Dapatkan Tshirt Dan Keperluan Mencetak Secara Online Dengan Mdtextile Com
Hai semua,
Harini Juju nak share dengan korang satu kedai di alam maya ni yang menjual dan membekal barang-barang keperluan di kedai percetakan baju. Sesuai juga untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia percetakan.
Juju sendiri lepas berlegar-legar dekat kedai ni terasa macam 'Eh! Aku macam nak print sendiri atas tshirt aku ni lah!'. Hah kalau korang yang memang minat dalam bidang percetakan tu memang di sinilah tempatnya yang perlu korang tuju
Website yang Juju maksudkan ialah MD Textile. Dekat sini memang ada segala jenis tshirt yang korang perlukan. Yup, segala jenis. Dari fit sampailah ke muslimah. Bukan tu saja, keperluan untuk mencetak pun ada dijual di sini jugak.
Untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia percetakan pun boleh juga dapatkan keperluan untuk mencetak di sini. Mana tau hobi kecil-kecil korang tu boleh jadi sumber pendapatan utama korang. Ha, Juju cuma bagi korang ruang dan peluang ni. Selebihnya korang kena usahalah sendiri ya
Heat press supply
Screen print supply
Belum cerita lagi pasal tshirt dia pula. Cuba bagitau dekat Juju kedai mana yang ada simpan 20 warna baju dengan 7 saiz yang berbeza bukan sahaja untuk baju lengan pendek, malah lengan panjang, polo dan baby apparel kalau bukan MD Textile.
Pilihan baju pula boleh dikatakan semuanya ada. Namakan je korang nak kain jenama apa. Semuanya ada. Dan yang paling menarik sekali, korang boleh dapatkan baju ini dengan harga serendah RM6.20 sehelai. Tiada minimum order. Kalau korang nak beli sehelai pun masih boleh dapat harga RM6.20 tu. Fuh. Murah betul.
Kalau korang takde skill nak print atas baju pun tak pe. Boleh je beli dan hantar ke kedai printing.
Cara nak beli dekat website ni pun mudah je.
1. Buka web www.mdtextile.com dan sign up. Isi maklumat yang dikehendaki
2. Pilih menu “ Buy Online” dan pilih mana-mana produk yang korang nak beli
3. Klik Add to card, pilih jenis shipping dan jenis payment
4. Buat pembayaran dan tunggu produk sampai ke tangan korang
Review Juju
Juju sendiri dah cuba untuk membeli tshirt dekat website ni. Mudah je cara dia. Kalau korang kaki shopping online memang tak de masalah langsunglah. Pilih je baju mana yang korang berkenan dan bayar.
Macam Juju ni Juju pilih 3 jenis tshirt. Kolar bulat, lengan panjang dan tshirt berkolar. Juju pilih Vivid Supercool Polo, Vivid Supercool Long Sleeve dan Vivid Supercool Round Neck. Dan Juju suka sangat-sangat dengan material dia. 100% polyester. Dan seperti nama dia yang cool ni, baju ni memang tak panas.
Juju belikan sehelai untuk suami yang memang kerja bawah terik matahari, Alhamudillah, dia kata dia selesa sangat dengan baju ni. Dia suruh Juju belikan lagi untuk dia. Korang yang kerja bawah matahari pun boleh cuba guna material jenis macam ni jugak tau. Selesa sangat-sangat. Murah je. Tshirt berkolar tu RM13.90 je sehelai.
Jahitan yang kemas
Label baju
Label baju
Vivid Supercool
100% polyesterWarna purple tu Juju amik yang jenis lengan panjang. Senang nak bawa keluar rumah nanti. Kualiti kain pun sangat-sangat puas hati.
Untuk info lanjut mengenai MD Textile, boleh ke:
Facebook : https://www.facebook.com/mdtextile/Laman web rasmi: www.mdtextile.com
Alamat : MD Textile Sungai Buloh, 2646, Jalan Baru Sungai Buloh,47000 Kampung Baru Sungai Buloh, SelangorTel : 016 227 5389 / 016 970 3549
MD Textile Kelana Jaya, 308, Block A, Glomac Business Center,SS6/3 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, SelangorTel : +603 7880 6628
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kasihjuju.com/2019/04/dapatkan-tshirt-dan-keperluan-mencetak.html