Dapat Projek Kuota Melayu Menyalak Salahkan Dap



Oleh Tamrin Ghaffar
1.   Kali ini saya menggunakan tajuk buku ” I Too am Malay ” atau ” Saya Pun Melayu Juga ” tulisan Zaid Ibrahim , mantan Menteri Kabinet, satu ketika dulu sebagai tajuk penulisan kali ini
2.  Ada 4 ayat dan laungan yang senantiasa bermain di bibir orang Melayu sejak lahirnya UMNO  dan PAS :-
i.   ‘ Tidak Hilang Melayu Di Dunia ‘
ii.  ‘  Hidup Melayu ‘
iii. ‘  Ketuanan  Melayu ‘
iv.  ‘  Takbir – Allahuakhbar ‘
3.  Saya maseh teringat kisah perbualan saya dengan seorang pemandu teksi satu masa dulu yang menyatakan bahawa kesemua 5 orang anak – anaknya kini bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat , England dan di Australia
4.   Apek yang berusia lebih 65 tahun itu memberitahu saya bahawa kesemua anak – anaknya itu belajar hingga berjaya dek kerana hasil penat lelah beliau yang mencari nafkah sebagai pemandu teksi sejak muda lagi
5. Apabila ditanya kenapa tidak memohon biasiswa atau pinjaman pelajaran (ketika itu belum ada PTPTN), beliau tersenyum sambil berkata: ‘saya sudah cuba banyak tempat, tapi semua tatak lulus. Saya bukan Melayu maaa!!!’..Terkedu saya mendengar jawapan Apek yang datang dari hatinya yang berjiwa besar
6.  DEB,  walaupun ada kebaikannya namun dalam masa yang sama ia juga telah melahirkan segelintir Melayu yang menggambil kesempatan ( oportunis) untuk memajukan diri sendiri atas nama Melayu
7. Lebih menjengkilkan, ada saki baki Melayu yang ‘hebat dan berjaya’ tetapi sebenarnya mereka ini telah dipergunakan untuk memajukan diri sendiri di sebalik syarikat – syarikat bukan Melayu selepas melihat peluang yang terbuka atau sengaja dibuka oleh tangan tangan yang berkuasa ketika itu
8.  Mereka ini adalah terdiri daripada bekas pegawai – pegawai tinggi Kerajaan dan pemimpin – pemimpin UMNO yang mempunyai jaringan yang mantap kepada pintu – pintu kuasa yang boleh membuat keputusan yang memihak kepada syarikat bukan Melayu itu
9.  Mereka diberi jawatan samada sebagai Pengarah mahupun Pengerusi syarikat – syarikat bukan milik Melayu
10.  Sesungguhnya mereka ini pada pandangan orang kampung, tak ubah seperti macai / barua yang syok sendiri yang hanya berkhidmat kepada syarikat bukan Melayu. Mereka ini sesuai dilabelkan  sebagai pengkhianat bangsa
11.  Sebenarnya barua – barua  ini lah yang telah menjerut kepentingan ekonomi Melayu sendiri
Tak perlulah saya mendedahkan identiti mereka kerana begitu begini pun mereka ini adalah golongan yang tidak ada maruah dan tidak tahu malu
12.  Pepatah Melayu ada menyebut :
‘ Sudah Gaharu Cendana Pula , Sudah Tahu Bertanya Pula ‘
‘ Sudah Terang Lagi Bersuluh’
‘ Siapa Makan Cili Dia Merasa Pedas’
13. Bagi menutup pekong sendiri, mereka kini menyalak bagaikan anjing gila menyalahkan orang lain khususnya kaum Cina dan DAP kononnya bangsa tersebutlah yang menyebabkan orang Melayu mundur
14. Jangan SALAHKAN orang lain dek kesalahan dan kelemahan kita sendiri
15.   Begitu juga keadaan nya dengan sebahagian besar kontraktor , pengimport – pengimport kereta yang di beri AP , pemaju dan banyak lagi yang bertopengkan Melayu, sedangkan mereka mengAliBabakan  peluang yang diberikan
16.  Mereka yang diberi lesen perniagaan seperti di Kampong Baru ,Datok Keramat dan beberapa tempat lagi di seluruh Negara, biasanya memilih jalan mudah untuk kaya
17.   Sudah 62 tahun kita Merdeka dan berbagai Dasar dan Agensi di perkenalkan bagi membantu kaum Melayu/ Bumiputra, namun prestasi kita makin lama makin merosot jika dibandingkan dengan Bukan Bumiputra
18.  Mereka yang diamanahkan untuk mempimpin, sayangnya telah menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dan kuncu – kuncu
19.  Yang miskin akan jadi lebih miskin dan yang kaya akan terus menambah kekayaan
20.  Bangsa Melayu yang ketinggalan ini kelihatan terkial kial mengais sisa sisa KEK ekonomi yang berbaki akhirnya mengeluh kerana tidak diberi perhatian, jauh sekali diberi pertolongan
21.  Lebih dashyat lagi  usahawan – usahawan Melayu ini di sabotaj malah dicantas oleh kerana  mereka yang berkuasa samada mempunyai sifat dengki semula jadi atau sukar mendapat habuan ( rasuah )
22.  Bagi mereka yang baru menikmati kuasa , mereka hanya  berlagak tetapi kenyataan nya mereka terpinga – pinga seperti ‘ Rusa Masuk Kampung ‘
23.  Sepatutnya, semua pihak samada Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Pegawai – Pegawai Kerajaan senantiasa bertindak membantu usahawan Melayu untuk terus berjaya dan lebih maju lagi
24.  Inilah sikap negatif Menteri dan Pegawai – Pegawai Kerajaan yang diamanakan ketika itu
25.  Adalah diharapkan sikap negatif Menteri – Menteri dan Pegawai – Pegawai itu TIDAK  BERPINDAH ke dalam pentadbitan Kerajaan Pakatan Harapan atau PH
26. Walau bagaimanpun SPRM harus pantas bertindak mencegah penyakit ini agar tidak merebak seperti barah
27. Tempoh 100 hari bagi Lateefa Koya selaku KP SPRM sudahpun berlalu ; beliau perlu bersihkan kerosakan ini dari dalam mahupun yang di luar sana. SPRM  itu sendiri tidak terkecuali dari ancaman perosak ini dan kemungkinan turut ternoda akan dosa dosa perbuatan si durjana
28. Berbagai – bagai  berita dan cakap – cakap yang kita dengar berhubung dengan salah laku beberapa orang pegawai yang sepatutnya tidak berlaku tetapi telah mencemarkan organisasi tersebut
29. Mereka ini adalah ibarat musang yang berbulukan ayam ; pandai berpura – pura dan berlakun tak ubah seperti ‘ Hantu Raya ‘ yang akhirnya akan memakan tuannya sendiri.
‘ Harapkan Pegar , Pegar Makan Padi ‘
30. Cara mereka ini terlalu licik dan halus sehingga sukar dibuktikan ; mereka dibayar dan dibayai  melalui orang – orang tertentu oleh penyamun Tarbus
31.  HENTIKAN  SERTA MERTA  AMALAN  RASUAH  DAN  NEPOTISMA  INI JIKA  MAHU  MELIHAT  BANGSA  MELAYU  TERUS  MAJU
32.   Teguran Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah satu cabaran bagi semua orang Melayu untuk MENGUBAH cara berfikir ke arah yang lebih positif, BUKAN NYA melatah seperti Janda Terpijak Kaca..
33.  Kepada bekas – bekas Menteri , pemimpin – pemimpin UMNO dan Pegawai – Pegawai Kerajaan yang korup, tayangkanlah kekayaan  anda dengan mahligai yang besar dan indah , kereta yang menjalar , bercuti ke Amerika dan England dan mengerjakan UMRAH  setiap tahun – Orang Kampung semua tahu dari mana sumber kekayaan mereka itu, tidak lain dan tidak bukan adalah hasil rasuah dek menjadi macai atau barua ( Pengerusi  atau Pengarah ) syarikat bukan Melayu
34.  ‘ SESAT DI HUJUNG  JALAN,  BALIKLAH KE PANGKAL  JALAN ‘, SEBELUM NASI MENJADI BUBUR..adalah sebaik – baik amalan
35. Ingatlah, bagaimana HARUMNYA NAMA sebahagian Pemimpin dan Pegawai Tinggi Kerajaan terdahulu yang telah pergi, namun perginya mereka dengan maruah yang tinggi dan dijulang namanya sehingga ke hari ini, walaupun perginya tidak meninggalkan harta, kereta mahupun mahligai yang berharga..
36. Bagi mereka yang menggadaikan bangsa, sebenarnya, keluarga dan anak cucu ANDA sedang menikmati kemewahan hasil tinggalan sisi gelap anda yang jelas mencerminkan kecurangan
37. Ingatlah pesanan Tun bahawa TIADA  JALAN MUDAH  dan SINGKAT  untuk meraih kejayaan atau kemewahan melainkan berusaha gigih dan kerja lebih kuat seperti yang dilakukan oleh rakan – rakan kita dari kaum lain
38.  ‘ Yang Bulat Tak kan Datang Bergolek , Yang Pipih Tak kan Datang  Melayang ”
39. ALLAH  SWT  TIDAK  MEROBAH  KEADAAN  SESUATU  KAUM  SEHINGGA  MEREKA   MEROBAH  KEADAAN  YANG  ADA  PADA  DIRI  MEREKA  SENDIRI –  Surah 13 Ar- Ra’d  ,  Ayat 11


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25076

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Persoal Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu

Dap Persoal Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 315 hits
MALAYSIAKINI Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa beberapa universiti awam di negara ini perlu menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan pada Ahad ini Dalam satu kenyataannya Lim menyoal sama ada empat univer...
Orang Melayu Tidak Control Dap Kata Mahathir

Orang Melayu Tidak Control Dap Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 387 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak control DAP sebaliknya kedua dua pihak menjalin kerjasama erat dalam mentadbir negara Beliau berkata demikian merujuk kerjasama PPBM dengan DAP dalam gabungan Pakatan Harapan PH...
Kenapa Melayu Pro Dap Tak Sokong Bmf

Kenapa Melayu Pro Dap Tak Sokong Bmf

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 545 hits
Kenyataan sengal Guan Eng heret politik dalam isu kepenggunaanKEMPEN Dahulukan Membeli Produk Muslim telah dimangsai oleh pandangan sesat yang diarusperdanakan oleh pemimpin politik Cina dan Melayu dalam kerajaan Tujuan murni kempen ini sen...
Bukti Ph Itu Barua Dap Terbukti Di Tg Piai Bila Ph Letak Calon Melayu Dari Bersatu

Bukti Ph Itu Barua Dap Terbukti Di Tg Piai Bila Ph Letak Calon Melayu Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 612 hits
Sebelum ni puak lebai dan umno mendendangkan lagu melayu islam melayu islam penyatuan ummah beli barangan islam dulu bla bla bla kemudian mereka tuduh PH ni barua Dap dan PH ni dikawal oleh Dap Tiba2 Allah uji dengan PRK Tg Piai Irama melay...
Kongres Maruah Melayu Hanya Retorik Hakikatnya Tidak Pernah Bela Melayu Berhentilah Jadi Alat Dap

Kongres Maruah Melayu Hanya Retorik Hakikatnya Tidak Pernah Bela Melayu Berhentilah Jadi Alat Dap

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 339 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata usahlah Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya menunjuk kononnya mahu membela Melayu dengan menganjurkan Kongres Maruah Melayu kerana hakikatnya parti Bersatu tidak membela...
Gerombolan Chauvinist Sememangnya Anti Islam Dan Melayu

Gerombolan Chauvinist Sememangnya Anti Islam Dan Melayu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 435 hits
Malaysia bukan tempat perjuangan komunisKUALA LUMPUR Teori Malaysian Malaysia ke arah menghapuskan hak bangsa Melayu dan Bumiputera serta kedudukan agama Islam adalah ajaran salah yang melanggar sempadan konsep negara ini yang wajib diperta...
Kenapa Lagi Persefahaman Politik Umno Pas Tidak Disokong Sepenuhnya Oleh Melayu Lain

Kenapa Lagi Persefahaman Politik Umno Pas Tidak Disokong Sepenuhnya Oleh Melayu Lain

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 300 hits
Kenapa sebahagian pemimpin PAS dan UMNO tidak kelihatan Pertambahan sokongan yang diharapkan tidak menjadi sebaliknya ada akar umbi PAS lari ke AMANAH Apa fatwa Hadi tentang ini Mereka tidak Islamic Kesilapan Mahathir kerana terlalu baik de...
Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 394 hits
OLEH ALIFF FIKRI AZIZDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa yang mendakwa kerjasama tersebut hanya tentang Melayu dan Islam jelas tersasar Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 15 Sept Gabungan Umno PAS memerlukan sokongan seluruh ra...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator