Dapatkan Nombor Telefon Lama Atau Expired


Artikel cara dapatkan balik nombor telefon lama atau expired ini adalah sambungan dari artikel cara dapatkan nombor yang sudah diterminate. Kali ini artikel bersifat general, selain pengguna Onexox pun boleh rujuk cara ini.
Nombor Disekat (Barred) Untuk semua plan Onexox sama ada Prepaid atau Black, sekiranya telah tamat tempoh (untuk prepaid) atau tidak membayar tunggakan sebulan (untuk Black) nombor anda akan disekat (Barred).
Dalam fasa ini, pengguna masih boleh menerima panggilan dan SMS dari luar. Tetapi tidak dapat membuat sebarang panggilan dan sms keluar. Fungsi data internet juga akan dinyahaktifkan (dihentikan) sementara menunggu pengguna untuk aktifkan semua talian.
Bagi pengguna Prepaid dicadangkan untuk tambah nilai minimum (topup) RM5 dan beli tempoh sah setahun dengan harga RM25.
Bagi pengguna Black, satu-satunya cara untuk aktifkan talian sekiranya nombor disekat adalah dengan membayar penuh jumlah tunggakan.
Nombor ditahan (Blocked) Dalam tempoh 30 hari selepas fasa Barred sekiranya pengguna masih tidak aktifkan talian, nombor akan ditahan (blocked). Dalam fasa ini, pengguna tidak dapat membuat sebarang panggilan keluar dan tidak boleh menerima panggilan dari nombor lain. Data internet juga masih belum boleh digunakan walaupun baki kuota masih ada.
Fasa ini adalah peluang terakhir bagi pengguna untuk aktifkan kembali simkad Onexox anda. Dalam fasa ini tambah nilai dan pembayaran bil masih boleh diterima oleh sistem.
Untuk pengguna prepaid, hanya perlu tambah nilai RM5 dan kemudian beli tempoh sah aktif (validity). Manakala pengguna black hanya perlu melunaskan kesemua tunggakan bil yang tertera di baki akaun.
Nombor ditamatkan (Terminated) Namun sekiranya pengguna masih tidak membuat sebarang tindakan selepas 30 hari nombor ditahan (blocked) maka nombor akan masuk ke fasa penamatan (terminated). Pada fasa ini Onexox menganggap pengguna sudah tidak berminat untuk menggunakan talian telefon terbabit.
Pengguna tidak boleh membuat panggilan, menerima panggilan, menggunakan data dan tidak boleh membuat tambah nilai ataupun bayar bil. Sekiranya pengguna membuat tambah nilai atau bayar bil, bayaran akan ditendang semula.
Namun fasa termination ini, pengguna masih berpeluang untuk mendapatkan kembali nombor yang telah expired ini. Iaitu dengan membuat permohonan melalui email. Contoh email telah saya sediakan dalam artikel Dapatkan semua nombor yang telah diterminate.
Sekiranya anda bernasib baik, nombor itu masih boleh diselamatkan dengan membuat bayaran penalti sebanyak RM50 dan bayaran bil yang tertunggak bagi pengguna Black.
30 Hari Selepas Nombor ditamatkan (terminated) Selepas 30 hari fasa terminated, nombor pengguna akan dihantar ke SKMM untuk proses recycle dan dikembalikan ke telco-telco terbabit di seluruh Malaysia. Sebarang permohonan melalui email untuk mendapatkan semula nombor yang telah diterminate adalah sangat mustahil.
Nombor Penting dah tak boleh guna, Masih ada harapan?
Bila sampai fasa terminated ini, kebanyakan pengguna Onexox dan lain-lain telco memang kecewa. Mereka sanggup bayar (jumlah tertentu) untuk dapat balik nombor telefon mereka itu. Bagi saya, ada 2 cara untuk selesaikan permasalahan ini.
Tunggu sehingga nombor itu diguna semula oleh orang lain setelah melalui fasa recycle oleh SKMM. Mungkin ambil masa 1 tahun atau 2 tahun. Hubungi nombor tu, dan cakap nak beli dari pemilik baru nombor berkenaan.Move on dan beli nombor Onexox yang baru. Kemudian Whatsapp semua kenalan yang simpan nombor anda satu persatu untuk maklumkan anda telah bertukar nombor. Uruskan juga pertukaran nombor untuk urusan-urusan bank dan lain-lain institut yang menggunakan nombor telah expired itu. Kalau nak meratap lama-lama pun memang dah tak guna. Pada saya cara kedua adalah cara yang paling baik dan efektif. Lagi pulak simkad Onexox ni ada tempoh sah yang boleh dibeli untuk dapatkan tempoh sah (validity) yang panjang untuk Prepaid. Ditambah pulak dengan plan UNL35 (50GB data dan 50 minit panggilan) dengan harga RM35, ianya sangat-sangat berbaloi.
Untuk dapatkan sim Onexox Prepaid atau Black, boleh terus beli online atau hubungi saya di O1O6OO9966. Anda pasti berpuashati bila guna Onexox ni.
The post Dapatkan Nombor Telefon Lama atau Expired? appeared first on 2022 Adzril.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://adzril.com/nombor-telefon-lama-atau-expired/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Cinta Atau Propa Michael Ang

