bantu ibu turunkan berat badan Dengan pemakanan seimbang dan dimasak secara sihat sedikit sebanyak membantu proses pembakaran lemak Bayi yang disusukan juga akan mendapat khasiat yang cukup tanpa perlu ibu ...
Rasai Keenakan Jemput Sambal Terengganu Padat Inti Ikan

Rasai Keenakan Jemput Sambal Terengganu Padat Inti Ikan

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 212 hits
Jemput jemput atau kuih cekodok lazimnya enak dimakan pada waktu pagi atau ketika minum petang Tetapi jemput sambal Terengganu ini memang unik Ada inti berisi ikan Menggunakan ramuan utama tepung pulut dan isi ikan selayang jemput jemput in...
Ikan Talang Kering

Ikan Talang Kering

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 207 hits
Menjelang aje bulan Puasa ikan Talang Kering menjadi antara lauk pilihan kami Aritu UP ke kedai Soon Cheong Marine di Selayang Kedai itu mempunyai stok segala jenis ikan kering bilis sotong Harga boleh tahan murah So hari pertama berbuka na...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash