Dapatkan Pemain Bola Kedah Beraya


 
Kapten kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC Akmal Zahir berniaga ikan bakar dan ayam bakar sambil rakan sepasukan Fayyadh Zulkifli bermodalkan nasi tomato, bihun soto dan kek bagi menampung hidup ketika seluruh pasukan tidak menerima gaji selama 11 bulan sejak Liga Malaysia musim 2024-2025 ini bermula.
Dengan sambutan Aidilfitri semakin hampir, kedua-duanya memilih untuk berniaga di bazar Ramadan di Pendang, Kedah kerana belum ada tanda-tanda tunggakan gaji mereka akan dilunaskan dalam masa terdekat.
“Saya hari-hari dok sembang dengan Yad (Fayyadh) waktu ulang-alik ke tempat latihan. Bulan puasa ni latihan waktu malam saja, siang ada kelapangan. Saya cadang kita buatlah apa-apa pada petang, berniaga ka, sekurang-kurangnya ada pendapatan sedikit.
“Yad pun setuju, jadi kami pun teruskanlah. Saya dengan ikan bakar, Yad dengan nasi tomato dan kek. Takat tu la yang kami mampu buat,” cerita Akmal dalam video yang tular di media sosial.
Bukan setakat mereka berdua, malah ada rakan sepasukan yang membuat kerja sampingan sebagai mekanik kereta dan bermacam-macam pekerjaan lain untuk menampung keperluan harian.
Reaksi di TikTok mungkin sama banyaknya antara simpati dan marah. Simpati kerana pemain-pemain bola sepak Kedah tidak dilayani sebagai profesional. Marah pula kerana pihak-pihak yang dirasakan peminat patut membantu sebaliknya mengabaikan tanggungjawab mereka.
Di sebalik sebilangan pemain yang sudah memulaukan latihan dan perlawanan, pemain seperti Akmal dan Fayyadh terus setia memerah keringat untuk pasukan yang kini merudum ke tangga ke-11 liga – ketiga tercorot –dengan berbaki empat perlawanan lagi sebelum musim pertandingan berakhir hujung bulan depan.
“Sedih bila dengar pemain bola sepak kedah tak dapat gaji 10 ke 11 bulan dekat nak setahun (sedangkan) gaji tu hak mereka, tolak tepilah warna baju politik. Sekarang ni cuba kita bayangkan pemain bola sepak ni dia ada anak bini, dekat-dekat raya ni persiapan raya mereka macam mana.
“10 ke 11 bulan ni satu tempoh yang sangat lama dinafikan hak mereka. Ada yang terpaksa masuk ke bazar Ramadan jual nasi dan kuih kerana nak tanggung keluarga. Ini pemain bola sepak yang dulunya gaji mahal, ada jasanya kepada negeri tapi hari ini hak mereka dinafikan,” kata Wan Hadi Hakimi Wan Mohd Nawi.
Ketua Pemuda PKR Pasir Mas itu mengajak warga maya fikirkan apa cara yang boleh sama-sama dibuat untuk membantu mereka menyambut Aidilfitri seperti orang lain termasuk melakukan derma kilat agar kutipan dapat disalurkan terus.
“Bantulah carilah ikhtiar macam mana pun bantulah pemain-pemain bola ni. Aku mohon sangat-sangat kepada rakyat negeri Kedah dan penyokong tegar bola sepak Kedah cari jalan buat sumbangan, buat kutipan derma bantulah mereka.
“Syarikat-syarikat korporat, persatuan, NGO (badan bukan kerajaan) meh la kita pakat-pakat bantu sedikit-sebanyak ringankan beban mereka,” tambahnya.
Peminat tegar pasukan Kedah yang menggunakan akaun Solihin Pak Ang memilih untuk menghamburkan kekecewaannya kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Sanusi Nor yang juga menteri besar Kedah yang didakwanya bersikap lepas tangan terhadap masalah tunggakan gaji KDA FC.
“Depa (pemain-pemain) ada keluarga, ada anak bini, kereta dah kena tarik, rumah kena lelong, balik duduk dengan mentua pun ada. Ada pemain bola terpaksa jadi mekanik kereta, itu bukan kerja depa. Bila tak ada gaji semangat depa pun jatuh. La ni bila pasukan dah jatuh ke bawah, tak kan nak biarkan saja depa.
“Sekarang depa ada masalah kewangan duit tak cukup, pemerintah negeri mengabaikan mereka, macam mana?Alasan hang ini bukan tanggungjawab kerajaan Kedah sebab kita dah swastakan, hang tak ada hati perut ka?Kalau depa menang, hang la yang terpaling tagih kejayaan depa.
“Apabila zaman hang menswastakan bola sepak Kedah, apa salah hang hulurkan sedikit sumbangan dana untuk nak bantu pemain-pemain tu. Tak boleh ka ambik dana yang hang bangga billion-bilion sangat tu ambik sikit pergi bantu depa. Kalau pemain-pemain tu juara, hang bukan main ke depan lagi,” tambahnya.
Dua bekas pemain Kedah, Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtar – masing-masing kini pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan negeri dan Adun Gurun – turut dipersoal peranan dan keprihatinan mereka di sebalik harus lebih mengerti keperitan pemain yang tidak dibayar gaji.
Mujur ada yang prihatin. Tiga NGO — Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) dan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) – bergabung melancarkan Tabung Aidilfitri Pemain Bolasepak Kedah pada Khamis.
Setakat ini kutipan sudah melebihi RM40,000 di samping ada komitmen daripada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil masing-masing sebanyak RM20,000 dan RM10,000.
“Kami NGO Anak-Anak Kedah melihat isu ini sangat serius kerana membabitkan periuk nasi dan kebajikan pemain. Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, kami mengambil inisiatif melancarkan tabung sumbangan Aidilfitri untuk meringankan beban pemain,” kata Pengerusi RADA Romli Ishak.
“Cuba bayangkan setahun tak ada gaji, nak sambut hari raya ada keluarga ada anak ada isteri. Cuba bayang bagaimana keadaan depa.
“Kita harap orang ramai, rakyat Kedah, pihak korporat di dalam dan luar Kedah dan siapa juga yang berasa beban pemain-pemain ini dapat sama-sama memberi terus sumbangan kepada pemain-pemain kita. Sekurang-kurangnya mereka dapat sambut raya dalam keadaan macam orang lain,” kata jurucakap NGO Dr Ismail Salleh.
Pada pertengahan bulan ini, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Sri Pahang FC berkemungkinan besar dibubarkan musim depan selepas beberapa masalah membelenggu kelab itu selain KDA FC mungkin tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super, sebaliknya turun ke Liga A1 Semi-pro.
Namun, perkara itu dinafikan pemilik saham majoriti KDA FC Mohd Daud Bakar yang menyatakan bahawa mereka masih mencari cara untuk kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.
Kemungkinan itu mungkin masih ada masa bagi direalisasikan tetapi untuk waktu terdekat ini, pemain-pemain KDA FC dan keluarga tidak harus dinafikan hak mereka untuk bergembira menyambut raya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/dapatkan-pemain-bola-kedah-beraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beza Nasib Yb Pas Dan Pemain Bola Sepak Kedah Kesian

