Dapatkan Kelengkapan Berguna Ini Sebelum Anda Mula Membersih Di Musim Perayaan
Assalamualaikum..
Menjelangnya sambutan Krismas dan Tahun Baru serta perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, pastinya terdapat banyak persediaan yang perlu dilakukan.
Persiapan itu pastinya membuatkan setiap keluarga begitu sibuk untuk menguruskan masa namun selain tenaga kerja, kelengkapan yang sesuai juga penting dalam memastikan ia berjalan lancar seperti diharapkan.
Pemilihan peralatan perlu dilakukan secara bijak kerana ia boleh menjimatkan tenaga dan masa.
Ini adalah empat produk terbaik yang disyorkan daripada jenama kelengkapan rumah paling dipercayai di dunia, WD-40®, dan cara untuk menggunakannya :
Produk Pelbagai Guna WD-40®:
Ia adalah produk WD-40®paling popular serta paling lama yang didatangkan menerusi tin berwarna biru dan kuning. Ia dikenali dengan keberkesanannya untuk menanggalkan minyak, kotoran dan bahan melekit yang degil. Ia juga melindungi logam daripada berkarat dan terhakis termasuk pagar besi, pemanggang barbeku serta pintu pagar.
Pada masa sama, ia berupaya menanggalkan kesan pelekat lama yang ditinggalkan pita pelekat.
Bingung untuk menanggalkan kesan conteng menggunakan krayon pada dinding? Atau mungkin terdapat gula-gula getah yang melekat pada permaidani? Anda tidak perlu risau kerana ia boleh menyelesaikan masalah itu.
Bukan itu sahaja, produk ini mampu membersihkan kotoran degil yang melekat pada mangkuk tandas dengan hanya menyembur dan memberusnya beberapa kali sebelum mengepamnya.
3-DALAM-SATU®Pembersih Profesional Penyaman Udara:
Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menghilangkan minyak, kotoran, kulat dan kotoran yang berada dalam sistem penyaman udara dengan mudah. Hanya keluarkan penapisnya dan bersihkan habuk yang melekat sebelum menyemburnya dengan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penyaman Udara ke arah sistem penyejukan dan biarkan selama beberapa minit untuk ia bertindak. Kemudian anda perlu memasang semula penapis tanpa perlu membilasnya. Nyalakan susi penyaman udara dan biarkan selama 15 minit bagi membolehkan semua kotoran dikeluarkan menerusi tiubnya. *utamakan keselamatan, tutup suis penyaman udara sebelum anda melakukannya.
Pakar Penyahgris Bertindak Pantas WD-40®:
Bahan penyelesaian berasaskan air yang mampu menanggalkan gris degil, minyak, kotoran serta keladak sabun. Pakar penyahgris ini dilengkapi dengan buih yang padu untuk bertindak segera ke atas permukaan ingin dibersihkan. Hanya semburkan bahan ini sebelum lap atau membilasnya hinga bersih. Bagi kotoran lebih tebal, anda perlu membiarkannya selama beberapa saat untuk membolehkannya menembusi lapisan itu sebelum dilap hingga bersih. Ia selamat digunakan terhadap permukaan logam, kaca, plastik, getah dan timah.
Pakar™ Pembersih Cepat KeringWD-40®:
Pembersih bertindak segera yang tidak mengalirkan arus elektrik ini amat sesuai sekiranya anda ingin menanggalkan kesan minyak, kotoran, kotoran pada papan litar serta pemeluwapan daripada peralatan elektronik dan elektrik yang begitu sensitif. Formula yang digunakan mampu menembusi ruang yang sukar dicapai dan kering dengan cepat tanpa meninggalkan apa-apa bahan. Radio dan pemain piring hitam? Pencetak dan mesin fotostat? Produk ini amat sesuai digunakan. Hanya sembur dan biarkan beberapa saat dan siap.
*sentiasa ingat untuk menutup suis produk elektrik dan sejukkan mana-mana permukaan panas terlebih dulu sebelum mula membersih*
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana semua produk ini dapat membantu anda melakukan kerja pembersihansempena musim perayaan ini, boleh ke https://wd40.asia/.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2019/12/dapatkan-kelengkapan-berguna-ini.html