Lirik Cinta Atau Propa Michael Ang

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 189 hits
tak perlu cuba buang masa kau curiga tak berubah yang ku anggap benar sebenarnya hanya dusta apa erti cinta panas bila ku dengar nama ku yang kau hangatkan panas bila ku lihat watakmu yang tak berubah apa yang kau mahu buktikan segalanya ku...
Ivan Gunawan Tepis Dakwaan Bela Anak Patung Ada Kaitan Roh Mistik Saya Tak Pelihara Jin Atau Ibli

Ivan Gunawan Tepis Dakwaan Bela Anak Patung Ada Kaitan Roh Mistik Saya Tak Pelihara Jin Atau Ibli

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 170 hits
Ivan Gunawan tepis dakwaan bela anak patung ada kaitan roh mistik Saya tak pelihara jin atau iblis Source https www mstar com my spotlight bintang global 2022 01 06 ivan gunawan tepis dakwaan bela anak patung ada kaitan roh mistik saya tak ...
Kerajaan Ini Faham Ekonomi Atau Tidak

Kerajaan Ini Faham Ekonomi Atau Tidak

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 195 hits
Lihat saja Facebook Lazada Tencent ByteDance Alibaba tergamak tidak hiraukan Malaysia tetapi memilih Singapura lagi menjadi hub serantau bagi pusat strategik dan pusat datanya Hassan turut mempersoalkan apa yang sedang dilakukan oleh Menter...
Anak Umur 2 Tahun Belum Boleh Cakap Tengok Kemahiran Ni Boleh Kuasai Atau Tak

Anak Umur 2 Tahun Belum Boleh Cakap Tengok Kemahiran Ni Boleh Kuasai Atau Tak

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 162 hits
Kebiasaannya bila anak dah mula usia setahun ke atas ramai ibu bapa tak kisah sangat kalau anak lambat bercakap Alasannya biasalah berat mulut Nanti bila anak dah bersedia lancarlah dia bercakap Bukan itu saja ada juga yang mengaitkan janti...
Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 164 hits
Oleh JEMAAH umrah sedang dipakaikan alat penjejak digital selepas sampai dari Arab Saudi JEMAAH yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah dan diwajibkan menjalani kuarantin boleh memilih untuk ditempatkan di pusat kuarantin swasta atau ...
Perlekeh Muda Ini Formula Tua Dan Lapuk Kata Syed Saddiq Apok Atau Tidak Itu Lah Politik

Perlekeh Muda Ini Formula Tua Dan Lapuk Kata Syed Saddiq Apok Atau Tidak Itu Lah Politik

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 170 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 5 2022Susulan tular gambar beberapa ahli yang didakwa dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia berpesta minum bir menggunakan duit crowdfunding Pengasas Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan itu Sy...
Rombakan Jemaah Menteri Hamzah Atau Azmin Mungkin Dilantik Tpm Minggu Depan

Rombakan Jemaah Menteri Hamzah Atau Azmin Mungkin Dilantik Tpm Minggu Depan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 131 hits
Rombakan itu masih dalam proses tawar menawar bagi menentukan siapa dikekalkan digantikan atau digugurkan menurut laporan media PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan rombakan Jemaah Menteri minggu depan termasuk pelantikan ...
Tahun Baru Dilema Yang Sama Yang Manakah Harus Dipilih Antara Emas Atau Saham

Tahun Baru Dilema Yang Sama Yang Manakah Harus Dipilih Antara Emas Atau Saham

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 200 hits
Permulaan tahun baru membawa kerugian kepada logam berharga Pedagang berpaling daripadanya kecewa dengan bagaimana tahun 2021 berakhir di pasaran emas Akibatnya emas merosot sebanyak 3 6 Minggu lepas emas meningkat sebanyak 0 9 yang membawa...
Menakutkan Denda Rm 10 000 Jika Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan

Menakutkan Denda Rm 10 000 Jika Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 166 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius sekiranya ada peniaga makanan menggunakan paku atau dawai kokot sebagai alat pembungkusan makanan yang di jual Pesalah boleh dikenakan denda RM 10 000 Di bawah Peraturan 37 Peraturan Peraturan...
Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Adapting To Consumer Behavior

App Inarah

Aktiviti Majlis Mesra Aidilfitri Tnb Peringkat Korporat Ppim 30 04 2024

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pemimpin Muda

Rukun Bacaan Dalam Solat Jenazah

Marsha Hening Rindu Chord