Beza Nasib Yb Pas Dan Pemain Bola Sepak Kedah Kesian

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 98 hits
yang tular di media sosial Semakan mendapati harga kereta import tersebut melebihi RM270 000 Malah rupa rupanya Sabri Azit 59 juga sudah membeli kereta Toyota Hilux baharu pada 2021 iaitu selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat di Parlimen ...
Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Negara Ditemui Selamat

Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Negara Ditemui Selamat

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 138 hits
KUALA LUMPUR Setelah lebih 12 hari menghilang adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemui selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama Seremban Putra Negeri Sembilan hari ini Ketua Polis Daera...
Jumaat Ramadan Yang Mulia Dapatkan Maklumat Mengenai Surau Al Irsyad Taman Mutiara Naga Kedah

Jumaat Ramadan Yang Mulia Dapatkan Maklumat Mengenai Surau Al Irsyad Taman Mutiara Naga Kedah

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 197 hits
JUMAAT Ramadan mulia ni Dapat info Surau Al Irsyad Tmn Mutiara Naga Kedah mencari 800 orang yang boleh sedekah RM10 untuk dana pembesaran surau mereka Jom sama2 kita bantu Boleh sumbang terus direct kepada mereka The post appeared first on
Kedah Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Alor Merah

Kedah Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Alor Merah

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 154 hits
BernamaMayat lelaki tanpa berpakaian ditemui terapung di Sungai Alor Merah Alor Setar pada Ahad Foto tularALOR SETAR Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Alor Merah dekat sini semalam Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Si...
Youth Remanded 6 Days Over Stabbing Of Varsity Student In Kedah

Youth Remanded 6 Days Over Stabbing Of Varsity Student In Kedah

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 124 hits
Kuala Muda police chief Wan Azharuddin Wan Ismail said the suspect is under police guard in a ward at Sultan Abdul Halim Hospital PETALING JAYA A male student at a higher education institution in Sungai Petani Kedah has been remanded for si...
Kedah Jpj To Fine Express Bus Drivers Who Drop Passengers In Unauthorised Areas

Kedah Jpj To Fine Express Bus Drivers Who Drop Passengers In Unauthorised Areas

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 104 hits
Kedah RTD warns express bus drivers of immediate fines for dropping passengers in unauthorised areas with two violations already detected during the 2025 Hari Raya Aidilfitri Special Operation Bernama picJITRA March 26 The Kedah Road Transp...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai